AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia MOVE lantik pemimpin industri pelancongan terkemuka, Manfredi Lefebvre d'Ovidio sebagai Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR, 14 Jan 2025  -  Platform ejen pelancongan dalam talian  (OTA) di bawah Capital A, AirAsia MOVE, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Manfredi Lefebvre d’Ovidio sebagai Pengerusi Eksekutif baharunya, berkuat kuasa serta-merta. Pelantikan ini  menggantikan Datuk Kamarudin Meranun yang telah menjadi penyumbang besar dalam membangunkan AirAsia MOVE sebagai jenama terkemuka  pelancongan di rantau Asean.

Datuk Kamarudin Meranun akan terus menyumbang kepakaran beliau  sebagai Ahli Lembaga Pengarah AirAsia MOVE, manakala Tan Sri Tony Fernandes akan bertindak  sebagai penasihat strategik kepada platform ini  melalui kapasiti beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  Capital A.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia MOVE yang akan bersara daripada jawatannya, berkata, “Kami amat berbesar hati menyambut kehadiran Manfred. Sebagai seorang pemimpin yang dihormati dalam industri pelancongan global, beliau membawa pengalaman luas, perspektif antarabangsa serta visi inovasi yang luar biasa. Ini adalah langkah penting untuk membawa AirAsia MOVE ke tahap yang lebih tinggi dalam era digital.”

Manfredi Lefebvre d’Ovidio merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pelancongan global. Dengan pengalaman selama puluhan tahun menerajui syarikat terkemuka seperti Abercrombie dan Kent Travel Group, beliau dikenali sebagai salah seorang tokoh penting dalam sektor pelancongan mewah dan peribadi. Pengalaman ini menjadikan beliau pemimpin yang sesuai untuk memacu AirAsia MOVE ke hadapan. 

Sebagai Pengerusi Eksekutif AirAsia MOVE yang baharu, Manfredi Lefebvre d’Ovidio berkata, “Saya berbesar hati diberi peluang untuk menerajui AirAsia MOVE, sebuah jenama yang telah mentransformasikan pengalaman pelancongan di Asean. Era transformasi digital dalam pelancongan baru sahaja bermula, dan saya yakin platform ini mempunyai potensi besar untuk mencipta lebih banyak inovasi. . Fokus utama saya adalah untuk memperkukuhkan  pengalaman pengguna, menawarkan  penyelesaian yang diperibadikan, serta memperluas kerjasama strategik bagi  memastikan AirAsia MOVE kekal menjadi peneraju dalam sektor ini.”

AirAsia MOVE  telah memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju OTA di rantau Asean, menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti tempahan penerbangan, penginapan hotel, pakej pelancongan, dan pengalaman percutian yang menyeluruh. Dengan pelantikan Manfredi Lefebvre d’Ovidio, platform ini bersedia untuk meneroka peluang baharu, memperkenalkan inovasi terkini serta memperluas jangkauan globalnya.

*** TAMAT ***