AirAsia Newsroom

View Original

Transformasikan Pengalaman Perjalanan: AirAsia MOVE Bekerjasama dengan Antom untuk Penyelesaian Pembayaran Tanpa Sempadan

KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2025 - AirAsia MOVE (MOVE), aplikasi tempahan perjalanan terkemuka di Asean dan perniagaan platform agensi pelancongan dalam talian (OTA) milik Capital A, telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Antom, penyedia perkhidmatan pembayaran dan digitalisasi pedagang milik Ant International. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia MOVE untuk mentransformasikan perjalanan, termasuk memperkenalkan pengalaman pembayaran yang lancar dalam aplikasi.

Melalui kerjasama ini, AirAsia MOVE akan bekerjasama rapat dengan Antom dan 2C2P, sebuah platform pembayaran global lengkap milik Antom. Teknologi canggih Antom dan 2C2P, termasuk pengurusan pembayaran dan penerimaan untuk kad serta kaedah pembayaran tempatan (LPM), akan diintegrasikan ke dalam platform AirAsia MOVE. Teknologi ini akan membantu AirAsia MOVE memperkemas kaedah pembayaran, mengurangkan kos transaksi rentas sempadan dan perbelanjaan operasi, serta memperluaskan pangkalan pelanggan sambil menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran kepada pengguna.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, memuji kerjasama ini sebagai langkah penting dalam memperkukuhkan ekosistem Capital A. Beliau berkata: “Kerjasama dengan Antom dan 2C2P ini bukan sahaja memberi manfaat kepada AirAsia MOVE tetapi juga memperkuatkan ekosistem kami dengan meningkatkan keupayaan pembayaran merentasi perniagaan kami. Kami mengalu-alukan kerjasama jangka panjang ini dengan Ant International dalam usaha kami untuk terus berinovasi dan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami.”

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata: “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Antom dalam mentakrifkan semula pengalaman para pelanggan kami untuk pembayaran perjalanan. Dengan mengintegrasikan penyelesaian canggih Antom dan 2C2P, kami dapat meningkatkan kecekapan, meningkatkan kepuasan pelanggan, dan menjimatkan kos secara signifikan. Kerjasama ini menonjolkan komitmen kami terhadap inovasi dan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan di seluruh rantau ini.

Matlamat kami adalah untuk menyederhanakan kerumitan transaksi rentas sempadan melalui kerjasama ini, sejajar dengan visi AirAsia MOVE untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar. Dengan memanfaatkan infrastruktur pembayaran kukuh milik Antom dan 2C2P, kami dapat menawarkan lebih banyak fleksibiliti dan kemudahan, memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang di Asia Tenggara dan seterusnya.”

Gary Liu, Pengurus Besar Antom, Ant International berkata: “Kami berbangga memperkukuhkan kerjasama kami dengan AirAsia MOVE dalam usaha bersama untuk terus mendorong inovasi dan meningkatkan pengalaman pembayaran pelanggan. Penyelesaian canggih kami, termasuk pengurusan pembayaran dan penerimaan untuk kad dan LPM, membolehkan AirAsia MOVE memperluaskan jangkauan kepada lebih ramai pengguna di rantau Asia-Pasifik dan seterusnya. Dengan menggabungkan kepakaran dan teknologi pembayaran yang didorong oleh AI, kami komited untuk meningkatkan kecekapan operasi, memuaskan pelanggan, dan membuka nilai jangka panjang bersama.”

Reggie Weston, Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan dan Produk 2C2P berkata: “Kami teruja untuk memperkukuhkan kerjasama jangka panjang kami dengan AirAsia MOVE bersama Antom dan memperkenalkan ciri-ciri pembayaran canggih bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka dengan cara yang optimum dan lancar.”

Perjanjian ini merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik yang diumumkan pada Mac 2024 yang lalu antara Capital A dan Ant International. Kerjasama ini meliputi pelbagai bidang, termasuk pengintegrasian lebih banyak kaedah pembayaran, perkhidmatan penerimaan untuk platform Capital A, peluang pemasaran digital, dan penajaan bagi mendorong pertumbuhan perniagaan, serta kerjasama dalam meningkatkan akses kepada pembiayaan mampan sambil beralih ke ekonomi karbon rendah untuk komuniti Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (MSME).

Antom menguruskan rangkaian penerimaan di lebih 40 negara dan rantau, membolehkan integrasi ratusan kaedah pembayaran dan menyokong transaksi dalam lebih 100 mata wang. API bersatunya memberikan perniagaan akses mudah kepada pilihan pembayaran global, termasuk kad kredit, dompet digital, dan penyelesaian pembayaran tempatan. Dengan memanfaatkan teknologi AI, Antom membantu perniagaan memastikan keselamatan transaksi, merapikan pengurusan risiko pertukaran mata wang asing, mengurangkan kos, dan meningkatkan kecekapan operasi melalui pembayaran masa nyata dan penyelesaian blockchain. Selain itu, Antom memberi kuasa kepada pedagang untuk menyesuaikan operasi dan meningkatkan sasaran pelanggan dengan alat yang didorong oleh AI dan teknologi privasi pengkomputeran.

Beroperasi di seluruh Asia Tenggara dan Hong Kong, rangkaian luas 2C2P menyediakan satu titik integrasi kepada lebih 400 kaedah pembayaran serantau dan tempatan serta 600,000 lokasi pembayaran alternatif. Produk pengurusan pembayarannya, Payment Air Controller (PACO), direka untuk menyelesaikan masalah biasa yang dihadapi oleh syarikat penerbangan, seperti menguruskan yuran transaksi dan penukaran mata wang merentasi pelbagai penerima, pejabat, dan pasaran, menyelaraskan saluran tempahan dalam talian dan luar talian, menguruskan risiko penipuan, mengoptimumkan kos, serta memenuhi pelbagai pilihan pembayaran pelanggan.

*** TAMAT ***

About AirAsia MOVE
AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions a comprehensive travel ecosystem, providing various travel offerings, such as flights and hotel bookings from over 700 airlines, including AirAsia, and over 900,000 hotels world-wide, plus ride-hailing, insurance, duty-free shopping and much more. The services are complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. It has been voted by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency’ for two consecutive years since its first nomination in 2023. 

About Ant International

Headquartered in Singapore, Ant International powers the future of global commerce with digital innovation for everyone and every business to thrive. In close collaboration with partners, we support merchants of all sizes worldwide to realize their growth aspirations through a comprehensive range of tech-driven digital payment and financial services solutions.

About Antom
Ant International’s Antom is the leading payment and digitisation services provider for merchants around the world. It offers one-stop, vertical-specific digital payment solutions to meet the payment needs of merchants of all sizes. Antom has established local acquiring capabilities in over 40 markets, with the flexibility to accept payments in more than 100 currencies. It also provides digital marketing solutions and merchant digitization services to help merchant in digital operations and to better engage with their customers. To learn more, please visit https://www.antom.com/

About 2C2P
2C2P is a full-suite payments platform that empowers the world's leading enterprises to securely accept and make payments through one point of integration. Its extensive network spans across online, mobile and offline channels including over 600,000 alternative payment locations, enabling enterprises to reach their customers or recipients anywhere. 2C2P also provides value-added services such as issuing, 3D Secure, bill payments and digital goods to meet every business need. 

Headquartered in Singapore with operations across Southeast Asia and Hong Kong, 2C2P is the preferred payments partner for airlines, online marketplaces, retailers and other enterprises.

Media Inquiries:
AirAsia MOVE
Daphne Cheah / Ryan Chan
movecomms@airasia.com 

Ant International
Kahmun Leong / Janice Chen

kahmun.leong@antgroup.com / janicechen.cyh@antgroup.com

2C2P

media@2c2p.com