AirAsia Newsroom

View Original

Asia Digital Engineering selesai pemasangan pertama jalur lebar dalam pesawat iaitu GX Aviation oleh Inmarsat

Asia Digital Engineering (ADE) sasar untuk menjadi rakan kongsi pilihan bagi pemasangan GX Aviation untuk syarikat penerbangan komersial di Asia Tenggara, bermula dengan syarikat penerbangan di bawah AirAsia Group

SEPANG, 25 November 2021 - Inmarsat, peneraju dunia dalam komunikasi satelit mudah alih global, hari ini mengumumkan pemasangan pertama jalur lebar dalam pesawat iaitu GX Aviation oleh Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat milik penuh AirAsia Group dan penyedia perkhidmatan kejuruteraan terkemuka di Asia Tenggara.

Pemasangan tersebut diselesaikan dalam pesawat AirAsia jenis Airbus A320 dan menandakan kejayaan penting ADE dalam usahanya untuk menjadi rakan kongsi pilihan bagi pemasangan GX Aviation untuk semua syarikat penerbangan di Asia Tenggara, bermula dengan AirAsia Group. ADE berhasrat untuk menjadi pusat sehenti bagi syarikat penerbangan yang ingin mengendalikan pesawat dengan jalur lebar, menerusi kepakaran luasnya dalam kejuruteraan dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dengan kerjasama Inmarsat, peneraju penyelesaian jalur lebar di pasaran.

ADE ditubuhkan pada September 2020 selepas AirAsia Group menyatukan aset kejuruteraan dan MRO untuk menyediakan pusat perkhidmatan sokongan yang bukan sahaja untuk pesawatnya malah untuk syarikat penerbangan komersial lain di rantau ini. Dengan tumpuan unik pada data dan teknologi, ADE telah berjaya memanfaatkan dan terus membina pengalaman selama 19 tahun dalam mengendalikan dan menyelenggara pesawat AirAsia Group yang terdiri daripada lebih 250 pesawat jenis Airbus A320 dan A330. 

Chris Rogerson, Naib Presiden Jualan Global Inmarsat Aviation berkata: “AirAsia Group adalah pelanggan terbesar untuk penyelesaian jalur lebar GX Aviation kami di rantau Asia Pasifik, dan salah satu yang terbesar di dunia. Kerjasama ini telah mencapai kejayaan besar berdasarkan visi yang dikongsi bersama untuk memanfaatkan peluang yang disediakan oleh platform digital dan sambungan kepada penumpang dalam industri penerbangan, terutamanya dalam pemulihan selepas pandemik ini. Justeru, kami berbesar hati untuk bekerjasama dalam pemasangan GX Aviation untuk AirAsia dan syarikat penerbangan lain di rantau ini, menerusi pengalaman dan kepakaran oleh Inmarsat, ADE dan AirAsia Group secara menyeluruh.”

Mahesh Kumar, Ketua Pegawai Asia Digital Engineering berkata: “ADE telah mencapai kemajuan besar sejak penubuhan kami semasa pandemik pada tahun lepas. Kami berbesar hati dengan kejayaan pemasangan GX Aviation pertama kami dan berharap untuk meneruskan pemasangan di seluruh AirAsia Group, dan membawa kepakaran kejuruteraan dan MRO bertaraf dunia kepada syarikat penerbangan lain. Menerusi kerjasama rakan kongsi seperti Inmarsat, kami menjangka ADE akan menjadi peneraju pasaran yang menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan nilai terbaik menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.” 

ADE, yang berpangkalan di ibu pejabat global AirAsia Group yang dikenali sebagai RedQ di Malaysia, telah menerima kelulusan penyelenggaraan asas daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Direktorat Jenderal Penerbangan Awam Indonesia. Ia juga dijangka akan menerima kelulusan daripada lima pihak berkuasa lain sebelum akhir tahun 2021 dalam usahanya untuk mengembangkan perkhidmatan bagi syarikat penerbangan di seluruh rantau ini.

***

Mengenai Asia Digital Engineering

Founded in 2020, ADE is a wholly owned subsidiary of AirAsia Group based in Klia2, Kuala Lumpur, Malaysia. ADE is a cast from AirAsia’s Engineering Department best practices and experience. ADE offers a broad spectrum of aircraft services such as line maintenance, base maintenance, component repair and overhaul, warehouse management, technical and design organisation services along with digitally driven engineering solutions and engineering support services. With vast experience in airline engineering managing the world’s best low-cost airlines, ADE aims to deliver the best value and customer experience by providing the highest standard of professional services in quality, reliability and safety.

Mengenai Inmarsat

Inmarsat is the world leader in global, mobile satellite communications. It owns and operates the world’s most diverse global portfolio of mobile telecommunications satellite networks, and holds a multi-layered, global spectrum portfolio, covering L-band, Ka-band and S-band, enabling unparalleled breadth and diversity in the solutions it provides. Inmarsat’s long-established global distribution network includes not only the world’s leading channel partners but also its own strong direct retail capabilities, enabling end to end customer service assurance.

The company has an unrivalled track record of operating the world’s most reliable global mobile satellite telecommunications networks, sustaining business and mission critical safety & operational applications for more than 40 years. It is also a major driving force behind technological innovation in mobile satellite communications, sustaining its leadership through a substantial investment and a powerful network of technology and manufacturing partners.

Inmarsat operates across a diversified portfolio of sectors with the financial resources to fund its business strategy and holds leading positions in the Maritime, Government, Aviation and Enterprise satcoms markets, operating consistently as a trusted, responsive and high-quality partner to its customers across the globe.

For further information, follow us: Twitter | LinkedIn | Facebook | YouTube | Instagram.