AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bekerjasama meningkatkan pemahaman industri penerbangan dalam kalangan pelajar Sabah

KOTA KINABALU, 10 Januari 2025 – AirAsia dengan kerjasama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), telah menganjurkan program komuniti untuk 40 pelajar dan guru dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu hari ini, sekali gus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan komuniti dan pendidikan.

Program ini bertujuan untuk menawarkan pengalaman pendidikan unik kepada pelajar berkaitan perjalanan udara serta memupuk minat dan meluaskan cita-cita mereka dalam bidang penerbangan. Para pelajar dan guru berpeluang untuk merasai pengalaman operasi di sebalik tabir di hab kedua terbesar AirAsia di Malaysia. Aktiviti pada hari ini termasuk simulasi daftar masuk dan perlepasan, melawat pesawat, dan pengenalan kepada Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Dato’ Captain Fareh Mazputra berkata: "Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami percaya untuk memperkasakan golongan belia bukan sahaja untuk menambah pengetahuan malah merealisasikan impian mereka dalam bidang ini. Melalui program ini, kami berharap untuk memberikan inspirasi kepada para pelajar, terutamanya yang pertama kali berpeluang mendekati dunia penerbangan dengan lebih dekat, untuk menjadikan sektor penerbangan sebagai pilihan kerjaya mereka. Kami juga berbesar hati kerana dapat berkongsi pengetahuan dan perspektif yang diperlukan untuk terus mencapai kejayaan dalam industri yang sentiasa berkembang ini secara eksklusif bersama-sama mereka.

"Melalui pemerkasaan bakat tempatan, kami akan terus memastikan sektor penerbangan kekal dinamik dan lestari, serta menyumbang kepada ekonomi dan pertumbuhan terhadap pemimpin masa depan dalam bidang penerbangan. Sebagai pintu masuk utama Sabah, kami berbangga untuk bekerjasama dengan KKIA dalam memberi inspirasi kepada seramai 79 para pelajar dan guru dengan menawarkan pengetahuan operasi lapangan terbang dan penerbangan, seterusnya menggalakkan mereka untuk menerokai peluang kerjaya yang menarik dalam bidang ini pada masa depan."

Program ini telah berlangsung selama dua hari untuk para pelajar dari dua buah sekolah. Pada 7 Januari 2025, seramai 39 pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas turut menyertai program ini untuk memperkasakan pengetahuan para pelajar dalam industri penerbangan.