AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia lancar jualan RM13* untuk meraikan 13 tahun sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia

Laluan baharu ke Jepun kini tersedia untuk tempahan 

Laluan terus baharu dari Bali ke Pulau Pinang turut tersedia

SEPANG, 26 September 2022 – Sempena meraikan kemenangannya sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-13 berturut-turut, AirAsia hari ini melancarkan jualan tempat duduk daripada RM13* sejajar dengan pencapaiannya sebagai peneraju tambang rendah global.

Jualan yang dilancarkan hari ini berlangsung sehingga 2 Oktober 2022 dan merangkumi pasaran utama termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan banyak lagi. 

Laluan jarak jauh seperti dari Kuala Lumpur dan Bangkok ke Australia (Melbourne, Perth, Sydney), New Zealand (Auckland), Korea Selatan (Seoul), Timur Tengah (Jeddah) dan India (New Delhi) juga tersedia dengan tambang termasuk semua bermula daripada RM459* untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,219 untuk Premium Flatbed. 

Sempena pengumuman kelonggaran sekatan perjalanan ke Jepun mulai bulan depan, AirAsia X juga telah mengumumkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo dan Thai AirAsia telah mengumumkan laluan baharu dari Bangkok ke Fukuoka yang kini tersedia untuk tempahan bagi tempoh perjalanan bermula bulan November daripada RM599* untuk tempat duduk ekonomi atau RM2,599* untuk Premium Flatbed.

Laluan terus baharu yang menghubungkan Pulau Pinang ke Bali buat kali pertama juga termasuk dalam jualan ini dengan tambang daripada RM159.

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Kami berbesar hati untuk meraikan pelbagai kemenangan pada bulan ini termasuk jualan pecah rekod pasca-pandemik pada minggu lepas, dan kini sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia sebanyak 13 kali berturut-turut.

“AirAsia ialah syarikat penerbangan untuk semua dan kami berbangga kerana memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia pilihan oleh para tetamu.

“Sebagai ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada berjuta-juta tetamu yang memilih untuk terbang bersama kami pada setiap tahun dan kepada mereka yang mengundi kami, kami ingin menawarkan jualan istimewa ini dengan tambang bermula daripada RM13 - atau RM1 bagi setiap tahun kemenangan kami! 

“Kami telah menerbangkan lebih 700 juta tetamu. Kini kami kembali terbang tinggi dan berharap akan terus mengubah kehidupan berjuta-juta tetamu pada tahun-tahun akan datang, sama seperti yang telah kami lakukan selama hampir 21 tahun ini.”

Untuk perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi, ikuti @flyairasia di Instagram atau @airasia di Twitter dan WeChat/Weibo untuk kemas kini terkini.

*Semua penerbangan yang dijual adalah untuk perjalanan sehala, termasuk cukai lapangan terbang dan sebarang caj berkenaan. Tambang ke beberapa destinasi AirAsia X dan Thai AirAsia adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Tertakluk kepada terma dan syarat.