AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi
SEPANG, 19 Februari 2024 ‒ AirAsia melancarkan promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi.
Terokai destinasi popular dalam negara seperti Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang dengan tambang promosi bermula RM28* termasuk semua sehala atau kunjungi destinasi lebih jauh di seluruh rantau ini seperti Krabi, Trivandrum dan Bali dengan tambang promosi bermula RM83* termasuk semua sehala serta pelbagai destinasi menarik lain.
Promosi ini juga tersedia untuk penerbangan ke destinasi lain di Asia dengan tambang promosi bermula RM299** termasuk semua sehala ke Taipei, Seoul, New Delhi, Almaty dan lain-lain. Tempat duduk yang ditempah semasa kempen ini adalah untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2024 dan 18 Jun 2025. Tempahan boleh dibuat dii airasia Superapp atau www.airasia.com bermula hari ini.
Kempen ini membolehkan para pengembara dalam dan luar negara dari pelbagai lapisan masyarakat terbang ke seluruh dunia dengan tambang lebih berpatutan. Promosi ini menawarkan tambang asas PERCUMA* dan para tetamu hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan caj berkaitan seterusnya menawarkan lebih nilai.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: "Rangkaian luas AirAsia dan tambang bernilai hebat merupakan bukti komitmen kami sebagai syarikat penerbangan untuk semua dan kami berbesar hati untuk menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan dengan Kempen Tempat Duduk PERCUMA ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada para tetamu yang telah menyokong kami selama ini dan meraikan hampir 1 bilion tetamu yang telah terbang bersama-sama kami.
“Sempena pelancaran promosi ini, pelbagai destinasi baharu dan menarik turut ditawarkan. Kami tidak sabar untuk menerbangkan berjuta-juta tetamu ke pelbagai destinasi di seluruh dunia dengan tempat duduk PERCUMA* ini dan akan terus menghubungkan lebih ramai pengembara ke destinasi yang menakjubkan dengan tambang berpatutan. Bagi mereka yang ingin menerokai destinasi baharu, jangan lepaskan peluang untuk menempah tempat duduk PERCUMA* dengan lebih awal.”
Untuk perjalanan yang lebih lancar, AirAsia juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk tempahan ciri Fast Pass dan 20 peratus untuk tempahan Xtra Carry-On. Pemegang kad BigPay di Malaysia juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 untuk semua penerbangan AirAsia. Selain itu, mulai 19 Februari hingga 31 Mac 2024, para tetamu boleh menikmati diskaun RM10 untuk tempahan penerbangan melalui aplikasi airasia Superapp dan laman web yang terhad kepada 500 penebusan pertama setiap hari.
Ikuti maklumat lanjut dan promosi terkini, ikuti AirAsia di Instagram @flyairasia.
*Tambang promosi termasuk semua bagi Penerbangan Domestik adalah untuk perjalanan sehala sahaja bermula daripada RM28 dan Penerbangan Antarabangsa bermula daripada RM83. Tertakluk pada terma dan syarat lain.