AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia mansuh syarat pemakaian pelitup muka dalam penerbangan

SEPANG, 29 September 2022 - Berikutan pengumuman oleh pihak kerajaan Malaysia mengenai pemansuhan pemakaian pelitup muka dalam pesawat, AirAsia Malaysia (Kod Penerbangan: AK) turut memansuhkan syarat pemakaian pelitup muka di dalam penerbangannya berkuatkuasa serta merta.

Pemakaian pelitup muka di dalam penerbangan AirAsia Malaysia adalah atas pilihan para tetamu, kecuali jika mereka melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang memerlukan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam. Para tetamu yang ingin memakai pelitup muka di dalam penerbangan boleh terus berbuat demikian.

Keselamatan para tetamu adalah keutamaan bagi kami di AirAsia, dan kami akan terus beroperasi dengan standard keselamatan yang ketat. Semua pesawat kami dilengkapi dengan penapis HEPA yang mampu  menghapuskan 99.99% zarah habuk dan bahan cemar bawaan udara termasuk virus dan bakteria. Udara kabin disegarkan sepenuhnya setiap tiga minit untuk memastikan kualiti udara adalah pada tahap maksimum sepanjang penerbangan mereka.

Kami akan terus mengemas kini garis panduan mengenai penggunaan pelitup muka di dalam penerbangan di semua pasaran kami di samping kami kembali menerbangkan para tetamu ke destinasi mereka.