AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia perkenal hidangan Siri Chef Selebriti baharu

Nikmati hidangan Ayam Pedas Manis Korea Chef Hong baharu dalam menu Santan AirAsia

Chef Residen AirAsia, Chef Calvin Soo memperkenalkan hidangan Siri Chef Selebriti terbaharu - Ayam Pedas Manis Chef Hong bersama kru kabin AirAsia.

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2019 – AirAsia memperkenalkan satu lagi hidangan daripada siri Chef Selebriti, Ayam Pedas Manis Korea Chef Hong yang boleh didapati dalam menu Santan di dalam semua penerbangan.

Hidangan ‘Ayam Pedas Manis Korea (Dakgangjeong)’ baharu ini yang disajikan bersama nasi putih dan sayuran, merupakan kolaborasi pertama buat personaliti TV dan pengusaha restoran terkemuka Korea, Chef Hong Seok-Cheon bersama AirAsia.

Nikmati ketulan isi ayam lembut yang bersalut tepung rangup dengan sos manis dan pedas Korea yang lazat - segala yang anda inginkan untuk menikmati hidangan seperti bintang Korea.

Ketua Bahagian Inflight Kumpulan AirAsia Catherine Goh berkata, “Menyajikan citarasa rantau ini dengan nilai hebat telah menjadi sebahagian daripada tawaran perkhidmatan kami. Hidangan Korea juga kini semakin popular dan sentiasa menjadi permintaan para tetamu, justeru kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Chef Hong Seok-Cheon untuk menawarkan hidangan Korea yang terbaik dalam penerbangan kami.”

Melihat budaya dan warisan Korea yang kini semakin popular di seluruh dunia, Chef Hong menghasilkan  hidangan kegemarannya ketika zaman kanak-kanak iaitu ‘Ayam Pedas Manis Korea (Dakgangjeong)’ dengan sentuhan tersendiri, untuk menawarkan pengalaman hidangan dalam penerbangan yang boleh dinikmati oleh semua penumpang.

Chef Hong berkata, “Ini adalah hidangan kegemaran saya dari dulu hingga sekarang. Jadi saya amat teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia untuk memperkenalkan hidangan Korea kepada lebih ramai orang,” katanya sambil menambah bahawa Dakgangjeong adalah hidangan pilihannya setiap masa.

Para tetamu disarankan untuk membuat pra-tempahan kombo hidangan Ayam Pedas Manis Korea Chef Hong (Dakgangjeong) yang ditawarkan dengan minuman percuma dengan hanya  RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) ke semua destinasi AirAsia*.

Pra-tempahan hidangan Santan boleh dibuat melalui pautan ‘Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menikmati lebih penjimatan, pelbagai pilihan hidangan, dan keutamaan hidangan dalam pesawat.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan dakgangjeong yang lazat oleh Chef Hong dalam penerbangan AirAsia bermula hari ini.

Bagi meraikan pengenalan hidangan baharu ini, AirAsia turut mengadakan kempen Super Sale yang menawarkan tambang rendah serta pakej percutian menarik termasuk ke destinasi di Korea seperti Seoul, Busan dan Jeju. Tetamu boleh menikmati diskaun sehingga 70 peratus bagi penerbangan ke semua destinasi dan 45 peratus apabila tempahan penerbangan dan hotel dibuat bersama.

Tempah sekarang di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia sehingga 28 April 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 1 Oktober 2019 dan 29 Februari 2020.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Pra-tempahan Ayam Pedas Manis Korea Chef Hong (Dakgangjeong) tersedia untuk semua kod penerbangan kecuali penerbangan AirAsia India (kod penerbangan I5) dan AirAsia Japan (kod penerbangan DJ). Harga tertakluk kepada nilai pertukaran mata wang asing harian.