AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia perkukuh kedudukan sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian terbesar ke India dari Malaysia dengan pelancaran laluan baharu ke Port Blair di Kepulauan Andaman

AirAsia merupakan syarikat penerbangan pertama dan satu-satunya di Asean yang terbang terus ke pulau tersebut

SEPANG, 13 Ogos 2024 - AirAsia terus mengembangkan rangkaiannya ke dan dari India dari Malaysia dengan pelancaran laluan baharu ke Port Blair di Kepulauan Andaman, India sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di rantau ini. Laluan baharu ini menjadikan AirAsia sebagai satu-satunya syarikat penerbangan Asean yang mengendalikan penerbangan antarabangsa ke Port Blair dan merupakan penerbangan terpendek ke India.

Laluan baharu ini dijadualkan bermula pada 16 November 2024 dengan tiga penerbangan mingguan ke pulau tersebut, menjadikannya destinasi ke-17 di India. Dengan penambahan Port Blair, syarikat penerbangan ini mengendalikan penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh India termasuk Chennai, Amritsar dan banyak lagi dengan sejumlah 91 penerbangan mingguan. Pada tahun 2024, AirAsia telah melancarkan lapan laluan baharu ke negara tersebut seperti Jaipur, Bhubaneswar dan Kozhikode dan lain-lain.

Port Blair terletak di pulau di Andaman dan Nicobar yang menghiasi Teluk Bengal dan ianya telah lama berada dalam senarai impian para pengembara yang ingin menerokai keindahan lautan dan kehidupan marin yang mempesonakan. Bandar ini menjadi destinasi pantai popular bagi warganegara India dan kini menawarkan pelancong dari Malaysia dan luar negara untuk menikmati keajaiban dan daya tarikannya melalui penerbangan terus AirAsia. Ia turut menawarkan pelbagai tarikan seperti tempat bersejarah dan pelbagai aktiviti untuk semua. Pulau di Andaman ini juga menempatkan komuniti yang telah mendiami kawasan itu selama berabad-abad dan dilindungi oleh kerajaan India.

Bagi meraikan pelancaran destinasi baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi dari Kuala Lumpur ke Port Blair bermula daripada RM199 termasuk semua* sehala. Tambang istimewa ini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari hingga 19 Ogos 2024 untuk tempoh perjalanan antara 16 November 2024 hingga 25 Oktober 2025. Semua rakyat Malaysia layak untuk memasuki India tanpa visa bagi lawatan pelancongan sehingga 30 hari sehingga 30 Jun 2025.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Port Blair (IXZ):

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala. Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat
**Para pelancong ke India perlu memohon secara dalam talian untuk visa e-pelancong percuma dengan kemasukan berganda (tiada bayaran visa) di https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html mengikut keperluan negara tersebut. Visa e-pelancong adalah percuma untuk pelancong ini tersedia dari 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025. Sila semak halaman sokongan kami untuk syarat perjalanan lengkap ke India.