AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia rai dua dekad kecemerlangan perkhidmatan di Singapura

AirAsia meraikan pencapaian perkhidmatan selama 20 tahun di Singapura dengan tawaran Tempat Duduk PERCUMA* ke destinasi di Malaysia, Thailand dan Indonesia bermula SGD148 termasuk semua** sehala serta ke destinasi lain di Asia Pasifik

SINGAPURA, 16 Februari 2024 - AirAsia hari ini meraikan pencapian 20 tahun perkhidmatan di Lapangan Terbang Changi sebagai kumpulan syarikat penerbangan asing terbesar di Singapura, yang menerbangkan lebih daripada satu daripada lapan penumpang ke dan dari Singapura.

Selama lebih dari dua dekad, syarikat penerbangan ini telah memainkan peranan penting dalam memacu industri perdagangan, memperkukuhkan hubungan perniagaan dan meningkatkan industri pelancongan antara Singapura dan negara-negara Asean lain. AirAsia juga menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan laluan seperti Yogyakarta, Indonesia dari Singapura seterusnya meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua buah negara. Sepanjang tempoh enam tahun yang lalu, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 16 juta pelancong ke dan dari Singapura dan ia terus meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura, Logan Velaitham berkata: "Kami berbangga untuk meraikan dua dekad kecemerlangan operasi AirAsia di Singapura. Kota Singa ini adalah antara destinasi paling penting kami dan merupakan hab virtual yang memberi sumbangan besar kepada kapasiti kami. Laluan Kuala Lumpur-Singapura merupakan laluan penerbangan antarabangsa paling sibuk di dunia dengan 4.9 juta jumlah tempat duduk sepanjang tahun. Selain Malaysia, Thailand juga merupakan destinasi utama yang boleh diakses dari Singapura yang terus meningkat dari 14 penerbangan mingguan ke Bangkok pada tahun 2004 hingga 28 penerbangan mingguan pada hari ini. AirAsia kini mengendalikan 12 laluan secara terus dari Singapura dengan jumlah keseluruhan 285 penerbangan mingguan.

"Untuk masa akan datang, kami akan terus komited untuk mengembangkan rangkaian kami dengan menerbangkan lebih ramai tetamu ke dan dari Singapura bagi memacu industri pelancongan di rantau ini. Diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan Pertumbuhan Mutlak Penumpang (Asia Tenggara) oleh Anugerah Changi Airline di Singapura pada tahun 2019, kami terus optimis dengan peningkatan berterusan terhadap jumlah keseluruhan para tetamu di Lapangan Terbang Changi. Kami juga ingin berterima kasih kepada Kumpulan Lapangan Terbang Changi dan Penguasaan Penerbangan Awam Singapura atas sokongan kukuh dalam pengembangan kami di Singapura dan kepada semua organisasi yang terlibat termasuk SATS atas kepercayaan mereka.”

Bagi meraikan pencapaian ini, AirAsia melancarkan promosi Tempat Duduk PERCUMA* dari Singapura ke Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Kuching, Kota Kinabalu, Hat Yai, Yogyakarta dan destinasi menarik yang lain. Para tetamu juga boleh terbang dari Singapura ke destinasi jarak sederhana melalui perkhidmatan Fly-Thru dengan tambang termasuk semua** sehala bermula dari SGD148 ke Tiruchirappalli, Maldives, Jaipur, Chiang Mai, Sydney, Tokyo, dan lain-lain. Tambang promosi ini boleh ditempah bermula 19 Februari 2024 hingga 25 Februari 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2024 dan 18 Jun 2025.

Para tetamu juga boleh menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk pembelian Fast Pass***, yang melancarkan perjalanan mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) serta tambahan 7kg bagasi kabin. Para tetamu yang ingin menambah had bagasi kabin secara berasingan juga boleh menikmati diskaun 20% peratus untuk Xtra Carry-On**** semasa tempahan awal penerbangan.

Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbesar yang beroperasi dari Terminal 4 Lapangan Terbang Changi Singapura, sambutan ulang tahun yang ke-20 telah diadakan untuk syarikat penerbangan ini oleh Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) di T4 hari ini.

Ikuti maklumat terkini dan promosi dari AirAsia di Instagram  @flyairasia.sin

*Promosi Tempat Duduk PERCUMA adalah unutk tambang asas sahaja dan tidak termasuk cukai lapangan terbang, caj bahan api dan yuran lain yang berkenaan. Tambang bermula daripada SGD67.

**Promosi tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai, caj bahan api, dan yuran lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

***Diskaun 20 peratus untuk Fast Pass hanya boleh didapati semasa tempahan awal penerbangan dan hanya terpakai untuk penerbangan AirAsia (AK, D7 dan Z2). Tertakluk pada terma dan syarat lain.

****Diskaun 20 peratus untuk Xtra Carry-On hanya boleh didapati semasa tempahan awal penerbangan dan hanya terpakai untuk penerbangan AirAsia (FD, XJ dan QZ). Tertakluk pada terma dan syarat lain.