AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia rai penyambungan semula perkhidmatan ke destinasi popular KL-Siem Reap

Nikmati perjalanan udara tanpa kuarantin bermula 25 April dengan tambang nilai terbaik

SEPANG, 25 April 2022 - Selepas penyambungan semula penerbangan ke Phnom Penh pada bulan Januari tahun ini, AirAsia hari ini meraikan penyambungan semula penerbangannya ke sebuah lagi bandar utama di Kemboja iaitu Siem Reap.

Penerbangan AK 540 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) berlepas pada hari ini pada jam 1.05 tengah hari dan mendarat di Siem Reap pada 2.20 petang (waktu tempatan) dengan membawa seramai 109 penumpang. Penerbangan pulang pula berlepas dari Siem Reap pada jam 2.55 petang (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba semula di Kuala Lumput pada jam 6.10 petang (waktu tempatan).

Kemboja adalah salah satu negara terawal di rantau ini yang melonggarkan syarat kemasukan bagi pelancong asing, satu inisiatif yang amat dialu-alukan para pengembara di seluruh dunia. Kerajaan Kemboja secara rasmi mengumumkan pembukaan semula sempadan negaranya pada 15 November 2021 untuk mengalu-alukan pengembara asing tanpa kuarantin atau saringan COVID-19 di semua pintu masuk dan sempadan pemeriksaan antarabangsa.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Selepas penyambungan semula penerbangan kami ke ibu kota Kemboja, Phnom Penh, kami berbesar hati untuk melancarkan penerbangan ke satu lagi bandar utama di negara itu iaitu Siem Reap. Kemboja kekal sebagai salah satu pasaran utama AirAsia. Sebelum pandemik melanda, Kemboja adalah antara destinasi popular di rantau Asean dan merupakan salah sebuah hab pelancongan bagi pengembara dari seluruh dunia.

“AirAsia memulakan laluan tersebut pada tahun 2018 dan telah menerbangkan hampir 170,000 penumpang pada tahun 2019. Kami yakin perkhidmatan baharu ini akan terus popular pada masa akan datang. Untuk memenuhi permintaan yang semakin kukuh, kami juga merancang untuk menambah lebih banyak penerbangan dan destinasi di Kemboja dengan perkhidmatan ke Sihanoukville yang dijadualkan bermula pada 2 Jun.

“AirAsia mengalu-alukan inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan Kemboja untuk melonggarkan sekatan perjalanan bagi melancarkan perjalanan ke Kemboja. Kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai pengembara jauh dan dekat ke negara itu tidak lama lagi.”

HE Thong Khon, Menteri Pelancongan Kemboja, berkata: “Bagi pihak Kementerian Pelancongan Kerajaan Kemboja, kami amat teruja dengan penyambungan semula penerbangan ke bandar warisan, budaya dan dinamik kami iaitu Siem Reap. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak AirAsia kerana terus menyambung dan menyokong para pelancong untuk kembali mengunjungi Kemboja.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji AirAsia kerana telah mengharungi cabaran pandemik dengan jayanya dan kekal kukuh. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AirAsia sentiasa menjadi salah satu rakan kongsi kami dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan mereka untuk meningkatkan perkhidmatan ke Kemboja dalam masa terdekat.

“Kemboja kini telah dibuka sepenuhnya kepada semua pelancong yang telah menerima vaksin lengkap dan kami mengalu-alukan kedatangan tetamu AirAsia untuk kembali ke negara kami. Pelancongan merupakan pemacu penting kepada pembangunan ekonomi dan sosial kami, dan kami berterima kasih kepada AirAsia atas sokongan berterusan mereka untuk merangsang dan mengembangkan perjalanan udara ke destinasi percutian utama kami. Kemboja, Bandar Penuh Keajaiban menjemput para pengembara dari semua lapisan masyarakat untuk mengunjunginya dan menikmati pengalaman perjalanan yang selamat dan bersih.”

Encik Alain Brun, Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Kemboja berkata, “Kami amat yakin para pengembara bakal kembali teruja untuk menerokai pelbagai aktiviti yang tersedia di sekitar Siem Reap, selain daripada Tapak Warisan UNESCO Angkor Wat.

“Para pengembara bakal dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar ke sekitar Siem Reap berikutan pelaburan oleh pihak berkuasa Kemboja dari segi infrastruktur untuk untuk menarik tumpuan pelancong kembali ke Siam Reap. Justeru, penyambungan semula penerbangan AirAsia menandakan satu lagi pertumbuhan yang amat menggalakkan. Cambodia Airports, pemaju dan pengendali untuk tiga lapangan terbang antarabangsa Kemboja melihat pemulihan terhadap permintaan perjalanan udara sebagai bukti terhadap strategi jangka panjangnya untuk melabur dalam kemudahan lapangan terbangnya, seterusnya menjadikan perjalanan ke Kemboja lebih baik setibanya di lapangan terbang kami.”

Sempena penyambungan semula penerbangan ke negara itu mulai hari ini, para tetamu boleh merancang perjalanan untuk kembali bertemu keluarga dan sahabat atau merancang percutian ke bandar indah Siem Reap, sebuah bandar yang kekal menjadi kegemaran para pelancong kerana seni bina bersejarah yang masih terpelihara, sejak Empayar Khmer pada abad ke-15.

AirAsia bakal beroperasi sebanyak dua kali seminggu dengan penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Siem Reap pada setiap hari Isnin dan Jumaat dengan tawaran tambang nilai terbaik.

Para tetamu boleh mula membuat tempahan ke Siem Reap mulai hari ini sehingga 1 Mei 2022 hanya daripada RM149 sehala, untuk perjalanan antara sekarang dan 11 September 2022, dan daripada RM129 sehala untuk perjalanan mulai 12 September 2022 sehingga 25 Mac 2023 dengan hanya menekan ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App. Para tetamu yang ingin melawat atau pulang dari Kuala Lumpur boleh membuat tempahan perjalanan mereka dari Siem Reap hanya daripada USD59 sehala untuk perjalanan antara sekarang dan 11 September 2022 dan daripada USD45 sehala untuk perjalanan mulai 12 September 2022 hingga 25 Mac 2023 untuk penerbangan yang ditempah mulai sekarang sehingga 1 Mei 2022.

Jadual penerbangan pulang AirAsia (kod penerbangan AK) dari Kuala Lumpur ke Siem Reap

Untuk kemasukan ke Malaysia, semua pengembara antarabangsa diwajibkan untuk membuat saringan pra-pelepasan COVID-19 dalam masa 2 hari sebelum berlepas dan membeli insurans perjalanan COVID-19 (untuk pengembara asing jangka pendek). Para pengembara yang tidak divaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama lima hari. Untuk kemasukan ke Kemboja, tiada ujian COVID-19 diperlukan bagi pra-perlepasan, selepas ketibaan atau keperluan kuarantin untuk pengembara yang divaksin sepenuhnya. Pengembara hanya dikehendaki menunjukkan bukti mereka divaksin sepenuhnya. Pelancong dari Malaysia yang telah divaksin sepenuhnya yang ingin melancong ke Kemboja mesti memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Kemboja sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.

Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.