AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia rai ulang tahun ke-22 dengan diskaun 22% untuk semua tempat duduk, semua penerbangan

SEPANG, 28 November 2023 - Sempena sambutan 22 tahun AirAsia menghubungkan para tetamu dengan tambang berpatutan ke rangkaiannya, syarikat penerbangan itu menawarkan diskaun 22%* untuk semua tempat duduk dalam semua penerbangan bermula hari ini hingga 3 Disember 2023.

Nikmati diskaun sebanyak 22% untuk semua tempat duduk dalam semua penerbangan ke destinasi yang menarik seperti Pulau Pinang, Bali, Krabi, Phu Quoc, Shanghai, Amritsar, New Delhi, Busan, Gold Coast, Trivandrum (bermula 21 Februari 2024) dan destinasi-destinasi popular yang lain.

Selain itu, nikmati perjalanan tanpa visa ke China dan lawati pelbagai destinasi menarik di negara tersebut. Terbang dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Kota Kinabalu ke Guangzhou, Kunming, Shenzhen, Beijing, dan banyak lagi dengan lebih mudah dan berpatutan.

Kod Penerbangan: AK, FD, QZ, Z2, XJ dan D7

Tempoh Tempahan: Sekarang - 3 Dis 2023

Tempoh Perjalanan: 8 Januari - 30 September 2024

Promosi lain:

Khas untuk pengguna kad BigPay**, dapatkan tambahan diskaun 5% dengan menggunakan kod promosi: BIGPAY5 (Tempoh Perjalanan: Sekarang - 30 Jun 2024)

Bagi pemegang kad VISA*** pula, dapatkan diskaun RM22 dengan perbelanjaan minimum RM300 (Tempoh Tempahan: Sekarang - 10 Disember 2023).

Selain itu, 400 penerbangan pertama yang ditempah pada setiap hari sepanjang tempoh promosi ini akan menerima 500 mata ganjaran airasia****.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Promosi untuk pengguna kad BigPay hanya sah untuk penerbangan AirAsia Malaysia dengan kod penerbangan AK.

***Promosi bagi pemegang kad VISA hanya terpakai untuk tempahan di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina. Promosi ini sah untuk 1,122 tempahan pertama pada setiap hari dengan perbelanjaan minimum RM300.

****Promosi 500 mata ganjaran airasia hanya untuk 400 tempahan pertama pada setiap hari dan tidak sah untuk penerbangan AirAsia Thailand dengan kod penerbangan XJ.