AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia sambut pelancong antarabangsa sempena pembukaan semula sempadan hari ini

SEPANG, 1 April 2022 - AirAsia meraikan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia hari ini dengan menyambut ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia di klia2.

Sebanyak 12 penerbangan antarabangsa AirAsia dari lapan buah negara, termasuk Kemboja, Vietnam, Indonesia, Singapura, Thailand, Bangladesh, Filipina dan India tiba di klia2 hari ini, menandakan permulaan kukuh untuk pemulihan perkhidmatan antarabangsa yang terhenti lebih dua tahun disebabkan pandemik. 

Kakitangan AirAsia yang lengkap divaksinasi sepenuhnya termasuk juruterbang, kru kabin dan kakitangan darat menyambut dan melayan para tetamu yang mengambil peluang untuk kembali terbang bersama-sama AirAsia. Sambutan serupa turut diadakan di Thailand, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Sempena pembukaan semula sempadan antarabangsa, para tetamu AirAsia kini boleh berkunjung ke destinasi popular di Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Maldives dan banyak lagi dengan tambang serendah RM89 sehala, manakala laluan domestik pula bermula daripada hanya RM39 sehala. Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ pada airasia Super App dari sekarang hingga 3 April 2022, untuk tempoh perjalanan antara 1 April 2022 dan 25 Mac 2023.

Selain itu, para tetamu yang menempah penerbangan antarabangsa AirAsia (kod penerbangan AK) menerusu airasia Super App dari sekarang sehingga 10 April 2022, secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi mata ganjaran airasia point bernilai RM12,000. Para tetamu juga boleh menikmati diskaun RM10 untuk perjalanan ke atau dari lapangan terbang melalui perkhidmatan e-hailing airasia ride.

Sebagai usaha untuk mempertingkatkan lagi permintaan perjalanan udara dan pengalaman perjalanan yang menarik, airasia Super App telah melancarkan pelan langganan SUPER+ yang tersedia untuk pembelian di Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina sehingga 2 April 2022. SUPER+ adalah pilihan bijak untuk mengalami dunia baharu airasia kerana ia membolehkan pelanggan terbang ke mana-mana sahaja, menikmati lebih penjimatan dan pelbagai ganjaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) Bo Lingam berkata: “Hari ini amat bermakna bagi kami di AirAsia; kita akhirnya menyambut kedatangan pelancong dan pengembara antarabangsa ke Malaysia selepas dua tahun. Kami telah membuat persediaan rapi dari segi operasi untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan selesa kepada para tetamu. Kami juga berterima kasih kepada kerajaan negara-negara di seluruh rantau ini kerana telah membuka semula sempadan dan melonggarkan sekatan perjalanan. AirAsia berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan industri yang berkaitan untuk membina semula industri penerbangan dan pelancongan bersama-sama. Kami akan terus menyemak rangkaian kami dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Lebih banyak penyambungan semula perkhidmatan serta laluan unik yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat sejajar dengan pembukaan sempadan dunia secara beransur-ansur.

“Sebagai menyokong permintaan untuk perjalanan udara, kami telah melancarkan pelan langganan SUPER+ yang membolehkan para tetamu membuat perjalanan merentasi rantau Asean di empat buah pasaran teras kami iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina. Kami yakin SUPER+ akan menjadi produk yang popular di kalangan mereka yang ingin berhubung dengan rakan dan keluarga serta ingin menempah percutian singkat di dalam dan luar negara selepas terpisah lebih dua tahun. Selain penerbangan tanpa had, pelanggan SUPER+ juga akan menikmati perlindungan insurans COVID sebelum berlepas serta penghantaran percuma airasia food di mana-mana sahaja perkhidmatan itu tersedia di seluruh rantau ini, termasuk semasa mereka melakukan perjalanan. Ini bermakna sesiapa sahaja yang mempunyai pelan langganan SUPER+ boleh menikmati cara hidup airasia yang terbaik di mana sahaja dan untuk apa jua,” tambah Bo Lingam.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Hari ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan ke arah pemulihan industri pelancongan di rantau ini. Kami akan bekerja keras untuk terus memuluh dan merancakkan industri penerbangan. Kami ingin memberi jaminan kepada semua mengenai komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan dengan standard keselamatan dan kebersihan  tertinggi pada setiap masa. Pasukan AirAsia sama ada di darat dan udara telah lengkap vaksinasi dan bersedia untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia, memberikan pengalaman perjalanan terbaik dan mengikut peraturan dan prosedur keselamatan yang ketat untuk ketenangan dan keselamatan para tetamu kami.

“Sebagai syarikat penerbangan, kami telah melaksanakan pelbagai langkah dan inovasi bagi memastikan semua tetamu AirAsia boleh melakukan perjalanan dengan selamat melalui langkah keselamatan dan kesihatan yang mantap seperti daftar masuk kendiri melalui airasia Super App, ciri pengecaman wajah melalui FACES dan banyak lagi. Kami juga ingin mengingatkan para tetamu untuk terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa perjalanan anda. Hari ini adalah hari yang kami tunggu-tunggu dan kami tidak sabar untuk melihat anda kembali dalam penerbangan kami tidak lama lagi!”

Para tetamu dengan vaksinasi lengkap yang ingin melakukan perjalanan ke dan dari Malaysia mesti memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan dari negara asal masing-masing sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.

AirAsia kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan di bawah langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat. Satu pencapaian besar bagi AirAsia apabila 95% daripada keseluruhan tetamunya kini telah beralih untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan laman web, satu inisiatif yang diwajibkan atas semua penumpang semasa kemuncak pandemik Covid-19 pada tahun lalu dan akan terus menjadi sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi pelan mitigasi Covid-19 melalui operasi tanpa sentuhan. 

Untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan tempoh untuk prosedur  di lapangan terbang, para tetamu AirAsia digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui airasia Super App dan menggunakan kemudahan daftar masuk bagasi automatik. Mulai 1 April 2022, hanya kumpulan penumpang tertentu sahaja akan diterima untuk daftar masuk melalui kaunter, antaranya warga emas berusia 70 tahun ke atas, tetamu kurang upaya yang memegang kad OKU yang sah, tetamu perseorangan bawah umur (12-16 tahun), tempahan berkumpulan untuk 10 tetamu atau lebih dan tetamu penerbangan sewa khas. 

Nikmati perjalanan dengan tambang berpatutan dan lebih selamat dengan AirAsia. AirAsia telah diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi tertinggi dengan penilaian 7/7 daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com pada 2021 dan 2022. 

Ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk perkembangan terkini dan tawaran e-dagang airasia Super App!