AirAsia tambah penerbangan dari Singapura ke Kota Kinabalu
SINGAPURA, 14 Jun 2018 - AirAsia akan menggandakan jumlah penerbangan antara Singapura dan Kota Kinabalu kepada 14 penerbangan mingguan bermula 1 Ogos 2018.
Kekerapan penerbangan tambahan tersebut dijangka akan memacu hubungan udara antara kedua-dua bandar tersebut, selari dengan komitmen AirAsia untuk merapatkan jurang di Asean.
Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, AirAsia kini akan mengendalikan perkhidmatan sebanyak dua kali sehari dari Singapura ke Kota Kinabalu. Peningkatan penerbangan ini membolehkan kami menawarkan lebih banyak pilihan kepada tetamu kami sama ada yang melancong untuk perniagaan atau percutian.”
Untuk meraikan penambahan penerbangan tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada SGD65* sehala dari Singapura ke Kota Kinabalu. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 23 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 31 Januari 2019.
AirAsia kini menghubungkan tujuh destinasi di Malaysia - Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Bintulu, Kuching, Langkawi, Miri dan Pulau Pinang - ke Singapura sebanyak 159 penerbangan seminggu.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
Jaduan penerbangan untuk Singapura (SIN) - Kota Kinabalu, Malaysia (BKI)
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.