AirAsia Newsroom

View Original

Nasihat Perjalanan AirAsia: AirAsia tawar penukaran destinasi bagi penerbangan ke/dari Lombok dan Bali, Indonesia

6 Ogos 2018 15:00 HRS LT (GMT+8)

SEPANG, 6 Ogos 2018 - AirAsia mengesahkan bahawa penerbangan ke dan dari Lombok dan Bali beroperasi seperti biasa susulan gempa bumi yang dilaporkan.

Para tetamu yang bakal terbang ke/dari Lombok atau Bali dari 6 hingga 10 Ogos 2018* boleh memilih salah satu daripada tawaran perkhidmatan berikut:

1. Tukar destinasi: Penukaran kepada destinasi lain dalam rangkaian AirAsia boleh dibuat sekali sahaja, dalam masa 30 hari kalendar dari tarikh penerbangan asal tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk. Tiada caj penukaran dikenakan tetapi caj perbezaan tambang akan dikenakan untuk penukaran kepada penerbangan dengan tambang lebih tinggi; ATAU

2. Tukar penerbangan: Penukaran kepada tarikh baharu bagi laluan sama boleh dibuat sekali sahaja dalam masa 14 hari kalendar dari masa penerbangan asal tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

3. Akaun kredit: Mengekalkan nilai tambang dalam akaun Ahli AirAsia BIG anda untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia. Akaun kredit dalam talian ini boleh ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan.

Para tetamu yanng ingin memliih penukaran destinasi / penerbangan* mestilah menghantar butiran penerbangan baharu (destinasi, tarikh dan masa baharu) serta nama penumpang kepada bahagian sokongan pelanggan kami melalui Live Chat atau Twitter yang tersedia di support.airasia.com.

Para tetamu yang ingin memilih akaun kredit* pula perlu mengisi e-Borang yang boleh didapati di support.airasia.com:

AirAsia menasihatkan para tetamu untuk mengemas kini butir-butir peribadi mereka di airasia.com untuk memastikan mereka menerima perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.

Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memastikan tetamu kami dikemas kini bagi perkembangan terbaru. Para tetamu juga disarankan untuk melayari airasia.com dan saluran media sosial AirAsia bagi melihat status terkini.

Bagi tetamu yang memerlukan maklumat lanjut dan sebarang bantuan, sila hubungi bahagian Kebahagiaan Pelanggan kami di support.airasia.com.

*Sah untuk tempahan yang dibuat sebelum 5 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan dari 6 hingga 10 Ogos 2018