AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia terus perkembang KLIA sebagai lapangan terbang paling terhubung untuk syarikat penerbangan tambang rendah dengan pelancaran laluan baharu pada suku tahun keempat

SEPANG, 10 Oktober 2024 - AirAsia, yang baru-baru ini diiktiraf oleh Indeks Megahubs 2024 OAG sebagai penyumbang utama kepada status Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lapangan terbang paling terhubung atau Megahub bagi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCC) di peringkat global, telah mengesahkan komitmennya untuk terus memperkembang operasinya dari hab ini. Dinobatkan sebagai lapangan terbang kedua paling terhubung di dunia selepas Lapangan Terbang Heathrow (LHR) di London, laporan tersebut menyatakan bahawa KLIA menawarkan lebih 14,500 untuk penerbangan sambungan merentasi 137 destinasi.

Megahub adalah lapangan terbang yang menawarkan jumlah penernagan sambungan tertinggi ke destinasi antarabangsa. Selain LHR dan KLIA, antara Megahub teratas termasuk Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di Amsterdam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Seoul.

Sebagai syarikat penerbangan terkemuka, AirAsia mengendalikan 43 peratus daripada semua penerbangan dan menyumbang 74 peratus daripada jumlah kapasiti LCC di KLIA. Pada suku keempat tahun ini, syarikat penerbangan tersebut telah mengesahkan pelancaran lima laluan baharu, menambah kepada 112 laluan antarabangsa dan 14 laluan domestik sedia ada yang kini beroperasi dari KLIA oleh semua syarikat penerbangan dalam kumpulannya. Pada masa ini, AirAsia mengendalikan sehingga 236 penerbangan harian dari KLIA.

Rangkaian luas AirAsia yang beroperasi dari lima negara di Asean seperti Bangkok, Thailand; Jakarta, Indonesia; Phnom Penh, Kemboja; dan Manila, Filipina memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai Megahub LCC, malah memperkukuh pasarannya di rantau ini. AirAsia Thailand adalah syarikat penerbangan terkemuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, yang menduduki tempat ke-15 dalam carta Megahub LCC. Manakala AirAsia Indonesia adalah syarikat penerbangan terkemuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, yang menduduki tempat ke-18 dalam carta 25 Megahub LCC teratas.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Penasihat AirAsia Aviation Group berkata: “Apabila saya menumbuhkan AirAsia pada 23 tahun lalu, visi saya adalah untuk menjadikan KLIA antara lapangan terbang elit di peringkat global. Saya berbesar hati kerana ia kini merupakan lapangan terbang kedua paling terhubung di dunia, dikuasakan oleh momentum yang telah dibina oleh AirAsia menjadikannya Megahub LCC terkemuka dunia. KLIA mendahului lapangan terbang di rantau ini, menawarkan lebih 14,500 untuk penerbangan sambungan, mengatasi Singapura dan Bangkok dari segi sambungan udara.

“Peluasan rangkaian AirAsia yang berterusan bukan sahaja akan meningkatkan lagi kedudukan KLIA sebagai antara lapangan terbangan terbaik di dunia malah memastikan kami kekal berdaya saing dalam menghubungkan pasaran baharu. Mesyuarat Agung Luar Biasa Capital A yang dengan pemegang saham kami pada minggu hadapan untuk menyatukan operasi syarikat penerbangan di bawah satu kumpulan akan memperkukuh pelan pengembangan ini, membolehkan kami menyelaraskan dan memacu pertumbuhan jangka panjang bagi syarikat penerbangan ini.

“AirAsia ialah syarikta penerbangan asing terbesar bagi laluan antara Asean dan India serta China dan KLIA merupakan hab utama bagi perkhidmatan Fly-Thru kami. Pelancaran laluan Almaty, Nairobi dan Port Blair baru-baru ini juga membawa AirAsia ke sempadan baharu di Asia dan Afrika. Dalam pada AirAsia mengharungi arus perubahan landskap ekonomi dan permintaan perjalanan yang meningkat di seluruh rantau Asia-Pasifik, pengembangan rangkaian kami akan meningkatkan ketersambungan dari KLIA ke pasaran baharu.”

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group berkata pengembangan pesawat AirAsia juga akan memacu pertumbuhan rangkaiannya. “Kami telah mengaktifkan semula pesanan pesawat kami pada tahun ini dan telah menerima empat pesawat jenis A321neo baharu dan lima pesawat akan datang. Pengaktifan semula semua pesawat kami kini dalam proses dan dijangka akan siap pada tahun ini. Kami kini mempunyai pesanan untuk 361 buah pesawat jenis A321 untuk memenuhi strategi pengembangan dan keperluan sebagai kumpulan. Pesanan ini bakal memperluas rangkaian kami dengan pantas dan meningkatkan ketersambungan merentasi Asia dan seterusnya, serta menjadikan Asia Tenggara sebagai hab transit utama seperti Dubai melalui pelbagai hab kami.

“Perkhidmatan Fly-Thru kami juga memainkan peranan penting dalam menghubungkan para tetamu dari seluruh Asia. Ia membolehkan para pengembara daripada pasaran utama termasuk India dan China untuk mengakses lebih banyak destinasi baharu dan menarik merentasi rangkaian kami yang menawarkan lebih daripada 130 destinasi di seluruh Asia, Australia dan Afrika tidak lama lagi. Kami mensasarkan untuk meningkatkan trafik Fly-Thru kepada 25 peratus menjelang tahun 2025, meningkat daripada 21 peratus pada tahun 2019, seterusnya memacu ketersambungan kami.”

Selaras dengan rancangan pertumbuhannya untuk mewujudkan rangkaian syarikat penerbangan tambang rendah global, syarikat penerbangan ini bersedia untuk mengumumkan lebih banyak destinasi menarik sebelum akhir tahun ini untuk menghubungkan Asean dengan dunia, dan dunia dengan Asean.

¹Sumber: Analisis SRS untuk tempoh Jan - Sep 2024 meliputi semua syarikat penerbangan di bawah jenama AirAsia dan AirAsia X