AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia teruskan kerjasama dengan UFC®

Kerjasama antara UFC dan AirAsia diteruskan setelah berjaya menjalankan pengaktifan jenama dan menerima pengiktirafan industri dalam masa setahun

Keterangan Gambar: (Dua dari kiri) Presiden UFC Dana White dan Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw bersama-sama kru kabin AirAsia.

MELBOURNE, 8 Februari 2019 - UFC®, syarikat seni bela diri campuran terulung di dunia (MAA) dan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di dunia serta Syarikat Penerbangan Rasmi UFC, hari ini mengumumkan untuk meneruskan kerjasama mereka. Kerjasama ini diteruskan setelah AirAsia berjaya menerima pengiktirafan industri setelah setahun bekerjasama dengan merangkul anugerah gangsa SPIA bagi kategori Penaja Terbaik.

Melalui kerjasama bersepadu ini, UFC dan AirAsia akan mencari dan memupuk bakat baharu untuk sukan MMA di rantau Asia-Pasifik dan mencipta kandungan asli untuk para peminat MMA. Pengaktifan jenama yang inovatif ini juga termasuklah pelancaran Program Biasiswa UFC® pertama yang diberikan kepada juara kelas straw Wanita One Pride Linda Darrow untuk mengasah kemahirannya di UFC Performance Institute® di Las Vegas. Atlet UFC Australia, Jim Crute turut mendapat manfaat daripada kerjasama ini yang membantu kemasukannya dalam “Dana White’s Tuesday Night Contender Series”, melalui perlawanan yang dimenangi dan memperoleh kontrak bersama UFC. Beliau yang baru sahaja memenangi perlawanan pertamanya di UFC FIGHT NIGHT®: DOS SANTOS vs. TUIVASA di Adelaide, Australia pada Disember lalu, kini melonjak di arena perlawanan dan bakal berhadapan dengan Sam Alvey dalam acara utama UFC® 234: WHITTAKER vs. GASTELUM di Melbourne pada hari Ahad, 10 Februari.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tony Fernandes dan seluruh pasukan AirAsia untuk sokongan berterusan mereka dan kami amat berbangga dengan kerjasama yang dibina bersama,” kata Naib Presiden Perkongsian Global UFC, Paul Asencio. “Kerja keras kami sememangnya berbaloi apabila dapat melihat impak daripada kandungan yang dijana dan peluang baharu yang dicipta untuk para pelancong, peminat, atlet UFC dan atlet baharu MMA seperti Darrow dan Crute.”

Menyedari populariti yang dimiliki oleh atlet UFC, AirAsia mula bekerjasama dengan mereka seperti atlet kategori berat UFC Australia Tai Tuivasa untuk mensasarkan lebih ramai peminat. Kerjasama ini juga memberikan AirAsia akses untuk acara tayangan berbayar terkemuka UFC seperti perlawanan UFC® 229: KHABIB vs. MCGREGOR, di mana jenama syarikat penerbangan tersebut dapat dilihat di sudut pentas Octagon® yang ditonton oleh berjuta-juta orang.

“Saya berbangga untuk bekerjasama dengan AirAsia, dan terlibat dengan syarikat yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mengembara melihat dunia. Segalanya mungkin dengan AirAsia.” kata atlet UFC Tai 'BamBam' Tuivasa.

Selain itu, kerjasama ini mewujudkan salah satu acara kemuncak utama pada tahun ini untuk jenama UFC dan AirAsia iaitu pelancaran pesawat berjenama UFC pertama pada pesawat Airbus A330-300 AirAsia. Pada tahun ini juga, barangan istimewa berjenama UFC AirAsia boleh didapati dalam penerbangan AirAsia, bermula dengan model pesawat berjenama UFC.

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, “Kami amat berbangga untuk meneruskan kerjasama dengan UFC untuk satu tahun lagi, terutamanya kerana mereka terus mengembangkan kehadiran mereka di pasaran Asia Pasifik.”

“Menerusi kerjasama ini, kami telah melihat beberapa kejayaan pada tahun lepas - termasuklah jenama AirAsia di pentas Octagon® untuk perlawanan UFC 229: Khabib vs McGregor, dan pesawat berjenama UFC pada Airbus A330-300, yang kini telah membawa hampir 150,000 orang tetamu ke lebih dari 20 destinasi dalam rangkaian jarak jauh kami.

“Lebih penting lagi, sebagai sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan peluang kepada orang ramai, kami teruja untuk terus mencari dan memupuk bakat MMA baharu di rantau ini.”

Pada tahun 2019, AirAsia akan merancang lebih banyak kempen yang inovatif dan pengaktifan jenama menerusi jenama UFC, sukan dan peminat global yang boleh menarik rakan kongsi di seluruh dunia.

***

Mengenai UFC®

UFC® is a premium global sports brand and the largest Pay-Per-View event provider in the world. UFC boasts 278 million fans worldwide and has produced over 460 events in 24 countries since its inception in 1993. Acquired in 2016 by global sports, entertainment and fashion leader Endeavor (formerly WME | IMG), together with strategic partners Silver Lake Partners and KKR, UFC is headquartered in Las Vegas with a network of employees around the world. UFC produces more than 40 live events annually that consistently sell out some of the most prestigious arenas around the globe, while programming is broadcast in over 165 countries and territories to 1.0 billion TV households worldwide in over 40 different languages. UFC FIGHT PASS®, the world’s leading digital subscription service for combat sports, delivers exclusive live events, thousands of fights on-demand and original content to fans around the world. For more information, visit UFC.com and follow UFC at Facebook.com/UFC, Twitter, Snapchat and Instagram: @UFC.