AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia tingkatkan keupayaan rantaian bekalan dengan kerjasama AC2 Group

Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka tersebut menerapkan penyelesaian pengurusan gudang Blue Yonder

SEPANG, 30 Disember 2020 - Kumpulan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut, mengumumkan kerjasama dengan AC2 Group untuk menerapkan penyelesaian pengurusan gudang Blue Yonder (WMS) untuk meningkatkan keupayaan rantaian bekalan dan operasinya secara digital berikutan penambahan kapasiti domestik sejajar dengan permintaan tinggi.

Ketua Rantai Bekalan Kumpulan AirAsia, Siva Indran berkata, “Kami telah mencapai satu lagi kejayaan pada hari ini dengan menerapkan rangkaian bekalan digital di seluruh kumpulan. Penyelesaian gudang Blue Yonder (WMS) menggunakan data dan analitik canggih yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan syarikat penerbangan kami malah menawarkan faedah kepada para tetamu, seperti produk yang tepat pada penerbangan tertentu berdasarkan pilihan tetamu. Selain itu, kecekapan yang diterapkan dapat ditawarkan kembali kepada para tetamu dalam penerbangan atau melalui pesanan penghantaran ke rumah. Kami akan terus berinovasi agar dapat bersiap sedia menjelang jangkaan pemulihan perjalanan udara di peringkat global dalam masa terdekat.

“Transformasi digital AirAsia terus bertambah momentum dan kami ingin menjadikan perkhidmatan teknologi kewangan inklusif di dalam seluruh ekosistem tawaran perjalanan dan gaya hidup kami. Sebagai sebuah syarikat penerbangan digital, ini adalah salah satu peningkatan teknologi terkini yang telah dilaksanakan untuk menjadikan tempahan dan penerbangan dengan AirAsia lebih lancar. Kami berbesar hati kerana transformasi digital rantaian bekalan kami kini dilaksanakan di semua hab operasi kami di Asia. Terima kasih kepada pasukan IT, operasi, rantaian bekalan dan pasukan AC2 Group, atas bantuan mereka untuk menerapkan inovasi ini ke seluruh kumpulan kami dengan lancar. Langkah mengoptimumkan rangkaian rantaian bekalan digital kami adalah tepat pada masanya kerana kami kini fokus untuk meneruskan operasi ke tahap pra-COVID-19 di semua pasaran utama secepat mungkin.”

Rakan Pengurusan AC2 Group, Aw Yang Uei, berkata, “Sebahagian besar usaha kami dilakukan untuk merancang penyelesaian ini bagi memastikan ia kukuh, berskala dan dapat diintegrasikan dengan teknologi masa depan seperti penyelesaian gudang menggunakan teknologi robotik. AirAsia mempunyai visi yang amat kreatif dalam membangunkan strategi pelbagai saluran mereka, yang memerlukan kecekapan rantaian bekalan. Kami berbesar hati untuk memainkan peranan dalam perjalanan digitalisasi mereka, dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan semua pasukan profesional di AirAsia.

Presiden Asia Pasifik Blue Yonder, Antonio Boccalandro, berkata, “Tahniah kepada AirAsia dan AC2 Group kerana menerapkan penyelesaian Blue Yonder (WMS). Sistem pengurusan gudang ini adalah salah satu penyelesaian utama kami yang membantu pelanggan meningkatkan fleksibiliti, respons dalam masa nyata dan kemampuan untuk menguruskan operasi gudang yang kompleks dengan mudah. Kami juga berbangga menjadi sebahagian daripada transformasi digital AirAsia, dan menantikan lebih banyak kejayaan daripada mereka.”

***

Mengenai AC2 Group

The AC2 Group is a leading solution provider for warehouse solution consulting and supply chain related technologies in Asia. With over 25 years of knowledge and experiences in implementing supply chain solution, the company has successfully deployed many supply chain solutions throughout Asia-Pacific. With headquarters located in Singapore, the AC2 Group has now expanded its market coverage, having offices in Malaysia, Thailand, Taiwan, Hong Kong and Shanghai. 

For more information on the AC2 Group, please visit http://www.ac2wave.com

Social Networks

AC² News: https://www.ac2wave.com/news
AC² LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/theac2group
AC² Facebook: https://www.facebook.com/TheAC2Group