AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia umum penyambungan semula penerbangan ke dua laluan dari Kuala Lumpur-Vietnam

  • Tetamu boleh membuat tempahan penerbangan mereka ke Nha Trang, dan Da Lat melalui airasia Super App dari serendah RM149 sehala

KUALA LUMPUR, 30 June 2022 - Di atas permintaan ramai pengembara di seluruh rantau ini, AirAsia bakal menyambung semula perkhidmatan penerbangan berjadualnya antara Kuala Lumpur dan dua destinasi di Vietnam iaitu Nha Trang, dan Da Lat, masing-masing bermula pada 8 Julai 2022, dan 10 Julai 2022.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke dua destinasi pelancongan popular ini adalah tersedia untuk tempahan dari serendah RM149 sehala:

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, berkata: “Dengan momentum terhadap pelancongan santai semakin meningkat sejajar dengan pembukaan semula sempada antarabangsa di kebanyakan negara di rantau ini, AirAsia berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam pemulihan industri pelancongan dengan menyambung semula laluan-laluan popular ke Vietnam ini. Kini tiba masanya untuk para tetamu kami meneroka dan melawat semula pantai Nha Trang yang menyajikan pelbagai hidangan laut popular dan keindahan angin lautnya yang menyegarkan, atau mungkin memilih untuk menyelami keindahan hutan pain, tasik dan air terjun di Da Lat “City of Eternal Spring”. Vietnam pastinya dapat menyajikan sesuatu untuk semua!

“Dengan penyambungan semula penerbangan antara Kuala Lumpur dan Vietnam yang dinanti-nantikan oleh para tetamu serta syarikat penerbangan kami, kami ingin merakamkan tanda penghargaan kami kepada kerajaan Vietnam kerana memudahkan syarat perjalanan dan kemasukan bagi pelawat ke Vietnam. Kami akan bekerjasama erat dengan kedua-dua kerajaan Malaysia dan Vietnam untuk memberikan lebih banyak peluang dalam membantu menyokong pemulihan ekonomi di kedua-dua rantau ini.”

Semua pengembara yang menerima vaksin lengkap boleh memasuki Vietnam tanpa sebarang ujian pra-pelepasan, dan warganegara Malaysia boleh memasuki Vietnam tanpa visa dan tinggal di negara tersebut selama 14 hari. Semasa ketibaan, pengembara yang berumur dua tahun ke atas harus memuat turun aplikasi PC-Covid dan mengisytiharkan sebarang simptom pada aplikasi tersebut sepanjang tempoh mereka tinggal di negara itu dan memiliki insurans perubatan yang mempunyai perlindungan untuk rawatan COVID-19 dengan liabiliti minimum sebanyak USD10K. Pengasingan diri tidak lagi diperlukan apabila tiba di Vietnam.

*Jadual penerbangan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk laman web kami dan airasia Super App untuk status penerbangan terkini.

Ahli boleh memperoleh airasia points untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran gaya hidup. Gunakannya seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, barangan runcit dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.

Para tetamu dinasihatkan supaya menyemak syarat dan keperluan yang dikenakan oleh pihak berkuasa sebelum membeli sebarang penerbangan dan semasa ketibaan. Sila rujuk nasihat perjalanan terkini di sini untuk maklumat lanjut tentang langkah keselamatan dan SOP perjalanan AirAsia.

AirAsia telah berjaya mengalih 95% daripada keseluruhan tetamunya kepada ciri daftar masuk kendiri melalui airasia Super App dan laman web, satu inisiatif yang disarankan kepada semua penumpang semasa kemuncak pandemik Covid-19 pada tahun lalu dan akan terus menjadi sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan lagi pelan mitigasi Covid-19 melalui operasi tanpa sentuhan.

AirAsia menggalakkan semua tetamu untuk memuat turun dan menaik taraf aplikasi airasia Super App mereka untuk perjalanan yang lancar dan tanpa sentuhan. Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter AirAsia kini hanya tersedia untuk tetamu tertentu sahaja di semua lapangan terbang di Malaysia bermula 1 April 2022. Antara tetamu yang dikecualikan adalah warga emas berusia 70 tahun ke atas, orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penumpang remaja yang membuat perjalanan bersendirian, tempahan berkumpulan seramai 10 orang tetamu, penumpang penerbangan sewa khas dan lain-lain.

Ikuti perkembangan terkini airasia Super App dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook atau @airasia di Wechat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.