AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia X melangkah ke era baharu dengan pelantikan Tunku Dato' Mahmood Fawzy sebagai Pengerusi

SEPANG, 1 Ogos 2022 - AirAsia X (AAX), syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh kini melangkah ke era baharu dengan pelantikan Tunku Dato' Mahmood Fawzy sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menggantikan Tan Sri Rafidah Aziz, yang memegang jawatan Pengerusi sejak tahun 2013 dan baru-baru ini telah mengumumkan persaraannya daripada lembaga pengarah pada 1 Julai 2022.

Tunku Dato' Mahmood Fawzy pada mulanya menyertai AAX sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada 1 Julai 2022. Menerusi pelantikan baharu ini, beliau akan memberi tumpuan dalam memacu strategi pertumbuhan korporat dan menawarkan kepakaran kepada ahli lembaga pengarah dan pasukan kepimpinan syarikat.

Pengasas Bersama dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAX Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Kami amat teruja untuk mengalu-alukan Tunku Dato’ Fawzy sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah baharu. Beliau membawa kepakaran dan pengalaman yang luas termasuk sebagai ahli lembaga pengarah dan pengerusi dengan rekod prestasi selama 30 tahun yang kukuh dalam peranan kepimpinan antarabangsa merangkumi pelaburan korporat, kewangan dan banyak lagi. Keputusannya untuk menyertai ahli lembaga AAX adalah bukti masa hadapan AAX yang kukuh dan sokongan padu oleh semua ahli berkepentingan kami.

“Dengan pelantikan ini, kami akan dapat menggabungkan kekuatan syarikat yang diterajui oleh usahawan terkemuka dan memacunya ke arah tadbir urus korporat yang lebih kukuh.

“Bagi pihak ahli lembaga pengarah lain dan pasukan kepimpinan AAX, saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Rafidah atas kepimpinan beliau yang tiada tandingan sepanjang sedekad yang lalu. Dalam usaha kami untuk kembali memulakan perkhidmatan dalam pasaran antarabangsa utama dan baharu, kami berharap dapat bekerjasama dengan Tunku Fawzy untuk memacu AAX untuk pertumbuhan yang mampan dan masa depan yang berdaya maju.”

Pengerusi AAX Tunku Dato' Mahmood Fawzy berkata: “Saya berbesar hati untuk berkhidmat sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah AAX dan bekerjasama dengan Datuk Kamarudin, Tan Sri Tony Fernandes, Benyamin Ismail, serta ahli lembaga pengarah yang lain untuk memastikan masa depan yang kukuh dan cerah untuk syarikat penerbangan ini. Ini adalah tempoh yang menarik untuk AAX dan saya berharap untuk terus bekerjasama dengan pasukan kepimpinannya bagi meningkatkan visi dan strategi jangka panjang AAX.”