airasia super app perkenal produk Asean Unlimited baharu
Kuala Lumpur, 3 Mac 2021 - airasia terus memacu inovasi dengan pelancaran produk baharu - ‘Asean Unlimited’ yang menawarkan pas penerbangan antarabangsa dan domestik airasia serta perkhidmatan penghantaran e-dagang tanpa had di aplikasi super airasia.
Tawaran yang pertama seumpamanya di Asean
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan airasia berkata: “Kami terus berinovasi dengan melancarkan produk ‘Asean Unlimited’ yang pertama. airasia kini telah berkembang menjadi menjadi sebuah aplikasi super yang bukan sahaja menawarkan produk pelancongan, malah pelbagai produk lain seperti e-dagang dan teknologi kewangan. Kami telah menerima banyak respons positif dan sokongan untuk tawaran baharu ini, dan kami ingin terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami.
Perkembangan positif mengenai vaksin COVID-19 di seluruh rantau ini membuka peluang untuk kami memastikan perjalanan lebih lancar apabila sekatan dibuka. Sebagai sebahagian daripada persiapan kami untuk menyambut pemulihan perjalanan udara di rantau ini dan untuk memacu ekonomi tempatan, kami berharap produk ini juga dapat menyumbang kepada industri pelancongan Asean pasca-Covid.”
Penerbangan dan perkhidmatan penghantaran tanpa had sehingga Mac 2022
Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com berkata: “Kami berbesar hati dengan sambutan yang amat positif ketika kami memperkenalkan AirAsia Unlimited Pass pada tahun lepas: pas unik yang membenarkan para tetamu untuk membuat perjalanan kemudian. Kali ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang berbeza dengan nilai lebih besar kepada para pelanggan kami kerana pemegang pas ‘Asean Unlimited’ boleh menebus penerbangan tanpa had domestik di Malaysia dan antarabangsa di seluruh Asean (apabila sekatan perjalanan dibuka, untuk kod penerbangan AK) bagi perjalanan akan datang dari 17 Mac 2021 sehingga 26 Mac 2022, tertakluk pada ketersediaan penerbangan. Selain penerbangan, pemegang pas juga boleh mengakses perkhidmatan penghantaran percuma di platform e-dagang kami seperti airasia shop, food dan fresh. Perkhidmatan ini tersedia di kawasan Lembah Klang sahaja buat masa ini dan akan diperluaskan ke bandar-bandar lain di Malaysia.”
Ditawarkan pada harga RM599, pas ini tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia. Pembelian boleh dibuat di airasia.com/deals atau di aplikasi super airasia (di pautan Unlimited Deals) dari 3 Mac (1000 jam GMT + 8) hingga 7 Mac 2021 (2359h GMT + 8). Pengguna BigPay pula dapat menikmati diskaun sebanyak RM50 untuk pembayaran dengan BigPay dari sekarang hingga 5 Mac 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan pas ‘Asean Unlimited’, sila rujuk pautan ini:
Penerbangan yang ditebus melalui Asean Unlimited tidak termasuk cukai dan fi kerajaan, bayaran produk tambahan dan caj-caj lain yang dikenakan. Tempahan penerbangan mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas, dan tertakluk kepada tempoh embargo serta terma dan syarat lain.
AirAsia juga telah melanjutkan tempoh perjalanan AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia (RM399) dari 31 Mac hingga 30 Jun 2021. Dilancarkan pada bulan Jun 2020, AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia membolehkan pemegang pas menebus penerbangan tanpa had (penerbangan kod AK) di dalam Malaysia.
Selain itu, pemegang pas AirAsia X Unlimited (RM499) dan pas AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia juga boleh menikmati perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dari airasia shop, food, dan fresh dari sekarang hingga 30 Jun 2022.
Untuk berita, aktiviti dan promosi terkin airasiai, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasiatravels) dan Instagram (instagram.com/airasiatravels).
*Tertakluk pada Terma dan Syarat, sila baca Soalan-Soalan Lazim untuk maklumat lanjut. Penghantaran Percuma Tanpa Had kini hanya tersedia di Lembah Klang sahaja