AirAsia Newsroom

View Original

Asia Digital Engineering umum barisan ahli lembaga pengarah baharu

  • Syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A berada di landasan yang tepat untuk menjadi peneraju MRO terkemuka di Asia

  • Lebih 100 peluang pekerjaan telah ditawarkan bagi menyokong pertumbuhan pesat

SEPANG, 25 April 2022 - Asia Digital Engineering (ADE), hari ini mengumumkan barisan ahli lembaga pengarah baharu bagi menyelia strategi masa depan syarikat kejuruteraan Capital A untuk menjadi peneraju syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) terkemuka di Asia Tenggara.

Pengumuman barisan ahli lembaga pengarah baharu tersebut termasuk pengumuman Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Dato’ Hisham Othman, adalah antara inisiatif dan komitmen ADE untuk menawarkan penyelesaian kejuruteraan industri untuk AirAsia dan syarikat penerbangan pihak ketiga lain di rantau ini. 

Mahesh Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Digital Engineering berkata: “Kami amat berbesar hati di atas sokongan kumpulan ahli lembaga pengarah yang dihormati dalam usaha kami untuk berkembang lebih pesat, dan dalam masa yang sama meletakkan Malaysia di persada dunia sebagai sebuah penyedia global terkemuka untuk perkhidmatan kejuruteraan terbaik dan berkualiti.

“Selain Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), dan saya sendiri yang memegang jawatan eksekutif dalam Capital A (syarikat induk ADE dan AAAGL), barisan ahli lembaga pengarah baharu ini terdiri daripada pengerusi bebas bukan eksekutif dan tiga pengarah bebas bukan eksekutif, masing-masing membawa pengalaman luas dan relevan serta pengawasan strategik dalam membawa aspirasi pertumbuhan ADE ke peringkat yang lebih tinggi.

“Baru-baru ini, kami telah menawarkan lebih 100 jawatan kejuruteraan di Malaysia bagi menyokong pertumbuhan pesat dan kami berharap untuk mewujudkan ratusan lagi peluang pekerjaan sejajar dengan peningkatan permintaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat, berikutan dunia mula beralih ke fasa endemik.”

Mahesh menyambung: “Keupayaan digital adalah apa yang membezakan kami daripada para pesaing. Kami juga telah mengumumkan rancangan untuk menjana lebih RM400 juta bagi membina kemudahan MRO berteknologi tinggi seluas 20 ekar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) yang dijangka akan mula dibina pada tahun ini dan bakal siap dalam tempoh dua tahun. Kami turut mensasarkan untuk membangunkan kemudahan yang sama di pasaran utama kami yang lain seperti di Thailand, Filipina dan Indonesia seterusnya akan menjadikan ADE sebagai peneraju industri di Asean dan global.”

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) berkata: “Kini kebanyakan sempadan antarabangsa telah dibuka kepada dunia dan syarikat penerbangan dapat kembali beroperasi. Justeru, kami amat berbesar hati untuk mengumumkan pengerusi dan barisan ahli lembaga pengarah baharu untuk ADE di samping memperkukuh asas pertumbuhan masa depan syarikat. Dalam usaha AirAsia untuk sentiasa memperjuangkan kesaksamaan, dua pengarah bebas bukan eksekutif ADE adalah tokoh wanita terkemuka, yang mana kedua-duanya berkelayakan dalam bidang yang dahulunya didominasi oleh lelaki.

“Rantau Asean, termasuk Singapura, dari segi sejarah sentiasa menjadi peneraju dunia dalam perkhidmatan MRO dan kami percaya bahawa ADE mampu membawa keupayaan tersebut ke peringkat seterusnya, dengan inovasi teknologi maju, dipacu oleh pengalaman selama lebih 20 tahun dan data yang luas untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada syarikat penerbangan komersial di rantau ini.

“MRO adalah sebuah industri yang menguntungkan dan sentiasa berkembang pesat di Asia Tenggara. Oleh itu, kami percaya ADE akan memberi sumbangan ketara kepada Capital A untuk maju ke hadapan.”

Barisan Ahli Lembaga Pengarah baharu ADE:

Dato’ Hisham Othman - Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, 60 tahun
Warganegara: Malaysia

Dato’ Hisham Othman amat disegani kerana pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan termasuk strategi perniagaan menyeluruh, operasi, pengurusan projek, penyelenggaraan, pengurusan kewangan dan risiko, jaminan kualiti, pemasaran dan jualan, tadbir urus dan pematuhan korporat, hubungan kerajaan serta kelestarian dan ESG, termasuk tindakan dan perubahan iklim. Beliau juga adalah pengerusi bebas bukan eksekutif di Berjaya Corporation Bhd. Beliau memegang Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil dari University of West Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Beliau menawarkan pengalaman yang luas dalam bidang automotif, penyelenggaraan, jualan automotif dan selepas jualan, pengangkutan, hartanah, pembangunan hartanah, pembinaan dan infrastruktur.

Dato’ Sreesanthan Eliathamby - Pengarah Bebas, 62 tahun
Warganegara: Malaysia

Dato’ Sreesanthan ialah pakar undang-undang terkemuka industri dan penasihat korporat, serta rakan firma guaman Tetuan Sreesanthan & Co. Beliau mempunyai ijazah undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1987 dan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Oxford, UK pada tahun 1991. Khusus dalam bidang undang-undang korporat dan komersil, beliau juga pernah menjadi pengarah Malayan Banking Berhad, An Binh Bank of Vietnam, Sime Darby Berhad, Kumpulan Guthrie Berhad, CCM Berhad dan Guinness Anchor Berhad serta Scomi Group Berhad. Beliau kini berkhidmat dalam Jawatankuasa Tatatertib Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara.

Suhnylla Kler - Pengarah Bebas, 56 tahun
Warganegara: Malaysia

Suhnylla Kler membawa pengalaman yang luas termasuk pengalaman sebagai lembaga pengarah yang terdahulu dalam syarikat pertanian, utiliti dan tenaga yang disenaraikan serta syarikat produk pengguna dan pembuatan.

 Beliau adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Greenyield Berhad dan baru-baru ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Audit pada awal tahun ini selepas pelantikan asalnya ke dalam lembaga pengarah pada tahun 2019. Beliau juga merupakan pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) dan Pengarah Eksekutif SDB Asset Management Sdn. Bhd.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) dalam Ekonomi Monetari dari London School of Economics (LSE) dan mempelajari bahasa Jepun di School of Oriental and African Studies (SOAS) di London.

Suhnylla ialah Felo (FCCA) Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) serta ahli 100 Wanita Global dalam Hedge Funds - persatuan wanita profesional yang telah membina kerjaya perkhidmatan kewangan dalam dan sekitar industri dana lindung nilai. Beliau sebelum ini pernah bertugas dengan Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) dan FTC Kaplan Asia Pasifik sebagai Pengarah Kursus dalam pemodelan kewangan.
Natasha Kamaluddin - Pengarah Bebas, 50 tahun
Warganegara: Malaysia

Natasha mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam firma perunding terkemuka termasuk Accenture, dan beliau telah menjadi rakan kongsi kanan di Ethos Capital dan EY Advisory serta penasihat kanan di McKinsey & Co pada sebelum ini. Kini, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah FELDA. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kelas Pertama dari University of Cambridge dan menawarkan pelbagai kepakaran dalam transformasi perniagaan, inovasi dan perancangan strategik kepada ADE.