AirAsia Newsroom

View Original

Beli belah dengan penuh gaya! Dapatkan barangan eksklusif Jovian di dalam penerbangan AirAsia

Dapatkan beg dan hijab rekaan khas Jovian tersedia untuk masa terhad sahaja

Nikmati tawaran menarik oleh Santan airasia sepanjang musim perayaan ini

KUALA LUMPUR, 10 April 2023 - Beli belah dengan penuh gaya dan dapatkan barangan eksklusif daripada pereka terkenal Malaysia dalam penerbangan AirAsia.

AirAsia kini mengumumkan kerjasama dengan ikon gaya dan pereka fesyen popular Dato’ Jovian Mandagie. Para tetamu pastinya akan teruja melihat rekaan Beg Pelbagai Fungsi Jovian x AirAsia dalam rona hijau pudina yang menawarkan beg tahan lasak diperbuat daripada fabrik ringan yang boleh dibasuh serta kalis air, satu botol minyak wangi Jovian x AirAsia Classic 101 EDP dan hijab edisi terhad Jovian x AirAsia yang tersedia dalam tiga warna menarik iaitu ‘White Blue’, ‘Teal Blue’ dan ‘Olive Green’. 

Rangkaian produk edisi terhad ini boleh didapati mulai sekarang hingga 30 Jun 2023 di dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (AK). Barangan ini juga boleh didapati di airasia Super App melalui ikon ‘shop’ dengan harga bermula RM28.

Catherine Goh, Pengurus Besar, Operasi Runcit dan Makanan berkata: “Dalam usaha kami untuk terus mengembangkan pilihan dari semua segi, kami berbesar hati untuk melancarkan kerjasama dengan Dato’ Jovian iaitu ikon gaya dan figura terkemuka di Asean. Jenama Jovian amat popular dan mempunyai peminat di seluruh negara, justeru ia adalah kerjasama yang sesuai untuk ditawarkan di dalam penerbangan kami.

“Kami sentiasa berusaha untuk mempamerkan keindahan serta nilai jenama-jenama Asean oleh para usahawan berbakat di samping memanfaatkan rangkaian luas AirAsia serta inisiatif penjenamaan berterusan. Banyak potensi artis di seluruh rantau ini yang belum diterokai dan sebagai sebuah jenama Asean, kami berharap untuk terus memperjuangkan pertumbuhan dan pendedahan mereka melalui platform beli-belah bebas cukai kami.”

Dato’ Jovian Mandagie, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jovian Mandagie berkata: “Impian saya untuk mempromosikan barangan Jovian di dalam penerbangan AirAsia kini menjadi kenyataan! Bagi mereka yang melancong pada musim perayaan ini bersama-sama AirAsia, jangan lupa untuk mendapatkan barangan kami untuk orang tersayang dan terbang dengan penuh gaya bersama-sama Jovian x AirAsia!”

Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Santan bakal menyajikan seleksi menu yang lazat di dalam penerbangan serta di restoran. Mulai sekarang sehingga 30 Jun 2023, para tetamu AirAsia di dalam penerbangan kod AK boleh memilih untuk menikmati juadah Hari Raya isitimewa Santan iaitu Sate Ayam bersama Kuah Kacang dan Nasi Impit. Para tetamu juga boleh membuat pra-tempahan hidangan ini sehingga empat jam sebelum waktu penerbangan mereka melalui airasia Super App atau laman web.

Para pelanggan Restoran Santan atau Kafe Santan juga boleh menikmati menu ‘Festive Feast’ istimewa yang tersedia di enam cawangan Restoran Santan. Daripada ‘Satay Snack Plate’ hingga kepada hidangan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, pastinya ada sesuatu untuk semua! Bagi penggemar pencuci mulut, Kafe Santan bakal menyajikan hidangan Pandan Series yang menawarkan Kek Keju Pandan yang unik dan Teh Pandan yang menyegarkan. Menu ‘Festive Feast’ ini tersedia mulai sekarang sehingga 31 Mei 2023.

Sempena meraikan musim perayaan ini, Santan airasia juga akan menawarkan hidangan pada harga berpatutan hanya RM6 untuk setiap hidangan dengan menu berbeza pada setiap hari. Hidangan bernilai RM6 ini tersedia setiap hari di Restoran Santan di Sunway Pyramid dan Wisma Tune sahaja. Mulai sekarang sehingga 30 April, ahli airasia rewards boleh mendapatkan sehingga 12 poin airasia bagi setiap RM1 yang dibelanjakan apabila mereka memuat naik dan menghantar resit bayaran melalui ciri ‘Snap & Earn’ di airasia Super App.

Ikuti perkembangan terkini Santan dengan mengikuti kami di Instagram @santan.asean dan TikTok @santan_asean.