AirAsia Newsroom

View Original

airasia food perkembang perkhidmatan ke Pulau Pinang

PULAU PINANG, 7 April 2021 - Penduduk di Pulau Pinang bakal mempunyai satu lagi pilihan perkhidmatan penghantaran makanan kerana airasia food bakal mengembangkan perkhidmatannya di negeri tersebut dan kini mengalu-alukan pengusaha makanan dan minuman di seluruh Pulau Pinang untuk menyertainya.

Pengusaha dan peniaga makanan dan minuman yang berminat untuk menyertai platform airasia food hanya perlu mengisi borang ini, dan mereka akan dihubungi dalam masa 48 jam oleh pasukan airasia food.

Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia super app, berkata: “Tidak dinafikan bahawa Pulau Pinang adalah syurga makanan kerana ia menawarkan pelbagai hidangan tempatan, serta masakan bertaraf dunia. Oleh itu, kami teruja untuk mengembangkan perkhidmatan airasia food ke negeri ini selepas Lembah Klang di Malaysia, dan Singapura.

“airasia food bukan sahaja menawarkan kadar komisen terendah pada kadar 15%, yang lebih menguntungkan kepada para peniaga, ia juga memberikan mereka kelebihan untuk mengawal sepenuhnya menu dan harga mereka. Mereka juga boleh mengakses data dengan lebih mudah dan berkomunikasi secara langsung dengan para pelanggan. Kami mengalu-alukan semua pengusaha dan peniaga makanan dan minuman untuk mendaftar dengan kami dan berharap dapat menyajikan hidangan kegemaran penduduk di Pulau Pinang terus kepada mereka di mana-mana sahaja.”

Mula dilancarkan di Lembah Klang, airasia food telah menjadi penggangu industri penghantaran makanan dengan menawarkan penyelesaian yang lancar untuk para peniaga dengan harga komisen yang berpatutan untuk semua jenis perniagaan.

Peniaga yang mendaftar dengan airasia food juga akan mendapat sokongan daripada pengurus akaun khusus yang akan membantu perniagaan mereka dalam talian serta memberikan sokongan dalam analisis data dan pemantauan. Selain itu, mereka juga dapat memanfaatkan usaha pemasaran dan kempen menerusi saluran airasia untuk meningkatkan publisiti dan jualan.

Bagi pengguna pula, airasia food disokong oleh ekosistem airasia di mana Ahli BIG dapat mengumpul dan membayar menggunakan BIG Poin mereka. Para pengguna juga dapat menikmati caj penghantaran terendah tanpa caj tersembunyi atau bayaran pesanan minimum.

Perkhidmatan penghantaran airasia food dikuasakan oleh Teleport, cabang logistik airasia Digital. Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan skuad penghantaran airasia boleh layari Teleport.asia/deliverypartner.