AirAsia Newsroom

View Original

Jualan Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia kembali atas permintaan ramai dengan 10,000,000 tempat duduk

Nikmati perjalanan dengan rangkaian terluas, kumpulan pesawat terbesar dan tambang terendah dengan AirAsia

Tempah penerbangan ke destinasi domestik dan antarabangsa pada serendah RM23* dan RM60

Terbang ke destinasi lebih jauh daripada RM329*

Laluan baharu ke China bermula daripada RM299*

Untuk tempahan mulai sekarang sehingga 19 Mac 2023 bagi tempoh perjalanan antara 4 September 2023 dan 13 Ogos 2024

SEPANG, 13 Mac 2023 Syarikat penerbangan tambang rendah dengan kumpulan pesawat terbesar, rangkaian terluas dan tambang terendah, AirAsia kini kembali mengumumkan Jualan Tempat Duduk PERCUMA* dengan 10 juta tempat duduk ke pelbagai destinasi di seluruh dunia.

Mulai sekarang hingga 19 Mac 2023, para tetamu boleh menerokai keindahan destinasi domestik seperti Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru dan banyak lagi bermula RM23* sehala. Tempat duduk untuk destinasi yang menarik di seluruh Asean seperti Jakarta, Bali, Bangkok, Ho Chi Minh, dan banyak lagi juga tersedia untuk tempahan bermula RM60* sehala. Jualan ini akan tamat pada Ahad, 19 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 September 2023 dan 13 Ogos 2024. Rancang percutian lebih awal untuk mendapatkan tawaran bernilai terbaik!

Terbang lebih jauh bersama-sama AirAsia X untuk menerokai keindahan pantai di Perth, syurga makanan dan membeli belah Taipei dan bandar menarik Tokyo dengan tambang termasuk semua bermula RM329* sehala. Nikmati tempat duduk Premium Flatbed ke destinasi-destinasi ini dan banyak lagi bermula RM1,299. Promosi ini hanya sah mulai sekarang hingga 19 Mac 2023, untuk perjalanan antara 4 September 2023 dan 9 Julai 2024.

Penerbangan AirAsia ke China yang baru sahaja disambung semula juga tersedia untuk jualan. Terbang dari Kuala Lumpur ke Hangzhou, Shanghai, Beijing (Daxing), Guangzhou, Shenzhen dan Kunming daripada RM599* sehala, dari Kota Kinabalu ke Guangzhou dan Shenzhen daripada RM299* sehala dan dari Johor Bahru ke Guangzhou daripada RM469* sehala. AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”. Untuk maklumat lanjut bagi promosi eksklusif ini, layari: https://bigpay.link/bigpayxAA5

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Kempen ‘Tempat Duduk PERCUMA*’ AirAsia ini adalah bukti keyakinan kami bagi pertumbuhan berterusan pada tahun 2023 dan komitmen kami dalam menyediakan tambang bernilai hebat. Kami telah menyaksikan lonjakan besar dalam permintaan perjalanan pada tahun 2023 dan kami akan meneruskan visi untuk menjadikan penerbangan mampu milik dan boleh diakses oleh semua. Kami telah bekerja keras selama beberapa tahun kebelakangan ini dan kini bangkit semula. Saiz adalah penting dan mempunyai salah satu kumpulan pesawat terbesar dan rangkaian terluas di rantau ini, yang membolehkan kami memberikan lebih penjimatan kepada para tetamu. Kami mensasarkan keseluruhan jumlah pesawat kami akan kembali terbang sebelum penghujung tahun 2023. Itulah sebabnya kami dapat menawarkan 10 juta tempat duduk pada kali ini untuk membolehkan orang ramai merancang percutian akhir tahun dan tahun baharu mereka lebih awal pada tambang rendah, kerana AirAsia mampu melakukannya.

“Asean adalah pasaran teras kami di mana jenama dan kedudukan kami berada di tahap yang paling kukuh. Sepanjang tahun lalu, kami telah melihat permintaan tinggi untuk pelbagai destinasi termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia, yang semuanya merupakan destinasi percutian kegemaran ramai. Penyambungan semula penerbangan kami ke China baru-baru ini juga mendapat sambutan hangat. Sejak bulan Februari, kami telah menerbangkan hampir 20,000 tetamu antara Malaysia dan China dan kami menjangkakan untuk menerbangkan lebih 600,0000 tetamu dalam beberapa bulan akan datang apabila kami menambah perkhidmatan untuk memenuhi permintaan.

“Jualan Tempat duduk PERCUMA* kami sentiasa mendapat sambutan yang baik. Kami telah menjual sebanyak satu juta tempat duduk PERCUMA* dalam beberapa hari pertama bagi kempen lalu dan kami yakin kempen kali ini akan menjadi popular bagi para pelancong di seluruh Asean dan seterusnya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan tempah tempat duduk percuma ke destinasi kegemaran anda!”

Kempen Jualan 10 Juta Tempat Duduk PERCUMA* baharu ini telah dipromosikan semalam di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, dengan persembahan bertenaga oleh AirAsia “Fun Team” dan pasukan sorak untuk melancarkan tempoh promosi ini. Baucar penerbangan PERCUMA* turut ditawarkan kepada beberapa pemenang bertuah yang menyertai beberapa pertandingan mini di acara tersebut. Seperti biasa, ahli airasia dan ahli BigPay boleh mendapatkan akses eksklusif untuk jualan ini 24 jam lebih awal.

Ikuti perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi melalui @flyairasia di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.


*Jualan Tempat Duduk PERCUMA tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan.

*Tambang ke destinasi domestik bermula daripada RM23 termasuk semua (termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan)

**Tambang ke destinasi Asean bermula daripada RM60 termasuk semua (termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan)

*Tertakluk pada ketersediaan serta terma dan syarat lain.

*Promosi BigPay hanya untuk penerbangan terpilih bagi tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 hingga 31 Disember 2023