Klik dan santai: Wifi dalam penerbangan AirAsia kini lebih pantas
SEPANG, 20 September 2019 - AirAsia sedang menaik taraf perkhidmatan AirAsia WiFi yang dikuasakan oleh ROKKI, untuk menawarkan penyambungan dalam penerbangan berkelajuan tinggi kepada para tetamu.
Enam pesawat yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan dua pesawat kendalian AirAsia Thailand (kod penerbangan FD) telah dilengkapi dengan platform Ka-band berkelajuan tinggi Inmarsat, GX Aviation, yang juga akan diperluaskan kepada semua pesawat tahun hadapan.
Ka-band menawarkan pengalaman hiburan dan penyambungan (IFEC) yang dipertingkatkan melangkaui jalur lebar asas, menyokong video secara langsung, penstriman muzik dan banyak lagi.
Bagi meraikannya, AirAsia telah menawarkan tetamu yang melakukan penerbangan dalam pesawat dilengkapi GX-Aviation dengan percubaan 10MB percuma perkhidmatan terbaharu itu sepanjang bulan ini.
Presiden AirAsia Group (RedBeat Ventures) Aireen Omar berkata, “Sebagai perintis perkhidmatan wifi dalam penerbangan kos rendah di rantau ini, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi definisi kepada pengalaman dalam penerbangan digital bagi para tetamu kami. Memperkenalkan Ka-band, yang dikuasakan oleh ROKKI adalah langkah logik seterusnya dalam proses ini, yang membolehkan tetamu kami sentiasa kekal terhubung sepanjang perjalanan mereka dan melakukan aktiviti penggunaan data termasuk penstriman langsung. Ini juga membolehkan analisis masa sebenar yang lebih baik, membolehkan kami menawarkan lebih banyak perkhidmatan yang direka khusus buat 100 juta tetamu AirAsia setiap tahun.”
Presiden Penerbangan Inmarsat, Philip Balaam berkata, "Perkhidmatan GX Aviation yang dilancarkan oleh AirAsia adalah pencapaian penting, tatkala mereka membawa tawaran digital baharu dan inovatif untuk penumpang. Kami yakin proses naik taraf daripada sambungan asas kepada jalur lebar standard emas industri ini akan diterima dengan baik oleh para penunpang. Pasukan kami terus bekerjasama untuk melengkapkan GX Aviation pada semua pesawat Airbus A320 dan A330 AirAsia, menjadikannya tersedia untuk jutaan penumpang baharu setiap bulan.”
GX Aviation adalah penyelesaian jalur lebar dalam penerbangan yang pertama di dunia dengan liputan global berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai dan disediakan melalui pengendali tunggal.
AirAsia WiFi adalah platform IFEC yang menawarkan hiburan, muzik, permainan, berita dan beli-belah percuma kepada para tetamu. Sambung secara percuma melalui peranti mudah alih peribadi anda pada mana-mana pesawat yang dilengkapi AirAsia WiFi untuk mengalami masa depan WiFi dalam penerbangan.
Pelan Internet AirAsia WiFi
Tentang Inmarsat
Inmasrsat adalah peneraju dunia dalam komunikasi satelit dan mudah alih global. Ia memiliki dan mengendalikan portfolio rangkaian satelit yang terbaik di dunia, yang direka khusus untuk mobiliti pelanggan, dan memegang portfolio spektrum global yang berlapis, meliput L-band, Ka-band dan S-band, membolehkan keluasan dan kepelbagaian yang tiada tandingan penyelesaian yang disediakannya. Rangkaian pengedaran global Inmarsat termasuk bukan sahaja rakan kongsi di seluruh dunia tetapi juga keupayaan runcit langsungnya yang kukuh, membolehkannya memberi jaminan perkhidmatan pelanggan. Syarikat ini mempunyai rekod prestasi yang tiada tandingan untuk mengendalikan rangkaian satelit mudah alih global yang paling boleh dipercayai di dunia, memastikan kemampanan aplikasi keselamatan dan operasi kritikal perniagaan selama 40 tahun. Ia juga merupakan daya penggerak utama di sebalik inovasi teknologi dalam komunikasi satelit mudah alih, mengukuhkan kepimpinannya melalui pelaburan yang besar dan rangkaian teknologi dan rakan kongsi perkilangan yang utuh. Inmarsat mengendalikan pelbagai portfolio sektor dengan sumber kewangan untuk membiayai strategi perniagaannya dan memegang kedudukan utama dalam pasaran maritim, kerajaan dan penerbangan satelit, beroperasi secara konsisten sebagai rakan kongsi yang dipercayai, responsif dan berkualiti tinggi kepada para pelanggannya di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari Inmarsat.com atau ikuti kami di LinkedIn atau di Twitter @InmarsatGlobal.
Mengenai ROKKI
ROKKI adalah penyedia utama hiburan, e-dagang dan penyambungan dalam penerbangan yang menguasai platform digital AirAsia WiFi yang memenangi anugerah. ROKKI telah merevolusikan pengalaman pengembara, yang membolehkan berjuta-juta orang kekal dalam talian dan dihubungkan dengan peranti mudah alih peribadi mereka ketika dalam penerbangan. ROKKI terus berkembang merentasi beberapa wilayah dengan perkhidmatan WiFi dan penyelesaian pengiklanan media digital. Untuk maklumat lanjut, layari rokki.com atau ‘Like’ AirAsia WiFi di Facebook di facebook.com/airasiawifi.