AirAsia Newsroom

View Original

Nasihat Perjalanan: Penerbangan AirAsia yang terjejas akibat letusan Gunung Berapi Taal [Kemaskini pada 13 Januari 2300hrs GMT+8]

MANILA, 13 Januari 2020 - AirAsia akan membatalkan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa ke/dari beberapa lapangan terbang di Filipina berikutan letusan Gunung Berapi Taal.

Biarpun beberapa penerbangan disambung semula secara beransur-ansur hari ini, pembatalan selanjutnya dibuat bagi memastikan keselamatan penumpang dan pesawat.

Tetamu AirAsia yang mempunyai perjalanan dalam tempoh beberapa hari akan datang dinasihatkan untuk memeriksa status penerbangan di airasia.com/flightstatus untuk kemas kini terkini.

AirAsia telah memaklumkan semua tetamu yang terjejas melalui emel dan SMS. Tetamu yang mempunyai perjalanan pada penerbangan yang dinyatakan dinasihatkan untuk memeriksa emel dan peranti mudah alih untuk makluman pembatalan.

Berikutan kejadian ini, AirAsia menawarkan pilihan berikut kepada tetamu yang penerbangannya dibatalkan atau dilewatkan melebihi 3 jam:

  • Tukar penerbangan: Membuat satu penukaran kepada tarikh baharu bagi laluan yang sama dalam masa 30 hari kalendar dari masa penerbangan asal tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU 

  • Akaun kredit: Kekalkan nilai tambang ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG Loyalty anda untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia. Akaun kredit dalam talian ini boleh ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan. Tarikh perjalanan boleh dibuat selepas tamat tempoh akaun kredit setelah jadual penerbangan dikeluarkan; ATAU

  • Bayaran Balik: Dapatkan bayaran balik sepenuhnya dalam jumlah yang sama dengan nilai tempahan dalam bentuk pembayaran asal. Permohonan bayaran balik boleh dibuat dengan AVA di support.airasia.com. Bayaran balik untuk tempahan dibuat melalui ejen perjalanan termasuk ejen perjalanan dalam talian hendaklah dibuat melalui ejen perjalanan masing-masing di yang membuat tempahan.

Tetamu yang ingin membuat perubahan pada tempahan secara atas talian boleh layari airasia.com dan klik pada ikon AVA di bahagian bawah sebelah kanan skrin.

Daripada kategori yang tersedia, klik pada “Pertukaran Tempahan” kemudian “Penukaran Penerbangan” dan akhir sekali “Pembatalan/Penjadualan Semula Penerbangan.” Dari situ, ikuti arahan untuk membuat perubahan pada tempahan anda.

AirAsia akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.

Untuk perkembangan terkini, ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/airasiaph) atau hubungi pasukan sokongan pelanggan di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com.