Nasihat Perjalanan: Penerbangan AirAsia yang terjejas akibat Taufan Super Mangkhut
Dikemaskini pada 2.15pm, 15 September 2019
SEPANG, 15 September 2018 - Taufan Super Mangkhut dijangka mendekati Hong Kong dan seluruh rantau Pearl River Delta pada hari Ahad, 16 September 2018, mengakibatkan gangguan perkhidmatan penerbangan yang dijadualkan pada hujung minggu ini.
Justeru, AirAsia telah membatalkan beberapa penerbangan ke selatan China dan Filipina pada 15 September 2018.
AirAsia juga membatalkan semua penerbangan yang dijangka tiba atau berlepas dari Hong Kong (HKG), Macao (MFM), Guangzhou (CAN), Shenzhen (SZX) dan Shantou (SWA) antara jam 02:00 dan 23:59 (GMT +8 ) pada 16 September 2018.
Kami akan menghubungi semua tetamu yang terjejas secara langsung untuk menawarkan pilihan penerbangan lain.
Penerbangan yang dibatalkan
* Semua waktu perlepasan dan ketibaan adalah dalam waktu tempatan
Gangguan perkhidmatan ini dijangka akan berterusan sehingga 17 September 2018 dan kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk mengetahui keupayaan kami untuk beroperasi. Kami akan mengemas kini para tetamu sebaik sahaja kami mendapat maklumat seterusnya.
Para tetamu yang bakal terbang ke / dari Guangzhou (CAN), Shenzhen (SZX), Hong Kong (HKG), Macao (MFM) dan Shantou (SWA) antara 15 dan 18 September 2018 boleh memilih salah satu daripada yang berikut:
Tukar penerbangan: Membuat satu penukaran kepada tarikh baharu bagi laluan yang sama dalam masa 30 hari kalendar dari masa penerbangan asal tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU
Tukar destinasi: Membuat satu penukaran kepada laluan lain dalam rangkaian AirAsia dalam masa 30 hari kalendar dari tarikh penerbangan asal tanpa caj penukaran dikenakan, tertakluk kepada perbezaan tambang dan ketersediaan tempat duduk; ATAU
Akaun kredit: Simpan nilai tambang ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG Loyalty anda untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia. Akaun kredit dalam talian ini boleh ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan. Tarikh perjalanan boleh dibuat selepas tamat tempoh akaun kredit setelah jadual penerbangan dikeluarkan
Bayaran balik penuh: Mendapatkan bayaran balik penuh pada kaedah pembayaran asal untuk jumlah yang sama dengan tempahan anda jika penerbangan dibatalkan.
Para tetamu yang ingin menukar penerbangan atau destinasi dikehendaki menyediakan butir-butir tarikh dan masa penerbangan baharu serta nama penumpang kepada bahagian Sokongan Pelanggan kami melalui Twitter (@AirAsiaSupport), Facebook (@AirAsiaSupport), WeChat atau Live Chat di support.airasia.com.
Untuk memohon akaun kredit, para tetamu perlu mengisi e-Borang:
Klik pada tab ‘E-mel Kami’ di panel kanan
Pilih Pertanyaan/Permintaan di bawah kategori Jenis Maklum Balas
Pilih Tempahan di bawah Sub-kategori 1
Pilih Taufan Mangkhut untuk Sub-kategori 2
Nyatakan pilihan anda di bawah Subjek: “Akaun Kredit Taufan Mangkhut”
Lengkapkan borang tersebut dan klik Hantar
a. Sila nyatakan No Ahli AirAsia BIG Loyalty anda
Untuk memohon bayaran balik penuh untuk penerbangan yang dibatalkan, para tetamu perlu mengisi e-Borang:
Klik pada tab ‘E-mel Kami’ di panel kanan
Pilih Bayaran Balik di bawah kategori Jenis Maklum Balas
Pilih Pembatalan Penerbangan di bawah Sub-kategori 1
Tulis subjek: “Bayaran Balik Taufan Mangkhut”
Lengkapkan borang tersebut dan klik Hantar
Anda juga boleh menghubungi kami melalui saluran-saluran berikut:
Live Chat (di support.airasia.com, 24 jam)
Twitter: @AirAsiaSupport (24 jam)
Facebook: @AirAsiaSupport (24 jam)
WeChat (24 jam)
Pusat Panggilan (di support.airasia.com)
Untuk tempahan berkumpulan, sila hubungi Bahagian Tempahan Berkumpulan berkenaan
Untuk tempahan yang dibuat melalui agensi pelancongan atau pihak ketiga, sila hubungi ejen pelancongan anda secara langsung.
Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memastikan para tetamu kami diberi perkembangan serta maklumat terbaru. Para tetamu juga disarankan untuk melayari airasia.com dan saluran media sosial AirAsia bagi melihat status terkini.
AirAsia menasihatkan para tetamu untuk mengemas kini butir-butir peribadi mereka di airasia.com untuk memastikan mereka menerima perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.
Bagi tetamu yang memerlukan maklumat lanjut dan sebarang bantuan, sila hubungi bahagian Kebahagiaan Pelanggan kami di support.airasia.com.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami kerana memahami dan memberi sokongan yang berterusan.
Dikemas kini (12.00pm, 15 September 2018): Senarai penerbangan yang dibatalkan untuk hari Ahad, 16 September 2018.