AirAsia Newsroom

View Original

Penggantungan Sementara Penerbangan Kumpulan AirAsia

SEPANG, 26 Mac 2020 - Berikutan pandemik wabak COVID-19 yang telah mengakibatkan sekatan perjalanan oleh beberapa negara, Kumpulan AirAsia akan melaksanakan penggantungan sementara untuk hampir kesemua penerbangan dalam rangkaiannya.

Pengumuman ini dibuat untuk dan bagi pihak, dan seperti yang dipersetujui oleh syarikat-syarikat penerbangan yang dikendalikan di bawah Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X seperti berikut:

Dikemas kini pada 13 Mei 2020 jam 1100 (GMT+8).

AirAsia akan terus mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. Justeru, kami memainkan peranan dalam membantu usaha kerajaan yang mengenakan sekatan perjalanan dan perintah kawalan pergerakan termasuklah perintah kuarantin di rumah untuk mencegah penyebaran virus dan menjadikan penerbangan lebih selamat untuk semua.

Kami akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia untuk memulakan penerbangan kami secepat mungkin apabila keadaan bertambah baik dan tertakluk kepada kelulusan daripada pihak kawal selia.

Semua tetamu yang terjejas akan segera dimaklumkan melalui e-mel dan SMS. Mereka mempunyai pilihan untuk menukar tempahan penerbangan kepada Akaun Kredit yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar, atau menukar kepada tarikh baharu tanpa had dan bayaran sebelum 31 Oktober 2020. Penukaran boleh dibuat melalui AVA di airasia.com atau support.airasia.com

Para tetamu juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan oleh AirAsia dari masa ke semasa di airasia.com dan platform media sosial.

Kami percaya penggantungan sementara penerbangan ini adalah langkah tepat untuk memastikan kesejahteraaan para tetamu dan kakitangan kami yang menjadi keutamaan dalam situasi mencabar ini.

Selain itu, dalam usaha kami untuk terus menguruskan dan menampung kos perniagaan, ahli pengurusan kanan dan kakitangan senior Kumpulan AirAsia telah bersetuju untuk menerima potongan gaji antara 100% dan 15%. Langkah ini untuk memastikan kelangsungan syarikat dan mengatasi masalah kekurangan permintaan perjalanan, di samping mengurangkan kesan ke atas kakitangan kami, terutamanya yang berjawatan rendah.

Kumpulan AirAsia akan terus komited dalam membantu pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan dalam memberi bantuan penghantaran balik penumpang serta barangan. 

Platform e-dagang AirAsia, OURSHOP serta platform logistik dan kargo Teleport akan terus beroperasi, di mana Teleport akan menggunakan pesawat penumpang untuk menghantar bantuan perubatan dan peralatan perlindungan khas untuk hospital dan petugas barisan hadapan kecemasan di destinasi terpilih.

** Kenyataan di atas dibuat oleh Kumpulan AirAsia Berhad.