AirAsia Newsroom

View Original

Kursus bersiri Redbeat Academy BINA Webinar: Pelajari kemahiran baharu dalam video kreatif bersama pakar, Ketua Youtube Malaysia Ben Jern Loh

Rabu, 8 Julai 2020 jam 10.00 pagi (GMT+8)
Tempoh: 60minit
Sertai webinar PERCUMA di sini

Redbeat Academy menganjurkan kursus webinar bersama Ben Jern Loh, Ketua Youtube Malaysia.

Kursus webinar ini adalah kerjasama Cabang Perusahaan Korporat Kumpulan AirAsia, RedBeat Ventures dan Google sebagai sebahagian daripada kursus bersiri mingguan bagi memperkenalkan dan memberi panduan kepada PKS dalam asas kejayaan perniagaan e-dagang.

Para peserta yang mengikuti kursus percuma ini akan mempelajari teknik lebih lanjut mengenai penggunaan video dalam talian untuk berhubung dengan pelanggan secara lebih baik. 

“Pemasaran melalui video kini telah berkembang dengan lebih pesat, terkenal dan mudah digunakan oleh semua. Para peserta bagi sesi webinar ini akan mempelajari teknik kreatif terbaik untuk berhubung dengan pelanggan mereka melalui platform video paling terkenal di dunia iaitu YouTube. Saya tidak sabar untuk berkongsi pelbagai tip industri dan panduan untuk membina komuniti besar dan aktif dalam talian yang akan memberi manfaat kepada PKS. Pada sesi ini, saya juga akan menunjukkan bagaimana untuk menghasilkan video yang terbaik dan kreatif secara percuma dengan hanya 3 langkah!” -Ben Jern Loh, Ketua YouTube Malaysia

***

Redbeat Academy dilancarkan pada awal Jun 2020 dan telah memperkenalkan program pembangunan khusus bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia yang dinamakan BINA. Sehingga hari ini,  akademi ini telah melengkapkan 6 kelas dengan lebih 300 peserta PKS dari pelbagai industri dan tiga industri teratas adalah kesihatan & kecergasan, makanan & minuman dan pengurusan. Pelbagai kursus BINA kini tersedia termasuk kursus webinar, asas dan lanjutan di redbeatacademy.com.  

RedBeat Academy adalah kerjasama antara Cabang Perusahaan Korporat Kumpulan AirAsia, RedBeat Ventures dan Google. Akademi teknologi ini bertujuan untuk membina masa depan tersedia bagi generasi akan datang dengan menyediakan perkhidmatan sehenti dalam teknologi, kepimpinan dan inovasi untuk menjadi pemangkin bagi memenuhi sumber keperluan untuk ekonomi digital di Malaysia dan ASEAN.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami di redbeatacademy.com atau ikuti kami di Redbeat Academy halaman facebook dan RedBeat Academy - halaman YouTube.