AirAsia Newsroom

View Original

airasia ride rai kumpulan pertama pemandu sepenuh masa

Minggu lalu, Bahagian Sumber Manusia AirAsia telah mengadakan satu sesi orientasi kepada ahli Allstars baharu yang bakal memulakan pengalaman baru mereka bersama syarikat berjenama gaya hidup digital terbaru. Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu yang berbeza tentang kumpulan Allstars kali ini.

Mereka bukanlah juruterbang, kru kabin atau jurutera pesawat yang biasa kita lihat, tetapi mereka juga memakai sepasang kemeja polo yang direka khas seakan-akan uniform juruterbang. Mereka merupakan pemandu yang akan mewarnai lebuhraya Malaysia dengan jenama AirAsia, sama seperti para juruterbang kita yang telah terbang tinggi membawa nama AirAsia.

Allstars baharu ini merupakan kumpulan pertama pemandu sepenuh masa yang akan menyertai airasia ride, platform e-panggilan airasia Super App. Setakat bulan Oktober 2022, airasia Super App telah menerima 250 pemandu berdaftar di dalam kumpulan pertama ini.

Mulai 1 Oktober 2022, pemandu yang berkelayakan daripada program sedia ada serta pemandu yang baru mendaftar bersama airasia ride berpeluang untuk memilih untuk menyertai program pemandu Sepenuh Masa yang akan membolehkan untuk menjana pendapatan asas minimum RM3,500 dengan skim insentif tambahan untuk para pemandu, di samping ganjaran penuh sebagai Allstar termasuk EPF, SOCSO, perlindungan perubatan yang merangkumi pasangan serta anak-anak, cuti tahunan, dan faedah perjalanan yang lain seperti kadar diskaun kakitangan yang tinggi untuk penerbangan AirAsia. Pemandu sepenuh masa ini juga akan diberikan keutamaan untuk mengambil tugasan di lapangan terbang bagi membolehkan mereka untuk memperoleh pendapatan yang lebih melalui perkhidmatan angkut lapangan terbang, memandangkan permintaan terhadap industri pelancongan telah mula meningkat di seluruh rantau ini.

airasia ride yang telah ditubuhkan pada Ogos tahun lalu kini telah mempunyai 53,000 pemandu yang berdaftar pada platformnya dan telah mencapai dua juta tumpangan lengkap sehingga hari ini.

Salah seorang pemandu baharu, Mahadi bin Abd Aziz berkata, “Saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada keluarga airasia hari ini sebagai seorang Allstar. Berbeza dengan pendapat orang ramai, menjadi seorang pemandu e-panggilan adalah tidak mudah kerana waktu bekerja adalan panjang, pendapatan yang tidak stabil, hampir tiada perlindungan insurans untuk kenderaan dan kesihatan. Kini, kami berasa terjaga kerana kami mempunyai syarikat yang besar di belakang kami yang menyokong kerja kami.”

Nurul Fatimah binti Aalimin @ Mohd Yusof pula berkata “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak airasia ride untuk peluang ini. Masa depan sebagai seorang pemandu e-hailing adalah sangat kabur, tetapi kini kami mempunyai jaminan pekerjaan dan juga laluan kerjaya yang lebih baik, memberikan saya motivasi untuk bekerja dengan lebih baik lagi.”

Memasuki tahun kedua pengoperasiannya, airasia ride kini telah memperluaskan perkhidmatannya ke seluruh Malaysia serta di Bangkok, Thailand. Dengan peningkatan pesat dalam pasaran yang sangat kompetitif ini, Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride percaya bahawa menjadi salah satu syarikat pertama di rantau ini yang menawarkan program sebegini pastinya akan membantu membawa lebih ramai pemandu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“airasia ride dilancarkan untuk menjadi pengganggu di dalam pasaran e-panggilan di mana ia sebelumnya merupakan alternatif yang lebih murah untuk perkhidmatan teksi tradisional yang kosnya telah meningkat. Ia adalah sama untuk pemandu juga, kerana monopoli dalam pasaran bermakna platform mempunyai pegangan yang ketat pada semua struktur yuran dan faedah. Seperti yang pernah dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kami iaitu Tan Sri Tony Fernandes, kami percaya dalam melakukan perkara yang betul, dan perkara yang betul untuk dilakukan ialah melayan pemandu kami dengan betul. Kami mengalu-alukan semua pemandu, lama atau baharu, untuk mendaftar dengan kami dan kami berharap untuk menjana lebih baik sebagai Allstar,” tambah Lim.