AirAsia Newsroom

View Original

Raikan masakan Malaysia yang terbaik di airasia food dengan diskaun sehingga 65%

Sejak pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar udaranya bulan lepas, pasukan airasia food telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Lembah Klang untuk menikmati makanan terbaik yang ditawarkan di Pulau Pinang, sekali gus mendekatkan rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan Hari Malaysia yang ke-59 bulan ini.

Bermula dengan makanan kegemaran para pelanggan kami, Hameed Pata dan Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, Jeruk Campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih-muih Nyonya Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe, dan makanan tidak halal daripada Tiger Char Koay Teow, 888 Hokkien Mee Jalan Iradiwati, ia adalah selamat dikatakan bahawa tiada had bagi rakyat Malaysia untuk menyukai makanan Pulau Pinang dan perkhidmatan baharu yang ditampilkan oleh airasia food ini telah menjadikan masakan dari Pulau Pinang lebih dekat dan lebih mudah diakses oleh mereka di Lembah Klang berbanding sebelum ini!

Tidak sabar-sabar untuk mendapatkan lebih banyak masakan lazat dari negeri lain? Nantikan dan kami akan membantu anda tidak lama lagi!

Lihat cara pesanan anda disediakan dan dihantar ke depan pintu anda setiap minggu:

https://www.instagram.com/p/ChJs4RhDBNY/?hl=en 

Mari dengarkan apa yang dikatakan oleh beberapa pelanggan kami apabila menerima makanan Pulau Pinang yang diterbangkan kepada mereka buat kali pertama!

https://drive.google.com/file/d/1r-g1DudMBF00g8wdb4RlwLj7Zpk_MAe8/view?ts=631569fb 

 

Tidak sabar menunggu selama seminggu untuk mendapatkan lebih banyak makanan Malaysia pada Hari Malaysia ini? Jangan risau!

Semak beberapa masakan Malaysia terbaik yang ditawarkan oleh airasia food, termasuk Laksa Johor Mama Yati, Mee Hakka Sarawak dari Restoran Swee Hing, Penang Ho Chiak dari Da Men, Nasi Kerabu Kelantan Che Norma dan banyak lagi pada bulan September ini!

Dengan lebih 1,000 restoran di seluruh Malaysia, pelanggan boleh menggunakan kod promosi FOOD50 dari sekarang sehingga 30 September 2022 untuk mendapat potongan 50% di seluruh kedai bagi pesanan mereka yang seterusnya dengan perbelanjaan minimum RM18, dihadkan pada RM9. Pada setiap Khamis hingga Ahad dari sekarang sehingga 30 September 2022, pelanggan boleh menggunakan kod promo FOOD65 dan mendapat potongan 65% untuk restoran terpilih di seluruh Malaysia dengan perbelanjaan minimum RM20, dihadkan pada RM13*!

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang masih tidak mencuba airasia food lagi, berikan kod promosi HELLO8 kepada mereka untuk menikmati diskaun RM8 bagi pesanan pertama mereka tanpa sebarang perbelanjaan minimum. 

Peniaga yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada airasia food boleh mendaftar di sini manakala individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan airasia delivery boleh mendaftar melalui halaman ini

airasia food kini tersedia untuk para pelanggan di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura serta diiktiraf sebagai platform penghantaran makanan global yang pertama untuk menawarkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia pada harga yang paling berpatutan.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Hanya SATU kod promosi boleh digunakan untuk setiap pesanan.