AirAsia Media Lancar Acara Travel Horizon di Malaysia & Thailand
Apa yang ditawarkan oleh Travel Horizon?
AirAsia Media, bahagian media pengembaraan di bawah Capital A, dengan bangganya memperkenalkan Travel Horizon, sebuah platform pertama seumpamanya yang direka untuk menghubungkan pengiklan, agensi, dan rakan kongsi dengan pelbagai pandangan dan peluang di antara dunia pengembaraan dan media. Inisiatif ini memperlihatkan solusi inovatif AirAsia Media serta komitmennya untuk mengubah cara jenama berinteraksi dengan para pelancong.
“Travel Horizon bukan sekadar sebuah acara; ia adalah satu gerakan untuk mentakrifkan semula pengiklanan dalam industri pelancongan,” kata Ravi Shankar, Ketua Pegawai Pemasaran AirAsia MOVE. “Bersama AirAsia Media, kami membuka titik sentuhan baharu untuk menghubungkan jenama dengan jutaan pelancong di seluruh Asia, menawarkan penyelesaian yang memberi inspirasi, meningkatkan penglibatan, dan mencipta nilai.”
Apa yang Menanti di Travel Horizon?
Trend Pengemberaan
Kekal di hadapan perubahan dinamik pengembaraan apabila AirAsia Media mengetengahkan tren industri yang berkembang dan apa maknanya bagi pengiklan pada 2025 dan seterusnya.
Tingkah Laku Pelancong
Dapatkan wawasan tentang bagaimana pelancong masa kini membuat keputusan — dari perancangan dan tempahan hingga aktiviti di destinasi — serta bagaimana tingkah laku ini mempengaruhi penggunaan media.
Titik Sentuhan Pelancong
AirAsia Media memanfaatkan ekosistem Capital A,termasuk syarikat penerbangan AirAsia, platform OTA AirAsia MOVE, AirAsia Ride, Duty-Free, dan AirAsia Rewards dalam memberikan akses yang tiada tandingan kepada pelancong pada setiap peringkat perjalanan mereka.
Penempatan Media Baharu untuk 2025:
AirAsia Media telah memperkenalkan penawaran terkini, termasuk pengalaman mendalam dalam penerbangan, iklan tajaan baharu di platform digital untuk peniaga Hotel, Duty-free, dan peluang penglibatan kreatif yang direka khas untuk pelancong masa depan.
"Sebagai cabang media pengemberaan bagi salah satu jenama paling disayangi di Asia, AirAsia Media berada dalam kedudukan yang unik untuk menghubungkan pengiklan dengan nadi pelancong moden,” kata Mahek Shah, Ketua AirAsia Media. "Travel Horizon ialah visi kami untuk memperkasakan rakan kongsi dengan wawasan dan penyelesaian yang benar-benar membawa perubahan.”
Dengan siri Travel Horizon, AirAsia Media berhasrat untuk memacu perbualan bermakna, membina kerjasama strategik, dan memberi peluang kepada jenama untuk berimpian lebih tinggi.
Mengenai AirAsia Media
AirAsia Media ialah bahagian media perjalanan di bawah Capital A, di bawah AirAsia MOVE, yang memanfaatkan ekosistem luas kumpulan untuk menyampaikan penyelesaian pengiklanan yang dipacu data dan kreatif untuk jenama-jenama di seluruh Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: ads@airasia.com
Ikuti halaman LinkedIn AirAsia Media untuk kemas kini terkini.