AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia kibar Jalan Gemilang dengan bangga - mengubungkan Malaysia, menyatukan semua

[Keterangan Gambar]: Penerbangan AirAsia AK5104 yang dikendalikan oleh DJ Radio Nasional dan Kapten Johan Farid Khairuddin, memberi kejutan kepada para tetamu di dalam penerbangannya.

SEPANG, 31 Ogos 2023 - Hari Kebangsaan disambut dengan penuh meriah pada setiap tahun di AirAsia ‒ dan sambutan kali ke-66 pada tahun ini terus meriah kerana orang ramai kini boleh berhubung semula dengan mudah melalui perjalanan udara yang lebih lancar, selepas pandemik. Sempena meraikan minggu Kemerdekaan dan semangat patriotisme, AirAsia Allstars memberikan Jalur Gemilang kepada 186 orang tetamu bagi penerbangan AK5104 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Para tetamu juga turut mendapat kejutan di dalam penerbangan pada 30,000 kaki di udara, melalui sesi cabutan bertuah yang telah dimenangi oleh tiga orang tetamu bertuah. Mereka memenangi penerbangan percuma ke destinasi domestik popular AirAsia di seperti Tawau, Kuching dan Miri.

Hari Kebangsaan merupakan hari yang istimewa bagi setiap rakyat Malaysia dan AirAsia berbesar hati untuk meraikan hari ini dengan memupuk perpaduan bersama-sama Allstars kami dari seluruh dunia di samping kami terus menjadikan perjalanan udara berpatutan untuk semua orang. Inilah sebabnya negara kita terus maju selepas kita mencapai kemerdekaan selama 66 tahun.

Ramai rakyat Malaysia berbilang kaum dari semua lapisan masyarakat hadir pada detik bersejarah di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 di mana Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, melaungkan "Merdeka" untuk menandakan kemerdekaan negara kita dan hari ini, kita dengan bangga meraikan Malaysia sebagai sebuah negara. Tambahan pula dalam beberapa minggu lagi, kita akan menyambut Hari Malaysia - satu lagi hari bersejarah untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia.

Atas semangat patriotik, AirAsia juga turut menawarkan jualan istimewa Hari Kebangsaan mulai sekarang hingga 3 September 2023 dengan tambang termasuk semua sehala bermula daripada RM31*. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia meneroka destinasi domestik yang kaya dengan tarikan seperti Langkawi, Pulau Pinang, Kota Bharu atau terbang lebih jauh dengan tambang istimewa penerbangan AirAsia X ke Amritsar, Gold Coast dan Taipei daripada RM266* untuk perjalanan antara 1 Oktober 2023 dan 30 Jun 2024.

AirAsia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia! Kekal selamat, dan mulalah merancang pengembaraan anda seterusnya bersama kami!

*Tertakluk kepada terma dan syarat.