AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia rai para tetamu dengan pelbagai hadiah menarik sempena musim perayaan

Sempena musim perayaan ini, AirAsia telah meraikan para tetamunya yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dan Lapangan Terbang Changi dengan pelbagai hadiah menarik!

Para tetamu yang menaiki penerbangan AK527 dan AK869 di klia2 pada 19 Disember lalu dan penerbangan QZ504, Z2825, AK707 dan FD357 di Changi pada 23 Disember telah diberi kejutan istimewa semasa ketibaan mereka di Kuala Lumpur dan Singapura.

Musim perayaan lebih meriah dengan AirAsia

Kejutan ini bermula di klia2, di mana hadiah istimewa yang berisi barangan cenderamata eksklusif AirAsia seperti topi, rantai kunci, alat tulis, beg dan banyak lagi diletakkan di tempat pengambilan bagasi untuk kedua-kedua penerbangan yang mendarat dari Bandar Ho Chi Minh dan Krabi. 

Puan Sathya yang baru pulang dari percutiannya di Krabi sangat teruja menerima hadiah itu berkata: “Kejutan ini memeriahkan lagi suasana perayaan Krismas dan sambutan tahun baru kami! Harapan saya ialah supaya tahun 2023 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk semua selepas pandemik ini.”

Selain hadiah istimewa, balai ketibaan di klia2 juga dihiasi dengan dekorasi menarik untuk para tetamu bergambar bersama-sama. Untuk menjadikan hari ini lebih istimewa, para tetamu juga dihiburkan oleh Santa Claus semasa ketibaan.

Para Allstars yang menjayakan kejutan istimewa di klia2

Raikan kemeriahan musim sejuk bersama AirAsia

Setiap tetamu akan menerima Tiket Emas yang boleh ditukar dengan hadiah di gerai AirAsia.

Di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi pula, para tetamu yang tiba dari empat destinasi pada masa yang berbeza sepanjang hari turut disambut dengan pelbagai kejutan istimewa termasuk Tiket Emas!

Setibanya di lapangan terbang, mereka dijemput ke gerai AirAsia Winter Wonderland untuk menikmati makanan ringan serta menerima pelbagai cenderamata dan barangan eksklusif!

Encik Lee yang telah terbang dari Bali bersama empat ahli keluarganya berkata bahawa anak-anaknya gembira dengan kejutan ini.
“Ini menjadikan percutian kami lebih istimewa. Apa yang paling penting, anak-anak kami berasa gembira. Terima kasih, AirAsia!”

Gerai Winter Wonderland AirAsia dibuka sepanjang hari ini untuk para pengunjung di balai ketibaan di Terminal 4 di Lapangan Terbang Changi. Alami sambutan perayaan istimewa bersama-sama AirAsia, yang disokong oleh Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Lembaga Pelancongan Singapura dan Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Singapura.

AirAsia sering menawarkan pelbagai kejutan kepada para tetamu. Beberapa bulan yang lalu, kami bukan sahaja telah melancarkan kempen tempat duduk PERCUMA* terbesar setakat ini, malah telah mencipta sejarah dengan menjadi syarikat penerbangan pertama di Asean yang menganjurkan acara istimewa di udara untuk meraikan kejayaan kami menerbangkan 700 juta tetamu.

Sempena musim perayaan ini, AirAsia melancarkan jualan akhir tahun dengan tambang istimewa untuk masa terhad sahaja. Terbang dari Kuala Lumpur dan Singapura ke Kota Kinabalu, Bali, Phuket dan destinasi menarik lain daripada RM23/SGD67* atau terbang lebih jauh dengan AirAsia X ke Taipei, Tokyo, Auckland dan banyak lagi daripada RM459*. Anda juga boleh terbang ke Gold Coast daripada RM599* atau RM3,999* dengan tempat duduk Premium Flatbed. Tempah di airasia Super App atau laman web dari 26 Disember hingga 8 Januari 2023 untuk mendapatkan tawaran hebat ini.

Musim perayaan merupakan masa yang istimewa untuk kami di AirAsia kerana inilah masanya kami menghubungkan para tetamu kami dengan orang yang tersayang. Kami akan terus melakukan yang terbaik buat para tetamu kami dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu kerana terus menyokong kami.


Selamat menyambut Hari Natal! 


*Hanya untuk tambang sehala. Tertakluk kepada terma dan syarat.