AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia.com bakal menjadi peneraju platform perjalanan sehenti dan gaya hidup di ASEAN

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan

Bukan sahaja sebuah platform tempahan tiket penerbangan AirAsia, AirAsia.com kini berkembang menjadi sebuah platform e-dagang perjalanan sehenti dan gaya hidup terkemuka di Asean yang menawarkan produk seperti penerbangan, hotel, aktiviti pelancongan dan banyak lagi. 

Walaupun keadaan operasi semasa kian mencabar, AirAsia.com telah mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan melalui kepelbagaian produk dan inovasi digital. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkongsi pandangannya mengenai perkara ini: 

Mencari peluang dalam setiap krisis

1. Apakah perkembangan terkini AirAsia.com?

ASEAN adalah rantau utama kami, di mana kami menghubungkan lebih 640 juta orang ke 160 destinasi di seluruh Asia Pasifik. Tetapi oleh kerana pandemik dan sekatan perjalanan merentas sempadan masih berterusan, kami mencari kaedah kreatif yang lain untuk mengatasi masalah ini.  

Justeru, baru-baru ini kami telah melancarkan Pas Tanpa Had di Malaysia dan Thailand yang menawarkan para tetamu pilihan untuk ‘beli sekarang, terbang kemudian.’ Ini adalah salah satu inisiatif kami untuk membantu memacu industri pelancongan domestik. Tawaran ini juga adalah relevan atas sebab ketidaktentuan yang kita hadapi disebabkan penutupan sempadan dan sekatan perjalanan udara. Sebagai sebuah produk unik dan pertama di Asia, pelancarannya di Malaysia dan Thailand mendapat sambutan memberangsangkan, dan menandakan permintaan tinggi bagi perjalanan udara. Kami berjaya menjual lebih 200,000 pas semasa tempoh kempen ini dijalankan dan telah menerima banyak permintaan untuk memperkenalkan produk ini di pasaran lain.   

AirAsia akan terus memantau situasi perjalanan domestik di semua pasaran dan kami teruja untuk melancarkan Pas Tanpa Had di pasaran lain (seperti Indonesia dan Filipina) apabila sekatan perjalanan dilonggarkan. 

Berikutan kejayaan Pas Tanpa Had di Malaysia dan Thailand, kami meluaskan tawaran lain termasuk hotel dan aktiviti. Pakej Hotel Bundle Deals bersama Pakej Activity Bundle Deals bukan sahaja berpatutan dan mudah, tetapi juga sesuai untuk penginapan domestik atau percutian keluarga. Para tetamu juga boleh menikmati penjimatan sehingga 50% untuk penginapan lebih 10 malam dengan rakan kongsi hotel kami.

2. Bagaimana perkembangan SNAP sejak ia dilancarkan pada Jun 2020? 

SNAP, platform tempahan kombo penerbangan dan hotel yang menawarkan harga terbaik merupakan satu lagi produk terbaharu kami yang dilancarkan untuk memacu pelancongan domestik. Pakej penerbangan dan destinasi paling popular termasuk Langkawi, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Dengan permintaan tinggi untuk produk kami setelah perjalanan domestik dibuka, ia terbukti bahawa para tetamu tidak sabar untuk bercuti.

Kami dapat menawarkan harga terbaik kerana kami adalah satu-satunya ejen pelancongan atas talian di dunia yang memiliki syarikat penerbangan. Kami merancang dan memastikan bahawa kami menawarkan harga terbaik berdasarkan permintaan pelanggan untuk setiap penerbangan, laluan dan sektor. Kami bekerjasama terus dengan hotel 3-5 bintang untuk menyediakan kombo penerbangan dan hotel pada harga yang tiada tandingan. 

Sehingga kini, kami telah bekerjasama dengan hampir 400 rangkaian hotel dan lebih 100 hotel persendirian di Malaysia, Thailand dan Indonesia dan kami akan terus memperluaskan kerjasama ini di negara ASEAN.  

Di Malaysia, kami bekerja rapat dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) untuk bekerjasama dengan lebih banyak hotel lain dan kami berharap untuk menambah rakan kongsi hotel persendirian di Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 

Melihat jumlah yang memberangsangkan bagi SNAP daripada pelanggan kami, kami merancang untuk memperluaskan SNAP ke seluruh ASEAN bermula dari Thailand. 

Setia pada DNA kami

3. Bagaimakah AirAsia.com mengatasi cabaran dalam situasi terkini?

Dalam realiti baharu ini, keutamaan AirAsia.com adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dalam ekonomi yang semakin mencabar. Sebagai pemain industri yang inovatif, kami melihat krisis sebagai peluang untuk berkembang dalam industri ini.

Fokus untuk AirAsia.com pada masa ini adalah untuk mempromosikan perjalanan domestik sementara sempadan antarabangsa dan sekatan perjalanan dibuka semula. Memandangkan kedudukan pasaran AirAsia yang dominan (lebih daripada 73% bahagian pasaran dalam kapasiti di Malaysia), kami menggunakan kekuatan kami untuk merangsang perjalanan udara domestik mengikut permintaan.

Kembali kepada DNA kami untuk menawarkan perjalanan berpatutan untuk semua orang, kami akan terus berinovasi dengan produk yang lebih menarik, memanfaatkan ekosistem pelancongan sehenti kami dan memberi tumpuan kepada bahagian perniagaan yang paling relevan dalam keadaan pasaran semasa. Pada masa yang sama, kami akan terus memainkan peranan untuk membantu komuniti setempat, seperti kempen Save Our Shops yang membantu hampir 2,000 peniaga bebas kecil untuk menggunakan platform e-dagang kami. Selain itu, Inisiatif ‘Korban Perdana dengan IKHLAS’ baru-baru ini sempena Hari Raya Korban telah menyumbang kepada 1,600 keluarga di Malaysia. 

4. Berikutan pengurangan kapasiti dan peningkatan persaingan, apakah rancangan anda untuk memastikan perjalanan berpatutan untuk semua orang?

Tambang yang dikenakan adalah berdasarkan kapasiti dan permintaan. Seperti yang kita tahu, industri penerbangan adalah salah satu industri yang paling terkesan, justeru rasionalisasi tambang adalah langkah yang wajar diambil.

AirAsia sentiasa berusaha untuk menawarkan nilai yang hebat, lebih pilihan dan inovasi. Kami akan terus mengkaji produk yang ditawarkan dan melakukan inovasi untuk memenuhi keperluan para tetamu dengan nilai hebat. Kami bukan sahaja telah bertahan selama 18 tahun dalam industri yang amat berdaya saing, malah menjadi peneraju segmen syarikat penerbangan tambang rendah dengan menawarkan harga berpatutan, rangkaian terbaik ke ASEAN dan perkhidmatan terbaik.

Sebagai sebuah platform perjalanan dan gaya hidup yang berkembang paling pesat di ASEAN, kami menjangka AirAsia.com akan menyumbang kepada pendapatan syarikat penerbangan dan perkhidmatan tambahan secara beransur-ansur dan menjadikannya stabil. Ini kerana pendapatan syarikat bukan penerbangan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan dan keutamaan perniagaan kami. Di masa hadapan, kami menjangkakan pendapatan syarikat bukan penerbangan akan mengatasi prestasi syarikat penerbangan. Justeru, kami menumpukan kepada produk inovatif yang merangkumi perjalanan, gaya hidup, e-dagang dan media, dalam segmen untuk perniagaan (B2B) dan untuk pelanggan (B2C).

5. Apakah inisiatif lain dalam perancangan oleh AirAsia.com?

Berikutan 'norma baharu', kami harus menyusun semula keutamaan perniagaan kami kepada perjalanan domestik untuk jangka pendek.

Kami juga telah melancarkan IKHLAS.com, sebuah platform untuk produk perjalanan dan gaya hidup mesra Muslim. IKHLAS mempunyai perkhidmatan dalam pelbagai kategori khusus untuk umat Islam, daripada pilihan perjalanan Umrah dan Haji FIT ("Pengembara Bebas"), pilihan perjalanan untuk Umrah dan Haji (apabila sekatan dibuka semula), kepada produk pengguna yang disahkan Halal di laman e-dagangnya, dan perkhidmatan Qurban dalam talian, supaya umat Islam dapat menjalankan ibadah mereka walaupun dalam sekatan perjalanan.

Langkah-langkah Pemulihan

6. Pada suku tahun pertama, pendapatan AirAsia.com meningkat sebanyak 118% berikutan pelancaran tawaran, promosi, pakej penerbangan dan kombo hotel baharu. Adakah anda menjangka pendapatan akan terus meningkat pada suku tahun berikutnya?

Perjalanan udara kini dibuka secara beransur-ansur, dan lebih banyak aktiviti dibenarkan mengikut norma baharu, jadi kami menjangkakan pemulihan dalam aktiviti perjalanan, seterusnya akan menyokong pertumbuhan perniagaan bukan penerbangan kami seperti gaya hidup, e-dagang dan media.

Walaupun kami berpangkalan di Asean dan lebih fokus kepada perjalanan domestik dalam jangka pendek, kami menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa untuk merealisasikan potensi airasia.com sebagai penyedia produk pelancongan dan gaya hidup dengan nilai terbaik dari ASEAN.

Sementara menanti sekatan antarabangsa untuk dibuka tidak lama lagi, kami telah melakukan perbincangan di peringkat akhir dengan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa utama untuk menghubungkan rangkaian Eropah dan MEA mereka secara langsung dengan rangkaian meluas AirAsia di Asean. Kerjasama strategik ini akan melengkapkan kerjasama sedia ada kami dengan Kiwi.com, yang menawarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa sehenti dengan jaminan nilai terbaik untuk pelanggan kami.

7. Bagaimana anda melihat pemulihan industri selepas hibernasi? Adakah permintaan pasaran meningkat seperti yang diharapkan atau di luar jangkaan?

Berdasarkan tinjauan pasaran yang kami lakukan baru-baru ini, hampir 45% pelancong ingin melakukan perjalanan dengan segera setelah perjalanan domestik dibenarkan. Carian penerbangan di laman web kami juga telah meningkat lebih daripada 150% selepas tempoh hibernasi dan pada bulan Jun 2020, seramai 1 juta pengguna aktif melawat laman AirAsia.com pada setiap hari.

Promosi perjalanan domestik kami mendapat sambutan yang sangat baik. Kami telah menjual lebih daripada satu juta tempat duduk di seluruh kumpulan pada bulan Julai dan kami akan terus meningkatkan kapasiti. Melihat kepada sekatan yang mula dibuka, kami berharap dapat mencapai faktor beban 70%-80% menjelang suku tahun ketiga.

Berikutan penerimaan yang positif terhadap produk pelancongan domestik kami, kami menjangka permintaan akan meningkat untuk perjalanan antarabangsa jika sekatan perjalanan dibuka.

Kami juga berharap dengan ekonomi ASEAN yang saling berkaitan dan sektor pelancongan yang secara kolektif mewakili 15% KDNK dari 5 buah negara terbesar ASEAN, sempadan akan dibuka semula tidak lama lagi dan kami tidak sabar untuk terbang lebih jauh!