AirAsia Newsroom

View Original

BIGGIE Wonderland - Memacu program kesetiaan dan ganjaran melalui gamifikasi oleh airasia rewards

Sebahagian daripada airasia Republic, bahagian komuniti airasia Super App yang melibatkan ciri-ciri seperti airasia chat, RedGames, dan juga airasia gifts tersedia buat anda untuk berhubung, bermain dan berkongsi bersama sahabat handai dan ahli-ahli komuniti anda.
Jadi sebahagian daripada komuniti ini sambil berseronok dan menunjukkan kemahiran terhebat anda apabila anda menyertai permainan dalam talian, BIGGIE Wonderland oleh airasia rewards. - dan ia memberikan anda mata airasia secara PERCUMA setiap hari!

Jadi, apakah itu BIGGIE Wonderland? Jom, kita ketahui lebih lanjut mengenai permainan menarik ini.

Kepada yang tidak mengetahui, program gamifikasi ini telah dilancarkan pada tahun 2020 dan berinspirasikan kepada penciptaan maskot airasia sendiri laitu “BIGGIE”, pemberi mata airasia terhebat yang memberikan ahli airasia tip untuk menggunakan mata airasia secara maksimum.

Dengan pelancaran airasia Republic tahun 2022, airasia Super App telah memperkenalkan karakter terbaharu yang menjadi peneman BIGGIE yang dikenali sebagai airasia buds. airasia buds terdiri daripada Tappy si Tapir, Bam si Gajah dan Ogu si Orang Hutan.

Sehingga sekarang, seramai lebih 17 juta jumlah permainan yang telah dimainkan dan lebih 84 juta mata airasia telah diberikan kepada pengguna.

BIGGIE Wonderland mengandungi tiga permainan mini dan pengguna akan diberikan mata airasia secara PERCUMA sebagai ganjaran setiap hari dengan mengumpul mata untuk setiap permainan dalam permainan mini tersebut. Mudah bukan?

“The SUPER Shake”

Untuk mengumpul mata airasia, pemain mestilah mengoncangkan telefon bimbit mereka to mengumpul syiling.

“SUPER Points Catcher”

Cara lain untuk mengumpul syiling adalah dengan menangkap syiling dengan mesin  dan anda akan diberikan mata airasia percuma.

“SUPER Explorer”

Dapatkan mata airasia dengan memberikan BIGGIE makanan.

Memandangkan kita berada dalam era digital, elemen gamifikasi pelbagai program ini membantu meningkatkan dan membawa program kesetiaan ke dalam pengalaman digital sepenuhnya. Ia telah menjadi visi daripada Ketua Pegawai Eksekutif Capital A kami sendiri, Tony Fernandes, untuk menubuhkan komuniti airasia kami sendiri dan platform penglibatan yang mana airasia akan membawa seluruh Asean dengan lebih rapat serta membolehkan komuniti berkongsi maklumat, melibatkan diri dan membina hubungan yang bermakna, berkongsi kreativiti dan belajar antara satu sama lain.

BIGGIE Wonderland bukan sahaja memberikan faedah kepada ahli kami, tetapi ia juga menggalakkan pengguna  dan penglibatan secara aktif, yang memanfaatkan airasia Super App. Ia membolehkan pengguna memperoleh mata dan menggalakkan lebih banyak transaksi atau penebusan mata di seluruh platform, seperti membeli tiket penerbangan atau menempah bilik hotel untuk penginapan anda yang seterusnya!

 Selain itu, ia membantu airasia rewards, untuk memacu program kesetiaan dengan memudahkan cerapan dan pemperibadian pelanggan secara segera. Kami akan menggunakan semua data yang dikumpul daripada setiap interaksi untuk meningkatkan penyepaduan sistem bahagian belakang kami dan mengoptimumkan penyertaan ahli. Ia juga meningkatkan penglibatan dan kekerapan ahli untuk berinteraksi dengan airasia Super App melalui permainan, akhirnya membina ikatan emosi dengan kami dengan meningkatan kekerapan penggunaan dalam kalangan ahli dan ekosistem perniagaan.

Apa yang anda tunggu lagi? Mulakan perjalanan anda di BIGGIE Wonderland dengan mengikuti langkah-langkah mudah di bawah dan dapatkan mata airasia anda sekarang!

Bukan itu sahaja, terdapat lebin 40 permainan dalam talian yang tersedia kepada pengguna airasia Super App untuk menguji kemahiran permainan mereka termasuklah permainan telefon bimbit airasia Super App yang original, T.A.G. Police Sentri. 

Ikuti airasia rewards di Facebook dan @airasiarewards di Instagram dan ketahui perkembangan terkini airasia Super App dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram/TikTok/Twitter atau @airasia di Weibo/Wechat.

Untuk pengalaman yang lebih lancar, muat turun aplikasi airasia Super App di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

*Terhad kepada satu permainan setiap hari