AirAsia Newsroom

View Original

Pembelian barangan runcit lebih mudah dengan pelancaran airasia grocer di Pulau Pinang

  • Perkhidmatan kedua oleh airasia Super App di Pulau Pinang selepas airasia food

  • Nikmati diskaun RM6 dengan menggunakan kod promosi [HELLOPG6]

  • Dapatkan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM60

PULAU PINANG, 13 September 2021 - airasia Super App terus berkembang di Pulau Pinang dengan pelancaran perkhidmatan penghantaran barangan runcit oleh airasia grocery selepas airasia food yang dilancarkan di Pulau Pinang pada bulan Mei lalu.

airasia grocer yang dahulunya dikenali sebagai airasia fresh kini mula beroperasi di seluruh kawasan pulau di Pulau Pinang dan akan berkembang ke kawasan Seberang Perai tidak lama lagi untuk memastikan semua orang di Pulau Pinang dapat menikmati barangan runcit segar di hujung jari mereka melalui airasia Super App.  

Sempena pelancaran ini, airasia grocer menawarkan diskaun RM6 yang boleh ditebus menggunakan kod promosi HELLOPG6 semasa membuat pembayaran. Promosi ini bermula dari sekarang hingga 30 September 2021. Para pelanggan juga boleh mengumpul 10 kali ganda jumlah BIG Poin apabila mereka membuat pembelian pada setiap hari Rabu. Para pelanggan hanya perlu klik pada ikon ‘Grocer’ di airasia Super App atau layari airasia.com/grocer untuk mendapatkan senarai produk lengkap. 

Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia Super App berkata, “Pulau Pinang sangat istimewa buat airasia. Sebagai hab ekonomi di utara, ia mempunyai pasaran dinamik dan pelancaran airasia grocer ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk negeri tersebut. Selain pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan di seluruh negeri, kami juga telah mendaftar para peniaga di platform airasia grocer dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di Pulau Pinang.  

“Penjenamaan semula airasia grocer adalah langkah strategik untuk mengetengahkan jenama kami dan menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik. Kami telah menerima sambutan yang menggalakkan oleh para pengguna melalui platform ini yang telah berkembang menjadi sebuah platform penyelesaian sehenti untuk keperluan barangan runcit harian untuk semua. Kami juga terus berpegang teguh pada misi kami untuk menyediakan produk dengan nilai terbaik kepada mereka. Para pelanggan bukan sahaja dapat memilih pelbagai produk yang tersedia, malah proses pembelian kini lebih mudah dengan Pek Nilai kami yang menawarkan set barangan runcit segar pada harga berpatutan.” 

“Senarai peniaga kami juga telah berkembang pesat di Malaysia dan kami turut menawarkan para peniaga di Pulau Pinang komisen terendah dalam industri ini melalui airasia grocer berbanding kadar tinggi sehingga 30% di platform lain. Para peniaga juga dapat memanfaatkan usaha pemasaran luas kami termasuk kempen Fresh Express yang akan dilancarkan di Pulau Pinang tidak lama lagi.”

“Kami terus mengalu-alukan para peniaga dalam kategori produk makanan dan barangan runcit segar yang berminat untuk menyertai platform kami. Mereka hanya perlu mengisi borang ini dan mereka akan dihubungi oleh pasukan airasia grocer secepat mungkin,” tambah Ben-Jie.

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia, mereka boleh mendaftar melalui borang ini.

Ikuti perkembangan dan tawaran e-dagang terkini airasia Super App di Instagram @airasiasuperapp!