BigPay kini tersedia di airasia Superapp. Membolehkan pembayaran mudah merangkumi semua tempahan, serta ganjaran dan diskaun eksklusif untuk pengguna

  • BigPay sebagai kaedah pembayaran asal untuk penempahan yang dilakukan di airasia Superapp

  • Promosi bersempena Kempen ‘Better Together’ di antara BigPay dan airasia Superapp: Pautkan akaun BigPay anda ke airasia Superapp untuk menikmati pengalaman pembayaran yang lancar serta nikmati tawaran  diskaun 5% ke atas penempahan penerbangan, diskaun RM50 untuk penempahan hotel dan dapatkan 2 kali ganda airasia poin

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Oktober, 2023 - BigPay, aplikasi kewangan terkemuka di Asia Tenggara kini merupakan dompet pembayaran eksklusif di airasia Superapp atau yang bakal dikenali sebagai airasia MOVE tidak lama lagi. 

Pengguna platform sehenti perjalanan yang menawarkan perkhidmatan seperti penerbangan, hotel dan penginapan, e-hailing, program kesetiaan keahlian dan banyak lagi ini kini boleh menyemak baki yang terdapat di akaun BigPay mereka, dan juga menggunakan BigPay secara lancar untuk membuat pembelian penerbangan, hotel dan lebih banyak lagi melalui aplikasi super tersebut. 

Untuk menikmati pengalaman pembayaran yang lancar melalui BigPay, pengguna airasia Superapp hanya perlu pautkan akaun BigPay mereka ke airasia Superapp yang hanya mengambil masa kurang dari seminit. Setelah pautan akaun mereka ke airasia Superapp telah dilakukan, pengguna boleh menyemak baki dan membuat pembayaran di dalam aplikasi tersebut. Dalam bulan yang mendatang, pengguna juga boleh mendaftar akaun BigPay secara terus di aplikasi tersebut.

Zubin Rada Krishan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BigPay, berkongsi: “Kami sangat bersukacita untuk berkolaborasi dengan lebih dekat bersama airasia Superapp untuk menyediakan kemudahan pembayaran yang lancar kepada penggembara untuk meningkatan lagi pengalaman pembayaran mereka di airasia Superapp. Tidak kira dari penerbangan ke Bali, menginap di hotel yang terletak di Chiang Mai atau membeli barangan bebas cukai seperti coklat dan banyak lagi melalui airasia shop, semuanya boleh dibayar melalui BigPay di airasia Superapp. Kami menggalakkan pengguna untuk menghubungkan akaun BigPay mereka ke airasia Superapp. Bagi pengguna baharu, anda boleh mendaftar akaun BigPay dan nikmati kaedah pembayaran yang lebih mudah di airasia Superapp ekosistem. 

“Dengan kemudahan di airasia Superapp yang kini boleh diakses oleh jutaan pengguna melangkaui rantau ini, ini akan menjadikan kami lebih hampir untuk mencapai misi kami untuk memperkukuhan perkhidmatan kewangan rakyat di Asia Tenggara yang bakal mempertingkatkan kualiti hidup mereka dengan kaedah satu transaksi dalam satu masa,” tambahnya lagi.

“Kami sangat teruja dengan kolaborasi bersama BigPay ini kerana ini akan sudah semestinya mempertingkatkan lagi pengalaman pengguna aplikasi kami.  Pengalaman pembayaran yang lancar adalah salah satu kunci kejayaan yang mendorong kemudahan kepada penggembara selain menikmati kelebihan yang ditawarkan apabila anda menghubungkan akaun BigPay anda ke airasia Superapp seperti diskaun eksklusif dan menerima dua kali ganda airasia poin,” kata Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Operasi airasia Superapp.

Sebahagian daripada tujuan utama kami untuk menyediakan pengalaman pembayaran yang lebih lancar, pengguna yang membuat pembayaran melalui akaun BigPay yang telah disambungkan ke airasia Superapp boleh menikmati lebihan eksklusif seperti:

  • Diskaun 5% penerbangan AirAsia*

  • Diskaun 5% penerbangan syarikat penerbangan lain yang ditempah melalui airasia Superapp

  • Diskaun RM50 ke atas Hotel untuk tempahan pertama dengan penginapan minimum 3 hari 2 malam 

  • Nikmati 2 kali ganda airasia poin apabila anda membayar menggunakan BigPay ke atas perkhidmatan e-hailing (airasia ride), penempahan hotel and penerbangan dari syarikat penerbangan lain semuanya melalui airasia Superapp

  • Jualan eksklusif untuk pengguna BigPay

  • Akses Utama untuk promosi jualan airasia yang lain

*tertakluk kepada terma dan syarat

Dalam fasa penambahbaikan yang seterusnya, pengguna boleh menikmati pengalaman perjalanan dan pembayaran yang dipertingkatkan, diskaun dan manfaat perjalanan eksklusif serta perkhidmatan pembayaran yang lebih luas yang bakal tersedia dalam satu aplikasi sahaja. 

Di awal bulan September tahun ini, bahagian digital Capital A yang dikenali sebagai airasia Digital umumkan transformasi strategik mereka kepada MOVE Digital (atau dikenali sebagai MOVE) untuk menekankan lagi keutamaan mereka ke arah sektor pelancongan, perjalanan dan penggembaraan. MOVE sangat berdedikasi terhadap revolusi mereka untuk menawarkan penyelesaian yang memberikan nilai terbaik, inovatif yang turut menitikberatkan cadangan dan komen pengguna bagi sektor pembayaran dan perjalanan mereka. 

Bagaimana untuk memautkan akaun BigPay anda pada airasia Superapp:

  1. Buka airasia Superapp dan tekan widget BigPay di bahagian atas skrin

  2. Klik butang ‘Pautkan Akaun’ untuk mula memaut

  3. Baca nasihat perkongsian data dan ketik 'Benarkan'.

  4. Aplikasi BigPay anda akan dilancarkan dan masukkan kata laluan anda untuk log masuk ke akaun anda

  5. Baca dan setuju dengan gesaan pada skrin

  6. Pemberitahuan tentang pemautan yang berjaya

Cara membayar dengan akaun BigPay terpaut anda di airasia Superapp:

  1. Selepas mendaftar keluar, pilih pilihan pembayaran BigPay

  2. Sebaik sahaja anda mengesahkan pesanan anda, anda akan digesa untuk membuka apl BigPay anda dan meluluskan transaksi untuk tujuan keselamatan

  3. Urus niaga selesai

Untuk butiran lanjut tentang kempen Better Together, sila lawati:

https://bigpayme.com/features/airasia-superapp/linking/

-TAMAT-

About BigPay

BigPay is an Asean Southeast Asian fintech company founded in 2017. It is committed to providing the financial services that Southeast Asians need to live better lives, by providing accessible, transparent, simple and secure digital financial services. From cross-border and domestic payments to international transfers, credit, micro-insurance, personal loans, and smart budgeting, we continue to innovate to level-up Southeast Asian lives - one transaction at a time. Visit https://bigpayme.com/ for more information.

BigPay is part of MOVE Digital, the digital arm of Capital A Berhad, which also includes airasia MOVE (formerly known as airasia Superapp). 

For more information, please contact press@bigpayme.com

About airasia MOVE (formerly known as airasia Superapp) 

airasia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions travel complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. 

airasia MOVE’s ecosystem includes OTA services such as flight bookings from over 700 airlines, including the World’s Best Low-Cost Carrier AirAsia and 900,000 hotels world-wide plus ride-hailing, dining experiences, insurance, duty-free shopping and more, underpinned by integrated financial services by BigPay. It has been recognised by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency 2023’ in its first nomination in the OTA category. Download the airasia MOVE app via the Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

Both airasia MOVE and BigPay are part of MOVE Digital, the digital arm of Capital A Berhad.