Pengembaraan TANPA HAD bersama Pas Perjalanan Baharu dari AirAsia MOVE

  • Penerbangan Antarabangsa tanpa had* tersedia untuk jualan

  • Diskaun eksklusif untuk hotel dan AirAsia Ride

  • Pelan ansuran bulanan 0% baharu untuk pengguna Malaysia pada harga RM99* sebulan

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 - AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) hari ini melancarkan pas perjalanan yang ditambahbaik semula - the Unlimited - Asean International Pass. Pas perjalanan baharu ini menawarkan pelanggan pelbagai tawaran diskaun eksklusif, termasuk penerbangan, hotel dan AirAsia Ride.

AirAsia MOVE memanfaatkan kejayaan yang lepas dengan airasia Super+  yang dilancarkan pada Disember 2022, yang menyaksikan lebih 80,000 jumlah tempat duduk penerbangan ditebus untuk pilihan Lite dan Premiumnya. Rata-rata pelanggan juga menikmati penjimatan lebih daripada RM1,500 sepanjang tempoh pembelian mereka dari segi penerbangan yang ditebus, membuktikan nilai besar yang ditawarkan.

Untuk Unlimited - Asean International Pass, pemegang pas bukan sahaja akan menikmati penerbangan Asean antarabangsa tanpa had* yang disediakan oleh kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, tetapi juga penggunaan kod promosi eksklusif tanpa had yang memberikan diskaun sehingga 50% untuk tempahan hotel di luar negara, serta perjalanan AirAsia Ride percuma dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1 & 2), serta diskaun RM2 untuk semua perjalanan menaiki AirAsia Ride. Selepas mendaftar, setiap pemegang pas juga akan menerima 5,000 AirAsia point, yang boleh digunakan untuk menebus penerbangan, AirAsia Ride dan hotel.

Pemegang pas di Malaysia dengan kad Maybank, Public Bank, Ambank atau HSBC juga boleh membeli Unlimited - Asean International Pass pada harga RM99* sebulan selama 12 bulan. Pengguna BigPay juga layak mendapat pembiayaan pinjaman sebanyak RM106 sebulan selama 12 bulan, secara eksklusif pada aplikasi BigPay.

Mereka yang berminat digalakkan untuk membeli sekarang kerana hanya pas terhad yang tersedia dan boleh dibeli mulai hari ini hingga 2359hrs (GMT+8) pada 31 Mac 2024. Muat turun aplikasi AirAsia MOVE hari ini dan klik pada ikon "Unlimited" untuk membeli.

Harga Pas adalah pada:

  • RM 1,188 di Malaysia

  • THB 8,888 di Thailand

  • PHP 14,888 di Filipina

  • IDR 3,988,888 di Indonesia

  • SGD388 di Singapura

  • USD288 di negara lain

Mereka yang membayar dengan kad BigPay juga akan menerima potongan RM50. Semua harga di atas adalah termasuk cukai.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata, “Kami gembira akhirnya membawa semula versi baharu pas perjalanan popular - dengan nama yang diperbaharui, Unlimited - Asean International Pass - memastikan pengembara pas perjalanan yang lancar dan berpatutan sambil menerokai Asean. Tawaran ini menegaskan komitmen kami untuk menyediakan satu penyelesaian perjalanan yang mudah kepada pelancong, merangkumi penerbangan AirAsia dan tawaran AirAsia MOVE di bawah satu pas Tanpa Had."

Untuk maklumat lanjut tentang cara membeli Unlimited - Asean International Pass, klik di sini.

Pemegang Unlimited - Asean International Pass boleh menebus penerbangan mereka selama setahun* dari tarikh langganan (cth: 25 Mac 2024 - 25 Mac 2025) dan perjalanan dari 1 Mei 2024 dan seterusnya.

Penerbangan yang ditebus melalui Unlimited - Asean International Pass tertakluk pada cukai kerajaan, yuran, servis tambahan dan caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas dan tertakluk pada tempoh embargo serta terma dan syarat lain. Ketersediaan tempat duduk percuma bergantung kepada bekalan dan permintaan pada laluan tertentu.

Kekal kemas kini dengan segala-galanya daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram, Threads, @airasiasuperapp di TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Baca halaman Soalan Lazim untuk mengetahui lebih lanjut.

*Tempoh Embargo dikenakan

**Tempat duduk tersedia untuk Penerbangan Tanpa Had bergantung kepada bekalan dan permintaan pada laluan tertentu