AirAsia Malaysia sambut penerbangan pertama dari Jaipur, menghubungkan Kuala Lumpur dengan Bandar Merah Jambu di utara India

Nikmati diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan ke India

SEPANG, 22 April 2024 ‒ AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini meraikan pencapaian penting dengan menyambut ketibaan penerbangan pertamanya dari Jaipur ke Kuala Lumpur dengan meriah.

Penerbangan pertamanya dengan muatan 100 peratus telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur pada jam 11:40 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada jam 7:05 pagi waktu tempatan. Para tetamu dalam penerbangan AK18 disambut dengan meriah oleh kakitangan AirAsia semasa ketibaan.

Laluan ini istimewa untuk AirAsia Malaysia kerana ia merupakan perkhidmatan pertamanya ke Kota Merah Jambu tersebut yang terkenal di seluruh dunia akan keindahan kubu abad ke-16 serta istana megah Jal Mahal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Kami berbesar hati melancarkan perkhidmatan pertama  AirAsia Malaysia antara Jaipur dan Kuala Lumpur pada hari ini dan menjadi satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang menawarkan laluan ini secara terus. Jaipur merupakan permata negeri Rajasthan menawarkan pelbagai tarikan menarik dan Kuala Lumpur tidak kurang hebatnya dengan pencakar langit dan budaya tempatan unik sesuai untuk semua jenis pengembara.

“Penerbangan AirAsia pertama antara India dan Malaysia bermula pada tahun 2008 dan sejak itu telah membolehkan para pengembara menikmati keindahan dan keistimewaan kedua-dua buah negara dengan mudah dan tambang berpatutan. Kami juga berbangga kerana telah menerbangkan berjuta-juta tetamu antara India dan Malaysia dalam tempoh lebih sedekad. Pembukaan laluan terus ini membuktikan komitmen kukuh AirAsia untuk terus mengembangkan rangkaian kami di India dan kami berharap dapat menyambut lebih ramai pengembara ke Malaysia sempena pengumuman kerajaan mengenai kemasukan tanpa visa ke negara ini pada tahun lepas."

Bagi meraikan pencapaian ini, AirAsia menawarkan tambang promosi terhad ke India dengan diskaun sebanyak 20 peratus.. Terbang dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik di negara tersebut seperti Bhubaneswar*, Visakhapatnam*, Ahmedabad*, Trivandrum, Amritsar dan banyak lagi dengan tambang bermula daripada RM179  termasuk semua sehala.** Tempah penerbangan anda pada hari ini hingga 28 April 2024  tempoh perjalanan perjalanan antara 6 Mei hingga 30 November 2024.

AirAsia kini terbang secara terus dari Kuala Lumpur ke 13 bandar yang menakjubkan di seluruh India dengan jumlah 78 penerbangan mingguan ke Trivandrum, Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru, Kolkata, Jaipur, Bhubaneswar (penerbangan bermula pada 28 Mei 2024), Visakhapatnam (penerbangan bermula pada 26 April 2024) dan Ahmedabad (penerbangan bermula pada 1 Mei 2024). Bagi penerbangan jarak sederhana, AirAsia X Malaysia (kod penerbangan D7) juga menawarkan dua laluan secara secara terus dari Kuala Lumpur ke New Delhi dan Amritsar dengan lapan penerbangan mingguan.

Ikuti maklumat terkini dan promosi AirAsia di Instagram @flyairasia


*Tempoh perjalanan untuk Bhubaneswar, Visakhapatnam dan Ahmedabad adalah dari 28 Mei 2024, 26 April 2024 dan 1 Mei 2024 hingga 30 November 2024.
**Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.