AirAsia perluas rangkaian di India dengan dua laluan baharu ke Kozhikode dan Guwahati dengan Tempat Duduk PERCUMA*

SEPANG, 29 April 2024 — AirAsia hari ini mengumumkan pengembangan berterusannya ke India dengan melancarkan dua laluan baharu ke bandar terkenal Kozhikode dan Guwahati.

Pelancaran ini menandakan laluan ke-14 dan ke-15 syarikat penerbangan itu ke negara tersebut, seterusnya mengembangkan rangkaiannya dengan pesat di Asia Barat. Perkhidmatan penerbangan baharu ini dijadualkan bermula pada 1 Ogos 2024 dengan kekerapan penerbangan tiga kali seminggu.

Kozhikode dan Guwahati mempunyai pelbagai tarikan menarik dengan gabungan budaya dan gastronomi untuk semua. Kozhikode yang juga dikenali sebagai Calicut, terletak di tengah-tengah negeri Kerala di selatan India merupakan sebuah bandar yang indah dengan pasar rempah ratus, masakan Malabar dan seni bina yang menarik. Ia juga dinobatkan sebagai bandar sastera pertama di India oleh UNESCO berikutan kekayaan budaya dan kreativitnya. Nikmati keunikan negeri Kerala yang terkenal di seluruh dunia dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

Guwahati yang terletak di timur laut India di negeri Assam juga dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi seperti Sungai Brahmaputra yang menakjubkan. Selain itu, bandar yang indah ini menempatkan tempat-tempat suci keagamaan seperti kuil Kamakhya, Umananda dan Hajo.

Bagi meraikan pelancaran laluan-laluan ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk PERCUMA* dari Kuala Lumpur ke Kozhikode dan Guwahati dengan tambang promosi bermula  RM201* dan daripada INR4,132* dari kedua-dua bandar ke Kuala Lumpur. Tempahan boleh dilakukan mulai hari ini hingga 5 Mei 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos hingga 17 Jun 2025.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Paul Caroll berkata: “Kami terus mengembangkan laluan di India yang merupakan salah satu pasaran terbesar AirAsia, dengan pelancaran dua laluan baharu ke destinasi-destinasi terkenal ini. Kozhikode dan Guwahati mempunyai potensi pelancongan menakjubkan dengan daya tarikan yang tersendiri. AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang menawarkan laluan secara terus ke bandar-bandar ini dengan tambang berpatutan membolehkan para pengembara di seluruh rantau ini untuk menerokainya dengan lebih mudah.

“Pelancaran dua perkhidmatan penerbangan ini menandakan 15 laluan secara langsung AirAsia ke India dan akan terus bertambah. Kami juga berbesar hati untuk meraikannya dengan kempen Tempat Duduk PERCUMA* khas untuk Kozhikode dan Guwahati. Kami komited untuk terus menawarkan perjalanan udara dengan tambang berpatutan antara Malaysia dan India dan tidak sabar untuk terus menerbangkan para tetamu ke destinasi-destinasi ini."

Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Kozhikode (CCJ) & Guwahati (GUA): 

Ikuti maklumat terkini dan promosi AirAsia di Instagram @flyairasia

*Laluan Antarabangsa: Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja bermula daripada RM201 & INR 4,132, termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.