Capital A puji Teleport kumpul modal pertumbuhan baharu dengan logistik terbukti sebagai industri berharga

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 - Capital A Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad) (“Capital A” atau “Kumpulan”) mengalu-alukan berita bahawa anak syarikat logistiknya, Teleport, telah memeterai lembaran terma dengan pelabur kredit institusi yang besar untuk mengumpul sehingga USD 50 juta bagi membiayai pengembangan keupayaan penghantaran rentas sempadan di semua pasaran utama Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami berbangga melihat perkembangan terkini Teleport dan pelabur peringkat atasan mula menerima visi kami untuk menjadi pemain logistik terbaik di Asean. Dengan saiz pesawat yang beroperasi hari ini sebanyak 125 pesawat dalam Kumpulan Penerbangan AirAsia, dan dengan sasaran untuk mengendalikan 205 pesawat serta rangkaian penuh menjelang suku kedua 2023, ditambah pula dengan kapal kargo pertama yang bakal tiba pada suku pertama 2023, Teleport kini berada dalam kedudukan terbaik dan mempunyai kelebihan terbaik untuk mencapai visi itu. Jika anda menambah data dan teknologi ke dalam logistik kami, termasuk jejak hujung ke hujung, pelepasan kastam, bil e-airway, kami boleh melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pemain logistik lain."

Beliau menambah, “Logistik adalah industri yang amat berharga dan Teleport adalah permata kami. Kami yakin bahawa kemampuan Teleport termasuk rangkaian serantau terluas dan penghantaran antarabangsa keesokan harinya akan menjadi pengubah kepada industri logistik dan e-dagang yang sedang berkembang pesat dan yang paling penting, untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan yang mencari capaian yang lebih luas dan pengalaman yang dipertingkatkan dengan penghantaran yang cepat.”

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport berkata, “Kami teruja untuk berkembang ke fasa seterusnya. Teleport merancang untuk menggunakan modal baharu sehingga AS$50 juta (kira-kira RM220 juta) ini untuk membawa masuk kapal kargo tambahan, membina hab kritikal di Indonesia, Filipina dan Malaysia, dan seterusnya melabur dalam teknologi yang membolehkan sesiapa sahaja untuk membuat penghantaran dalam masa 24 jam merentasi Asia Tenggara.

Beliau menambah, “Kami telah menunjukkan keuntungan serta berkembang dengan lebih besar dan cepat berbanding sebelum pandemik. Kami mendapat manfaat daripada penggunaan yang lebih baik di seluruh rangkaian Kumpulan Penerbangan AirAsia yang semakin pulih, menjadikan kami lebih kuat dan cergas untuk beralih kepada fasa seterusnya. Kunci kepada kepimpinan Teleport dalam tempoh tiga tahun akan datang ialah lanjutan rangkaian liputan udara pertengahan batu kami dengan penghantaran kapal pengangkut A321F bermula pada 1Q2023. Kami berhasrat untuk menghubungkan penghantar kargo global, pengilang, pengeksport dan e-dagang dengan mudah secara terus ke mana-mana pasaran Asia Tenggara.”

Awal bulan ini, Teleport telah melancarkan Teleport Pink iaitu perkhidmatan penghantaran bungkusan antarabangsa baharu yang mudah digunakan dan mampu milik pada kadar rata RM40 (USD10) di seluruh Asia Tenggara, bermula dengan penghantaran dari Kuala Lumpur ke Singapura. Teleport Pink dicipta bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk penghantaran rentas sempadan hari berikutnya pada kadar penghantaran tetap sehingga 80% lebih rendah daripada penyedia perkhidmatan penghantaran lain dalam pasaran.

Cabang logistik Capital A itu juga telah mencapai EBITDA positif sebanyak RM5.1 juta pada suku ketiga 2022 apabila ia telah melakukan peralihan sepenuhnya daripada model margin rendah menggunakan pesawat penumpang untuk operasi kargo sahaja kepada model yang lebih mampan menggunakan ruang perut kargo AirAsia dengan margin tambahan.

*** TAMAT ***

About Capital A

Capital A (formerly known as AirAsia Group) is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology, including its Aviation group, aviation services, airasia Super App, fintech BigPay and logistics venture Teleport. Capital A’s vision is to create and deliver products and services that focus on offering the best value at the lowest cost, underpinned by robust data and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.