Nasihat perjalanan untuk pengalaman balik kampung lebih lancar dengan AirAsia

SEPANG, 3 April 2024 - Menjelang Hari Raya Aidilfitri dan perjalanan balik kampung yang bakal bermula dari 5 hingga 15 April 2024, AirAsia menggalakan para tetamu untuk mematuhi nasihat perjalanan berikut bagi pengalaman perjalanan lebih lancar.

  • Daftar masuk secara kendiri melalui aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) yang tersedia seawal 14 hari hingga satu (1) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan. Para tetamu boleh mendaftar masuk secara kendiri mulai sekarang dan mendapatkan pas masuk elektronik untuk penerbangan pada Hari Raya ini mulai 5 sehingga 17 April 2023.

Sila ambil maklum:

  • Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery bagi mendapatkan informasi terkini mengenai tempahan penerbangan yang dilakukan termasuk kemaskini penerbangan melalui pautan ‘Flight Status’ pada aplikasi tersebut.

  • Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter hanya tersedia untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang melakukan perjalanan bersama bayi (di bawah umur 24 bulan), tetamu yang hamil, warga emas dan remaja yang melakukan perjalanan sendirian.

  • Tetamu yang hamil hendaklah mengisi borang di kaunter sebelum menaiki pesawat. Tetamu yang hamil lebih dari 27 minggu dikehendaki untuk mengemukakan sijil perakuan sah oleh doktor kesihatan.

  • Para tetamu kurang upaya boleh membuat pra-tempahan Bantuan Khas (Perkhidmatan Kerusi Roda) semasa membuat tempahan penerbangan atau melalui pautan  ‘My Booking’ pada aplikasi AirAsia MOVE sekurang-kurangnya empat (4) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

  • Pra-tempah hidangan di dalam penerbangan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk menikmati lebih penjimatan sehingga 44 peratus dan untuk memastikan ianya tersedia serta perkhidmatan diutamakan. Nikmati menu perayaan istimewa oleh Santan AirAsia, menampilkan Pak Nasser’s Nasi Lemak Double Special dengan harga RM23 untuk AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan RM30 untuk AirAsia X (kod penerbangan D7).

  • Bagi penerbangan antarabangsa, para tetamu hendaklah memenuhi keperluan perjalanan seperti visa dan transit ke setiap negara yang bakal dituju. Keperluan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan para tetamu dinasihatkan untuk menyemak keperluan terkini dengan pihak kedutaan atau konsulat masing-masing.

  • Tiba awal di lapangan terbang (sekurang-kurangnya dua (2) jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga (3) jam bagi penerbangan antarabangsa) bagi memastikan masa mencukupi untuk memenuhi proses perjalanan yang diperlukan semasa tempoh perjalanan puncak ini. Kaunter daftar masuk akan ditutup satu (1) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (Terminal 2) dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi penerbangan domestik di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia. Para tetamu boleh membuat tempahan kenderaan ke/dari lapangan terbang sehingga 24 jam lebih awal dengan AirAsia Ride dalam aplikasi AirAsia MOVE dan nikmati diskaun RM5 dengan kod promosi “FLYRIDE5”.

  • Guna pas masuk elektronik pada aplikasi AirAsia MOVE untuk menaiki pesawat tanpa perlu mencetak pas masuk fizikal. Pas masuk elektronik ini diterima di kebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk semua lapangan terbang di Malaysia di mana AirAsia beroperasi.

  • Guna kiosk tanpa sentuh di lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan daftar masuk bagasi kendiri. Setelah mendaftar masuk secara kendiri, imbas kod QR pada pas masuk elektronik di kiosk lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan terus ke kaunter penurunan bagasi kendiri untuk mendaftar masuk bagasi tersebut. Para tetamu juga boleh menempah elaun bagasi sehingga empat (4) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan melalui aplikasi AirAsia MOVE.

  • Pastikan bagasi kabin adalah saiz yang betul. Setiap tetamu hanya dibenarkan satu beg kabin (tidak lebih daripada saiz 56 x 36 x 23cm) dan/atau satu beg laptop ATAU beg tangan ATAU beg kecil di atas pesawat. Jumlah keseluruhan berat yang dibenarkan untuk bagasi kabin harus tidak melebihi 7kg.

  • Daftar ciri-ciri FACES melalui aplikasi AirAsia MOVE untuk perjalanan lebih lancar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) ke lapangan terbang domestik dan antarabangsa lain tanpa perlu mengemukakan pas masuk selepas mendaftar masuk kendiri dan bukti pengenalan diri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada AirAsia!