Yayasan AirAsia lancar tabung bantuan digital untuk membantu komuniti yang memerlukan

AAF_Press_Release.png

SEPANG, 5 April 2020 - Yayasan AirAsia, cabang dermawan Kumpulan AirAsia, telah melancarkan tabung bantuan digital umum sebagai sebahagian daripada kempen #InThisTogether untuk membantu komuniti yang memerlukan yang terjejas akibat pandemik terkini, bermula hari ini hingga 30 April 2020.

Semua sumbangan akan disalurkan kepada perusahaan sosial dan badan amal seperti Perbadanan Taman Negeri Perak, Yayasan SEED dan Beyond Borders Malaysia yang menyediakan bantuan makanan dan perubatan kepada keluarga Orang Asli, komuniti gelandangan dan pelarian.

Yayasan AirAsia juga membantu perusahaan sosial mereka dan anggota komuniti yang kebanyakannya kehilangan punca sara hidup akibat sekatan pergerakan yang dikenakan di seluruh rantau ini.

Sumbangan boleh dibuat di laman web Yayasan AirAsia di https://airasiafoundation.com/relieffund atau dengan BigPay melalui pemindahan wang daripada aplikasi kewangan tersebut kepada AirAsia Foundation atau melalui Pemindahan Wang dengan Bank Tempatan (bermula 6 April 2020).

Pengarah Eksekutif Yayasan AirAsia Yap Mun Ching berkata: “Pandemik ini telah memberi kesan negatif kepada mereka yang menghadapi kekurangan sosio-ekonomi. Para perusahaan sosial kami telah melaporkan bahawa mereka menerima rayuan daripada ahli komuniti mereka untuk bantuan makanan. Dalam keadaan yang luar biasa ini, kami menyeru kepada semua orang untuk membantu dan berharap ramai yang akan memberi sokongan.”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay Chris Davison berkata: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dalam kempen ini, yang mana keutamaan kami adalah untuk membolehkan sumbangan dilakukan dari rumah, seterusnya menyokong kakitangan barisan hadapan ketika mereka menjalankan misi menyelamatkan nyawa. Matlamat BigPay adalah untuk menyokong inklusiviti kewangan bagi semua lapisan masyarakat dan bantuan ini adalah sebahagian daripada misi kami yang lebih luas.”

Yayasan AirAsia telah menyokong pelbagai organisasi untuk memberikan bantuan kepada komuniti dalam krisis. Sejak tahun 2013, yayasan ini telah menyumbang lebih RM14 juta untuk menyokong program pemulihan dan pemuliharaan bencana selepas Typhoon Haiyan (2013), banjir di Malaysia (2014), gempa bumi di Nepal (2015) dan tsunami di Palu (2018). Yayasan ini juga menghantar beribu-ribu bantuan melalui penerbangan AirAsia ke lokasi yang dilanda bencana di seluruh rantau ini.

Kempen #InThisTogether mengetengahkan usaha AirAsia untuk mengalih saluran komersil dan pengangkutannya bagi menyediakan bantuan kepada perniagaan kecil dan komuniti yang terjejas. Selain tabung bantuan Yayasan AirAsia, Kumpulan AirAsia juga menyediakan penyelesaian e-dagang melalui platform e-dagang OURSHOP dan perkhidmatan penghantaran Teleport kepada peniaga kecil yang yang ditutup untuk mengawal penyebaran Covid-19. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif tersebut, ‘Save Our Shops‘ (S.O.S), layari airasia.com.

Untuk maklumat lanjut dan status bantuan ini, layari airasiafoundation.com/relieffund.

***

Mengenai Yayasan AirAsia

Yayasan AirAsia komited untuk membantu membina Komuniti ASEAN masa depan dengan menyokong keusahawanan sosial, peluang sama rata, dan inovasi. Sebagai cabang dermawan Kumpulan AirAsia, ia menyediakan geran perusahaan sosial untuk memperkasakan individu yang kurang bernasib baik dan menyokong projek-projek yang memelihara dan memulihara warisan budaya unik di rantau ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2012, ia telah membiayai sebanyak 28 buah perusahaan sosial yang telah menyokong lebih daripada 2,800 penerima bantuan. 

Mengenai BigPay

BigPay is re-imagining financial products and services across Southeast Asia by building a consumer focused platform to deliver fair and transparent financial services.

We want to help a new generation take back control of their money, and rediscover the value of financial services. Our goal is to empower our customers with the skills and knowledge to make the right financial decisions. BigPay launched in January 2018 and is growing rapidly in one of the fastest-growing markets in the world. Our headquarters is in Singapore, and we have offices in Kuala Lumpur, Thailand and soon across ASEAN. 

We are a homegrown Southeast Asian brand. We are the first challenger bank in Southeast Asia. Our mission is to use technology and data to make financial inclusion a reality for the region.