MOVE Bawa Pelancongan Asia Tenggara ke Tahap Baharu dengan Laman Mikro ‘Discover Asean’
Bersempena kerjasama dengan ASEANTA, MOVE melancarkan platform bersepadu bagi panduan perjalanan rentas sempadan di rantau ini
JAKARTA, 9 Ogos 2025 – Sempena ulang tahun ke-58 ASEAN, MOVE, platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara, memperkenalkan “Discover Asean”, sebuah laman mikro bersepadu yang dibangunkan bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan di rantau ini dengan lebih berpatutan dan lancar. Dilancarkan dengan kerjasama Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA), inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh integrasi dan kesalinghubungan pelancongan serantau melalui pendekatan digital sebagai keutamaan.
Majlis pelancaran telah berlangsung hari ini di Sekretariat ASEAN di Jakarta, dengan kehadiran Ni Luh Puspa, Timbalan Menteri Pelancongan Republik Indonesia; Nararya Soeprapto, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN; Eddy Krismeidi Soemawilaga, Presiden ASEANTA, wakil-wakil daripada pelbagai persatuan pelancongan serta pihak berkepentingan utama industri.
Ketua Pegawai Eksekutif MOVE, Nadia Omer, berkata “Sebagai sebuah OTA yang lahir di ASEAN, komitmen kami adalah untuk terus memacu perkembangan pelancongan di rantau ini bersama para pemegang taruh utama. Laman mikro ini berperanan sebagai pintu gerbang digital untuk memacu kemajuan ekonomi berteraskan pelancongan di negara-negara ASEAN, di samping mengukuhkan peranan MOVE sebagai rakan strategik dalam transformasi digital rantau ini. Kami berharap Discover Asean dapat memudahkan para pelancong meneroka lebih banyak destinasi di Asia Tenggara dengan cara yang lebih berpatutan dan lancar.”
Discover Asean boleh diakses melalui halaman utama aplikasi MOVE. hanya leret ke kanan pada imej utama (main thumbnails) dan tekan ikon ‘Discover Asean’. Platform ini menawarkan pelbagai ciri berguna, termasuk:
Cadangan pilihan berkurasi tentang makanan tempatan, budaya, aktiviti dan destinasi di seluruh negara ASEAN.
Panduan keperluan visa dan dokumen perjalanan yang disesuaikan mengikut dasar setiap negara.
Tip perjalanan berkaitan kesihatan dan keselamatan.
Akses bersepadu kepada penerbangan, hotel, pengangkutan tempatan, dan pelbagai produk pelancongan lain yang ditawarkan dalam aplikasi MOVE.
Kandungan dalam laman mikro ini bersumberkan portal rasmi Visit Southeast Asia, yang dikurasi dan disahkan oleh Organisasi Pelancongan Kebangsaan (NTO) setiap negara anggota ASEAN, serta kandungan editorial eksklusif yang dibangunkan oleh pasukan kandungan MOVE sendiri. Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan MOVE untuk memperkayakan pengalaman perjalanan serantau dan mempromosikan Asia Tenggara di persada dunia.
Selaras dengan misi ini, MOVE telah dicalonkan bersama peneraju utama industri pelancongan sebagai ‘Agensi Pelancongan Dalam Talian Terbaik Asia’ di World Travel Awards 2025. Undi MOVE sekarang sehingga 30 Ogos di: https://www.worldtravelawards.com/vote
Untuk perkembangan terkini, inspirasi perjalanan dan promosi istimewa, ikuti @airasiamove di Instagram. Muat turun aplikasi AirAsia MOVE di App Store atau Google Play Store sekarang.
***TAMAT***