Posts in Bahasa Malaysia
Permulaan Era Baharu: Capital A tandatangani perjanjian jual beli bersyarat bersama Kumpulan AirAsia, lupus perniagaan penerbangan

"Capital A Berhad ("Capital A") dan Kumpulan AirAsia Berhad ("Kumpulan AirAsia"), yang kini menjadi entiti induk baru bagi AirAsia X Berhad ("AirAsia X"), mengumumkan penandatanganan perjanjian bersyarat untuk pelupusan strategik Capital A dan pemerolehan strategik Kumpulan AirAsia dalam bidang penerbangan ("Transaksi"). Perjanjian ini, yang mendapat sokongan daripada lembaga pengarah Capital A dan Kumpulan AirAsia, dijangka membuka era baru pertumbuhan bagi AirAsia, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri penerbangan tambang rendah di peringkat global."


Read More
Capital A umum perbaharui kontrak perkhidmatan CEO Tony Fernandes selama 5 tahun

Capital A Berhad, kumpulan perkhidmatan penerbangan dan pengembaraan terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes, telah menandatangani sebuah kontrak perkhidmatan baharu untuk lima tahun akan datang. Ini membolehkan beliau meneruskan peranan pentingnya di Capital A, dengan fokus terhadap memacu pertumbuhan masa depan dan pulangan kewangan Kumpulan.

Read More
Capital A tandatangani kerjasama meluas dengan Kumpulan Trip.com

Capital A hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani sebuah kerjasama komprehensif dengan penyedia perkhidmatan pelancongan global terkemuka di China iaitu Trip.com Group, bertujuan untuk mempertingkat tawaran perjalanan dan jangkauan pasaran di seluruh Asia. Kerjasama strategik itu merangkumi pelbagai entiti perniagaan, termasuk AirAsia, dan AirAsia MOVE untuk bidang kerjasama utama seperti penyelesaian inovatif merangkumi penerbangan ke penginapan, tarikan dan tiket, perkhidmatan e-panggilan dan pembayaran.

Read More
AirAsia satu-satunya syarikat penerbangan hubungkan seluruh negara Asean dengan penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Vientiane

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) berbesar hati untuk mengumumkan penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Vientiane yang akan bermula pada 2 Julai 2024. Ini menandakan pencapaian penting bagi AirAsia Malaysia yang menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan secara terus ke semua 10 negara Asean.


Read More