Menangi 2 tiket percutian percuma ke Olimpik Paris 2024 bersempena kolaborasi di antara AirAsia MOVE dan Visa

KUALA LUMPUR, 30 April 2024 - Bonjour! Platform pelancongan sehenti, AirAsia MOVE dengan bangganya mengumumkan kerjasama menarik dengan Visa untuk menawarkan peminat sukan peluang memenangi tiket percuma ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang dinanti-nantikan! Ketika dunia bersiap sedia untuk acara monumental ini, AirAsia MOVE dan Visa teruja untuk menawarkan peluang eksklusif ini untuk menyaksikan acara bersejarah ini.

Bermula dari hari ini hingga 2 Jun 2024, kempen promosi selama lima minggu oleh AirAsia MOVE dan Visa ini bukan sahaja menawarkan peluang untuk memenangi sepasang tiket ke Sukan Olimpik Paris tetapi juga menampilkan promosi menarik untuk penerbangan, hotel, perkhidmatan e-hailing dan banyak lagi. Dua pemenang dengan jumlah penyertaan tertinggi akan dipilih untuk penginapan 5 hari 4 malam di penginapan mewah bertaraf 4 bintang di Paris, bersama-sama dengan penerbangan pergi balik untuk menonton acara sukan terpilih seperti olahraga, bola keranjang dan pingpong di Sukan Olimpik Paris 2024, dijadualkan pada 5 hingga 9 Ogos 2024. Setiap pemenang boleh membawa bersama tetamu dalam perjalanan.

Bagaimana untuk memenangi tiket percuma ke Sukan Olimpik Paris 2024?

Peroleh penyertaan dengan berbelanja di aplikasi AirAsia MOVE. Tiada perbelanjaan minimum diperlukan untuk menempah penerbangan antarabangsa (syarikat penerbangan selain AirAsia), hotel dan Flight+Hotel. Sementara itu, transaksi minimum RM50 diperlukan untuk AirAsia Ride dan AirAsia Gifts. Jangan lupa untuk menggunakan kad Visa anda untuk urus niaga agar layak untuk menyertai sekali gus membawa anda selangkah lebih dekat untuk mengalami keseronokan Sukan Olimpik di Paris!

Untuk memulakan minggu pertama kempen dari 29 April hingga 5 Mei 2024, satu siri tawaran menarik menanti anda:

Syarikat Penerbangan Antarabangsa:

Diskaun sehingga 33%* untuk mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa seperti Air France, Air Arabia dan ANA dengan menggunakan kod promosi [MOVE33] di halaman pembayaran.

Hotel:

Diskaun RM40 ke atas semua tempahan hotel dengan menggunakan kod promosi [AAMOVE] dengan perbelanjaan minimum RM200. 

Penerbangan+Hotel:

Terokai Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu, Bangkok, dan banyak lagi destinati dari RM210 untuk seorang yang merangkumi penerbangan pergi balik, penginapan selama 3 hari 2 malam dan peroleh tiga kali ganda AirAsia point. 

AirAsia Ride:

Tempah pemindahan lapangan terbang dengan AirAsia Ride dari serendah RM49*. Dapatkan diskaun RM10 untuk perjalanan seterusnya dengan menggunakan kod promosi [VISA] apabila anda membayar dengan kad Visa di AirAsia MOVE.

AirAsia Dine-In Reservation:

Nikmati diskaun sehingga 50%* di restoran-restoran terkemuka seperti The Mill Cafe @ Grand Millennium, Shook! @ The Starhill Dining dan Cafe Chef Wan @ The Shore Melaka. Anda boleh peroleh 100 AirAsia point untuk setiap tempahan

AirAsia Gifts

Baucar hotel hanya pada RM3? Anda boleh membeli e-baucar hotel yang bernilai RM30 pada harga RM3 sahaja di AirAsia Gifts sepanjang tempoh kempen ini!

AirAsia Rewards

Ahli AirAsia MOVE boleh peroleh tiga kali ganda (3x) AirAsia point dan tebus 50 AirAsia point untuk RM1 bagi setiap transaksi ke atas penerbangan antarabangsa (selain penerbangan AirAsia), hotel, kombo Penerbangan+Hotel, dan AirAsia Ride sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Gunakan AirAsia point seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, hotel, perkhidmatan e-hailing dan tawaran gaya hidup oleh rakan kongsi eksklusif kami.

Bukan itu sahaja, dapatkan diskaun tambahan RM10 dengan kod promosi [VISA] apabila mendaftar keluar menggunakan kad Visa untuk semua tawaran percutian anda! 

Jangan lepaskan peluang luar biasa ini! Nantikan di media sosial kami @airasiamove untuk lebih banyak promosi dan tips menarik untuk berpeluang memulakan perjalanan ke arah merasai keseronokan Sukan Olimpik Paris 2024.

Kekal kemas kini dengan segala-galanya daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram, Threads, @airasiasuperapp di TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.