AirAsia lancar 5 juta TEMPAT DUDUK PERCUMA untuk memacu industri pelancongan Asean
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merasmikan kempen TEMPAT DUDUK PERCUMA* pertama AirAsia pada tahun 2023
Terbang dengan syarikat penerbangan terbesar dengan rangkaian terluas dan tambang terendah dengan TEMPAT DUDUK PERCUMA* ke Kuching, Kota Kinabalu, Bali, Krabi, Phu Quoc Macao, Guangzhou, Shenzhen
KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 - AirAsia terus komited untuk memacu industri pelancongan di Asean dengan melancarkan kempen jualan 5 juta TEMPAT DUDUK PERCUMA* pertama pada tahun ini ke destinasi domestik dan antarabangsa yang menarik yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, YB Dato' Sri Tiong King Sing hari ini.
Para tetamu boleh terbang ke destinasi domestik seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu dan banyak lagi daripada RM23* dan ke destinasi antarabangsa termasuk Bali, Krabi, Jakarta, Macao, Shenzhen, Guangzhou, Phu Quoc, Bandar Ho Chi Minh, Singapura dan banyak lagi daripada RM60*. Bagi mereka yang ingin terbang lebih jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Tokyo dan banyak lagi dengan tambang rendah termasuk semua daripada RM329* sehala untuk tempat duduk Ekonomi. Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 19 Februari 2023 dengan tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023.
Memanfaatkan kekuatannya sebagai syarikat penerbangan terbesar dengan rangkaian terluas dan tambang terendah, kempen ini juga menyokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dalam misinya untuk mengukuhkan Malaysia sebagai negara dengan pelbagai tarikan dan destinasi.
YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia berkata: “Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama bagi Malaysia, menyumbang hampir 15% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan sambungan udara adalah tulang belakang sektor pelancongan kita. Memandangkan kami mensasarkan untuk menerima 15.6 juta ketibaan pelancong dengan nilai pendapatan sebanyak RM47.6 bilion bagi tahun 2023, kami memuji inisiatif AirAsia untuk merancakkan semula industri pelancongan negara dan dalam memainkan peranan penting untuk mencapai hasil ini.
“AirAsia amat komited dalam menghubungkan destinasi-destinasi dari Malaysia ke Asean dan seterusnya dan telah memudahkan sambungan udara bagi laluan tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun ini, selain menjadi pemain utama dalam menyokong industri pelancongan negara. Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan, terutamanya sektor penerbangan untuk bukan sahaja meningkatkan pelancongan tetapi menyediakan ketersambungan, peluang pekerjaan dan kesan positif berterusan di sepanjang rantaian bekalan industri pelancongan.”
Setelah merintis perjalanan udara dengan tambang rendah di Asia, AirAsia telah membawa hampir 800 juta tetamu dalam tempoh dua dekad yang lalu. Pra-pandemik pada tahun 2019, syarikat penerbangan itu telah membawa lebih 25 juta tetamu ke Malaysia, dan lebih 40 juta tetamu ke rantau Asean serta 17 juta tetamu ke Asia Utara.
Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbesar dan syarikat penerbangan keempat terbesar (termasuk syarikat penerbangan perkhidmatan penuh) di Asia, AirAsia terus mengembangkan rangkaian dan kepimpinan pasarannya. Untuk melengkapkan rangkaiannya, AirAsia Malaysia (AK) akan memulakan semula perkhidmatannya ke empat destinasi di China iaitu Macao, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming. Syarikat penerbangan itu juga bersedia untuk mengalu-alukan penerbangan pertama dari Guangzhou pada hari Sabtu ini dengan faktor muatan sebanyak 96%.
Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Seperti yang mereka katakan, saiz adalah penting terutamanya apabila ia berkaitan dengan syarikat penerbangan. Lebih besar, lebih baik supaya kami dapat memanfaatkan skala ekonomi dan menyumbang kepada tetamu dalam bentuk tambang lebih rendah dan memberikan lebih nilai dan pilihan. AirAsia telah menjadi penyumbang utama kepada KDNK Malaysia dan Asean. AirAsia sahaja menyumbang kepada lebih daripada 2% daripada KDNK Malaysia. Mungkin 2% adalah jumlah yang kecil tetapi bagi negara besar seperti Malaysia dengan KDNK bernilai lebih daripada RM1.5 trilion, 2% itu adalah sumbangan yang cukup besar.
“Bukan itu sahaja, kami juga menjana impak melangkaui industri penerbangan dan pelancongan, dan hasilnya, AirAsia telah menyumbang lebih 300,000 peluang pekerjaan di Malaysia. Dan trend yang sama dilihat di semua pasaran Asean yang kami beroperasi. Kini kami kembali dan akan terus memainkan peranan dalam memacu pelancongan, perdagangan dan pelaburan di Malaysia dan seluruh Asean. Kami merancang untuk menerbangkan lebih 69 juta tetamu pada setiap tahun yang akan memberikan rangsangan hebat kepada industri pelancongan Malaysia.
“Kami akan terus komited untuk mencapai kecemerlangan. Prestasi tepat masa (OTP) kami telah bertambah baik dan kini berpurata sekitar 80%. Kami yakin tentang OTP kami dan pada masa yang sama kami mahu para tetamu lebih tenang apabila mereka terbang bersama kami. Justeru kami berbesar hati untuk melancarkan Insurans Kelewatan Penerbangan pertama dalam industri yang ditaja jamin oleh Tune Protect. Semua ini, ditambah dengan bot sembang berkuasa AI yang telah dilancarkan baru-baru ini iaitu Ask Bo, rangkaian terluas dan tambang terendah, tahun ini akan menjadi tahun yang hebat dan lebih baik!”
Insurans Kelewatan Penerbangan* menawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk kelewatan penerbangan sekurang-kurangnya dua (2) jam dari masa perlepasan yang dijadualkan atau mana-mana waktu pelepasan baharu. Ia kini tersedia secara PERCUMA kepada semua tetamu yang menempah penerbangan mereka dari 10 hingga 19 Februari 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023. Insurans ini akan tersedia untuk pembelian bermula 20 Februari 2023 bernilai RM10 (perjalanan sehala) atau RM14 (perjalanan pergi balik) di airasia Super App dan laman web. AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay secara eksklusif untuk menyediakan tuntutan automatik yang akan dikreditkan ke akaun BigPay pengguna dalam masa tiga (3) hari bekerja.
Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
*Promosi TEMPAT DUDUK PERCUMA tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Tuntutan ini terpakai untuk tetamu yang menerima pemberitahuan kelewatan daripada AirAsia dalam masa 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan mereka atau mana-mana waktu perlepasan baharu. Pengguna BigPay akan menerima tuntutan mereka menerusi akaun BigPay dalam masa tiga (3) hari bekerja berdasarkan nombor telefon mudah alih yang berdaftar. Para tetamu yang tidak mempunyai akaun BigPay perlu mengemukakan tuntutan mereka kepada Tune Protect melalui di sini. Untuk terma dan syarat penuh sila rujuk di sini.