AirAsia MOVE Kongsi Tren Utama dan Tip Perancangan Sempena Cuti Sekolah Akan Datang
Tren Perjalanan Kini Diterajui Pasangan dan Keluarga yang Mementingkan Nilai, Kemudahan serta Manfaat Ganjaran
Kuala Lumpur, 5 Mei 2025 – Menjelang musim cuti sekolah, AirAsia MOVE, platform perjalanan terkemuka di rantau ini, bersedia memenuhi permintaan perjalanan yang semakin meningkat dengan pengalaman yang lancar dan mampu milik. Berdasarkan data penggunaan semasa musim kemuncak Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, AirAsia MOVE membentangkan tren perjalanan utama dan tip praktikal yang mencerminkan corak tingkah laku pengguna masa kini.
“Berdasarkan data dalaman kami, pengguna menunjukkan minat yang tinggi terhadap destinasi seperti Pulau Pinang, Bali, Bangkok dan Manila sebagai antara lokasi paling banyak ditempah bagi musim cuti sekolah ini. Kami melihat momentum yang konsisten dalam permintaan perjalanan, terutamanya untuk destinasi serantau yang menarik minat keluarga dan pasangan,” kata Ravi Shankar, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) AirAsia MOVE. “Data kami menunjukkan pengembara kini lebih berfokus, mengutamakan nilai dan kemudahan sambil memaksimumkan manfaat ganjaran. Matlamat kami adalah untuk menjadikan keseluruhan perjalanan — daripada perancangan hingga tempahan — lebih mudah diakses dan penuh ganjaran.”
Gambaran Corak Perjalanan Berdasarkan Data Musim Puncak AirAsia MOVE
1. Tempahan Awal Menjamin Harga Lebih Baik
Berdasarkan tempoh Hari Raya Aidilfitri tahun ini, lebih 65% tempahan penerbangan dan hotel dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh berlepas, menunjukkan sebahagian besar pengguna masih cenderung menempah pada saat akhir. Tren ini menyerlahkan kepentingan merancang lebih awal bagi memastikan ketersediaan yang lebih baik serta harga yang lebih kompetitif, terutama semasa musim puncak.
2. Tempahan Pelbagai Syarikat Penerbangan Meningkatkan Perjalanan Serantau
Sepanjang tempoh Raya, jumlah jarak penerbangan yang ditempah melalui AirAsia MOVE menjangkau 684 juta kilometer — bersamaan dengan mengelilingi bumi kira-kira 17,000 kali. Dari segi masa penerbangan, para pengembara merekodkan 67 juta minit di udara — bersamaan mendengar lebih 22 juta lagu tanpa henti. Angka ini bukan sahaja mencerminkan skala pergerakan merentasi rantau ini, tetapi juga keyakinan serta mobiliti pengembara yang semakin meningkat.
Untuk mencari penerbangan yang lebih bijak, pengguna boleh melayari dan menempah pelbagai syarikat penerbangan mengikut bajet masing-masing. Dengan akses kepada penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia, dan lebih 700 syarikat penerbangan global lain termasuk Etihad Airways, para pengembara menikmati lebih banyak fleksibiliti, keterjangkauan dan kemudahan ketika merancang perjalanan mereka.
3. Ganjaran dan Promosi Dorong Perbelanjaan Lebih Bijak
Lebih 360 juta Mata Ganjaran AirAsia diperoleh sepanjang tempoh musim puncak baru-baru ini, dengan purata nilai tebusan sebanyak RM60 bagi setiap transaksi. Di AirAsia MOVE, mata ganjaran terkumpul boleh digunakan untuk penerbangan, penginapan atau pembelian produk bebas cukai.
Selain itu, lebih 4,000 kod promo berjaya ditebus dalam tempoh yang sama. Statistik ini menunjukkan peralihan ke arah trend perjalanan yang didorong oleh nilai, di mana ganjaran kesetiaan dan promosi berkala memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan.
Seiring dengan tren ini, AirAsia MOVE menggalakkan semua pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya Mata Ganjaran AirAsia yang berbaloi serta promosi dalam aplikasi. Istimewa sehingga 9 Mei, Jualan Mega 5.5 AirAsia MOVE kembali dengan pelbagai tawaran hebat. Rancang cuti sekolah anda dengan lebih jimat — terbang ke London, Paris atau Istanbul dari serendah RM555*, nikmati diskaun RM70 untuk tempahan hotel, beli barangan bebas cukai kegemaran anda bermula dari RM55 dan banyak lagi.
4. Pasangan dan Keluarga Kuasai Pasaran Perjalanan
Data menunjukkan bahawa 71% tempahan hotel adalah untuk penginapan dua orang, dengan purata perbelanjaan sekitar RM300 untuk satu malam. Ditambah pula dengan fakta bahawa 83% daripada pengembara musim puncak terdiri daripada golongan Milenial dan Gen X (24–55 tahun), majoriti tempahan dibuat oleh pasangan atau keluarga. Tren ini mencerminkan kecenderungan kepada penginapan julat pertengahan yang seimbang dari segi keselesaan dan harga.
AirAsia MOVE terus memperkaya penawarannya dengan produk seperti SNAP, yang menyesuaikan kombinasi penerbangan dan hotel secara automatik berdasarkan bilangan pengembara dan kumpulan umur mereka. Melalui ciri ini, bersama penapis dinamik untuk pilihan hotel, pengguna boleh merancang percutian mereka dengan lebih mudah mengikut bajet dan keperluan tersendiri.
Untuk berita dan promosi terkini, ikuti @airasiamove on Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lebih lancar
###TAMAT###
About AirAsia MOVE
AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions a comprehensive travel ecosystem, providing various travel offerings, such as flights and hotel bookings from over 700 airlines, including AirAsia, and over 900,000 hotels world-wide, plus ride-hailing, insurance, duty-free shopping and much more. The services are complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. It has been voted by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency’ for two consecutive years since its first nomination in 2023.